Saturday, 16 July 2011

VW Beetle MK iii

Macam macam benda yang bermain di fikiran berkaitan tajuk di atas. Juga bermacam macam nama. Kereta katak, kumbang, kura-kura. Walau apa pun nama yang diberi. Kereta untuk rakyat ini tetap mempunyai peminat yang semakin ramai. Bermula dari era 1930an  model ini tidak pernah luput dari muka bumi. Kalau mahu di ceritakan sejarah VW beetle ini nescaya saya harus membuka blog baru hanya untuk topik ini sahaja.


Pada tahun 2000 VW mengeluarkan New beetle, ramai yang komen kurang mempersona edisi baru ini. tapi pada hardcore beetle mania, ia masih punya ruang untuk modifikasi. Apa yang menarik pada beetle ialah ia sebuah kereta yang pada asas nya nampak begitu "friendly" dan begitu ganas jika di-makeup dengan betul. Unik memang unik

new beetle rear


new beetle front



Jika anda pernah melihat versi baru MK3 beetle ini ia kelihatan lebih sporty dan lebih exclusive. Ia kelihatan seperti tersenyum pada anda. Tapi pemandu yang memandunya mungkin tidak. Ternyata pihak VW tidak mengecewakan peminat automotif bila mereka berkata pasal rekabentuk. Dengan  motto "Das Auto" The Car. VW telah banyak membuktikan produk mereka mendefinasikan semula apa yang dinamakan kereta. 

hello... vrroommm..
Sisi kereta ini direka dengan kemas simple tapi menarik. Kira.. nak tambah body kit pun tak berani.. Pada saya cukup rencahnya. Anda tidak perlu meneka kereta ini , anda sudah tahu ini adalah beetle. Ini yang membuatkan saya kagum. Pereka bentuk masih mengekalkan ciri-ciri beetle dan memperbaharui bentuknya. 


kemas dengan lining dan lengkungan  roda
pin pin.. eloo...
 Ruang dalaman berwarna hitam dengan ciri sport berserta glove box berkonsep type 1 (beetle type 1) . Perhatikan gambar-gambar dibawah. Sistem audio kereta ini dilengkapi speaker dari Fender.  Dengan balutan hitam dan tempat duduk berwarna merah/hitam dengan lingkaran kemasan krom yang tidak keterlaluan ianya begitu kemas. 

kemas dan kualiti


Di jangka dalam produksi mulai January tahun hadapan.. Tak sabar.. hmm macam mampu.. Saya tinggalkan anda dengan brochure VW beetle  klasik ini. Jumpa lagi.


Saturday, 2 July 2011

Lagenda era 90'an. EG6

Sebelum saya membeli kereta yang saya pandu sekarang ini, antara sebuah kereta yang saya cukup minat ialah EG6. Masih ingat lagi di mana saya datang ke sebuah kedai di desa petaling untuk melihat EH3 (local model) yang di convert EG6. Di Malaysia original EG6 SiR spec sangat mahal dan "rare" untuk dimiliki. Cinta pandang pertama pada model ini bukanlah pada enjinnya, tapi pada rekabentuk keseluruhannya. Jika dipandang dari sisi ia mempunyai bentuk cermin yang sangat aerodinamik. Perasankah anda bahagian cermin sisi penumpang belakang hampir sama dengan WV Golf GTi.
http://www.flickr.com/photos/kylecrawford/



Mungkin anda berkata saya fanatik atau keterlaluan. Tapi kalau dah suka.. faham faham sajalah. Akan tetapi jodoh saya dengan EG dua pintu tidak sesampaian kerana dalam keluarga yang tidak mempunyai kereta sebelum ini. Saya tepaksa saya lupakan untuk keselesaan orang tua, kesian tengok mak bapak terbongkok bongkok masuk dalam kereta.


Bagi saya kereta yang ini memang evergreen. Kalau nak meng'seni'kan lagi mungkin hala tuju body style JDM sudah cukup bagi saya. Pada yang kreatif mungkin lips atau spoiler yang tidak keterlaluan sudah memadai. Ada juga yang membuang side door/body trim seperti di bawah

EG yang di buang side trim.

tak ingat dari mana di save gambar ini, sadah lama sangat

EG6 AJ-Racing
Cukup dengan sportrim JDM dan direndahkan sedikit sudah nampak garang. Tapi di zaman facebook ini ada yang cuba mengkacukkan body ini dengan model Honda yang lain. Bagi saya "saya bantah yang arif!". Tapi duit korang suak hati korang la. Contoh hasil bedah siasat itu ialah. EG+ EK. EG+Integra, EG+custom

lampu depan s2000 kalau tak silap

lampu belakang s2000 kalau tak silap

Kepala Integra pulak.

Kepala EK. (zerotohundred.com)
Macam macam selera orang zaman sekarang. Janji sedap mata sendiri memandang kira oklaa.. Dalaman kereta ini masih dikira ringkas. tak bangak butang butang macam kokpit kapal terbang. Banyak sangat pun tak guna gak. Bawak kereta asik tengok  butang jer. Masuk parit jugak. Cuma di kala ini ada yang mengunakan dashboard integra DC2 dengan sedikit modifikasi pasa door panel. Dan ada juga yang mengunakan dash board EK.

standard SiR

bersih dari habuk
Walau apa pun seni modifikasi anda kalau anda puas hati dengan hasil nya .. makaa.. ok lah kot.. Pada saya kereta ini cantik dalam keadaan standard.

 ahli forum www.civic-eg.com

suka auto? anda pasti suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...