Tuesday, 23 August 2011

Petrol, kereta dan duit.



Jika anda ingin membeli kereta kedua untuk kegunaan harian
Mungkin anda perlu mengkaji fakta fakta ini.

Petrol, kereta dan duit.

Dewasa ini kita sering mendengar keluhan kenaikan harga petrol. Tak kira ape jua jenis kenderaan yang memerlukan bahan bakar untuk bergerak samaada 4 tayar atau 2 tayar atau 6 tayar sekalipun kenaikan harga bahan bakar bukan berita yang mengembirakan terutama penduduk negara ini yang terkenal dengan tak berapa nak murah sangat harganya. Ada juga pihak yang menjual pelbagai produk yang menjanjikan
Pemjimatan bahan bakar. Oleh kerana saya sendiri tidak pernah menggunakan alat/produk penjimatan petrol, topik itu tidak akan saya sentuh.


Semakin besar periuk semakin besar keraknya. Semakin besar cc kereta itu semakin banyak belanja minyak nya. Kita ambil contoh. Kereta perodua Viva manual, injection DVVT 1000cc FC (fuel comsupmtion) lebih jimat dari Honda city 1500cc i-vtec. Akan tetapi honda city tersebut mungkin kereta paling jimat dalam kelasnya. Tetapi harus dingat harga honda City bukanlah murah. Dalam negara ini di mana cukai import
dan harga kenderaannya tak berapa murah sangat, pemilihan kereta di sini adalah bergantung pada sikap rational. Jika harga kereta di negara ini murah, pembeli akan bersikap emotional. Memilih kendaraan yang cantik dan besar sahaja. tambahan pula di negara timur tengah harga minyak yang amat murah anda boleh lihat kereta cc kecil amat jarang di lihat.



Nafsu manusia takkan puas. Dari 660 cc ke 1500cc dan ke 2000cc. Belum lagi cerita Lamborgini dimana road tax nya boleh beli 2 biji Viva. Jika duit penjadi penghalang untuk anda untuk merasa barangan
mewah. Eloklah membuat pilihan untuk penjimatan atau pun pembelian berbaloi.

Situasi . Inginkan kereta kedua , tetapi mestilah murah
Maintenance dan FC kerana untuk memaintain kereta dua kereta
Bukan lah murah.

Soalan.: Saya inginkan kereta kedua yang jimat minyak dan saya sanggup dengan harga nya.
Jawapan." Pilih kelas kereta pilihan. K-kar atau sedan dan compare kos maintenance dan FC.

S: saya nak jimat minyak tapi tak nak hutang bulan banyak sangat.
J: pilih kereta terpakai dalam budget anda tetapi elakkan kereta berumur 10 tahun keatas atau pilih millage di bawah 100k.

S: saya nak jimat minyak tapi.. Tak nak bayar bulanan ansuran.
J: pilih kereta yang anda boleh beli tunai mungkin dalam anggaran rm 10k atau rm20k kebawah. Contoh civic ex - eg, toyota le - se - seg . Nissan sentra, dan lain lain.

S: tapi kereta lama mungkin banyak rosak. Sikit sikit nak tukar.
J: oleh kerana harga kereta mahal di malaysia memang sukar untuk tidak berhutang unutk memiliki kereta yang bagus. Boleh guna kereta lama, tapi elok lah bawa otai yang pakar atau beli dari orang yang kita kenal.

S: kereta tempatan bawah rm 10k sesuai?.
J: apa jenis kereta jika dijaga dengan baik boleh digunakan. Cuma bezanya harga alat ganti. Harga alat ganti kereta tempatan mungkin murah tetapi alat ganti kereta import mungkin tahan lebih lama.

S: k-kar memang jimat tapi saya lebih suka membawa kereta sedan
J: jika duit menjadi penghalang elok lah di fikirkan ape matlamat anda, bergaya tapi papa atau jimat belanja tapi sampai opis.

Kesimpulannya.
Jika tak sanggup berhutang pilih kereta lama yang elok keadaannya. Memang mencabar untuk mecari kereta lama yang elok.

Jika sanggup berhutang  carilah yang mampu dengan bayaran bulanan.

Jika ingin jimat minyak cari lah cc yang kecil atau sederhana.

Sukar untuk membuat keputusan untuk orang lain. Tuan punya badan hendaklah mengkaji segala aspek sebelum membuat pilihan. Di harap artikel ini membantu. 

suka auto? anda pasti suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...