Saturday, 24 September 2011

Woo Ooo oo lagi best.. Alkisah Myvi baru


Akhirnya lahir juga Myvi 1.5. Dari khabar angin kus kus hingga menjadi reality sehingga keluar surat beranak. Kenapa sembang pasal myvi? Ada 487,400 sebab .dari 2005 hingaa tengah tahun ini hampir ½ juta Myvi terjual seluruh Malaysia.


Sedikit info Myvi. Model ini adalah produk  kelima Perodua yang berkongsi
platform yang sama  dengan Daihatsu Boon dan Toyota Passo. Harga yang kompetitif semasa pengenalan dan kepercayaan terhadap produk Perodua. Ditambah pula teknologi dari Toyota dan juga peluang untuk dimodified untuk jadi kereta Jepun jadi-jadian. Telah melonjakkan pasaran Myvi. Myvi juga adalah kereta Perodua yang tidak mengunakan nama binatang comel. Opps begitu juga 4 X 4 Kembara

PASSO TRD Sports M

Daihatsu Boon



Ok. Kembali pada Myvi baru. Demam Myvi lagi best datang lagi sehingga anak saya berumur 3 tahun pun pandai menyanyi lagu itu. Ada dua varian yang bergaya untuk di pilih. 1.5 SE dan 1.5 EXTREME. Dengan pengenalan warna kuning yang solid tapi sporty ianya memang ditujukan pada golongan muda.

Secara peribadi saya suka 1.5 SE. Lebih sederhana dan sudah cukup rencah dan perisa dari segi reka bentuk. Rekaan bumper hadapan dan belakang yang simple dan elegan begitu juga spoiler belakang dan side skirt yang tidak keterlaluan.

risalah Myvi

pilihan warna




Di tambah dengan interior serba hitam yang lebih sporty. (Aku dah cakap hitam adalah warna terbaik untuk dalaman kereta). Seat hitam dengan selingan warna merah gelap seakan akan Recaro Tomcat.


Gambor Ehsan dari.. www.buy-perodua.com

Bagi design EXTREME pula ape yang saya minat ialah rekabentuk hadapan sahaja. Lain lain agak terlalu extreme. Terlebih rencah kata orang kampung.

hadapan yang garang

risalah Myvi 

 Dalaman dengan kemasan hitam dan tulisan EXTREME pada seat hadapan


Cume aper yang saya harapkan ialah pengunaan brek  cakera depan dan belakang. Tapi mengikut brocure . depan disk dan belakang drum. Suspension Myvi baru ini sepatutnya lebih keras dari myvi 1.3. tapi tidak di nyatakan dalam brochure kekerasan suspensi. Mengikut kata rakan Myvi SE second edition lebih keras suspensinya.

Bagi saya lebih gemar jika Perodua keluarkan Myvi Sport edition dari extreme. Impian saya seperti. Muka depan myvi extreme tapi body part selebihnye guna myvi 1.5.se, suspensi lebih keras dan rendah. Rim yang sedikit lebar. Headliner warna gelap. Seat bucket ala recaro enjoy. Atau recaro golf gti.


Enjin 1.5 ini juga menggukan timing chain. Mengikut kajian timing chain dan timing belt ada kelebihan dan kelemahanya. Terpulang pada pembaca untuk mengkaji dengan lebih dalam. Ada jodoh dah rezeki mungkin saya akan menceritakanya dalam blog ini.

timing chain

tambahan teknologi canggih dan selamat


Myvi dan satria neo mane lagi laju. Anda laju? .. ada kereta lagi laju. Lagi pun  sebab ekonomi  lembab. Ada kereta dah kire syukur..

Gambor Ehsan dari.. www.buy-perodua.com

suka auto? anda pasti suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...