Saturday, 26 November 2011

Lancia Stratos reborn

  Lancia ialah jenama kereta dari Itali yang terkenal dengan seni automotifnya. Jenama lancia popular dalam tahun 70an dan  80an kerana perlumbaan rally . Saya yakin ramai yang tahu akan kereta Lancia Delta HF Integrale 8V . Kali ini kita akan berbicara tentang sebuah kereta klasik tahap legend yang di jelmakan semula atau pun dengan erti kata lain "resurrection".  Mungkin anda pernah melihat cerita Transformers dari Micheal bay yang menunjukkan robot Bumble Bee iaitu sebuah Camero buruk era zaman emas dan versi baru Camero yang lebih bergaya dan moden. Itu adalah satu contoh rekabentuk yang memberi nafas baru pada model ikonik klasik. Kembali pada Lancia Stratos. Tidak ramai yang mengenali kereta ini. Mungkin bentuknya pelik dan mungkin bilangan 'street version' nya amat kurang. Versi atas jalan untuk model ini hanyalah untuk memuaskan nafsu 'homoglasi'nya sahaja. (cukup syarat untuk masuk rally) 






Setahun selepas 1970 rekabentuk dan kejuruteraan kereta ini telah di tetapkan mengunakan enjin Ferrari Dino V6 dari enjin asal yang kurang berkuasa iaitu enjin Lancia V4 . Dengan ketinggian keseluruhan 1.08m meter dari aras jalan dan  chasis  logam yang pendek berkombinasikan badan gentian kaca yang aerodinamik yang mantap. Ianya adalah jentera yang sangat kejam untuk bersaing dengan pasukan lawan. Pada 1976 kereta ini telah memenangi takhta World Cup secara hatrik setelah mengunakan khidmat pemandu F1 Mike Parkes dan Sandro Munari. (Kereta power + driver skill power = legend....)  Setelah Kumpulan Fiat mengurangkan budjet Lancia Racing pada 1979, maka kereta tersebut telah berkubur. Hanya kumpulan individu kecil sahaja yang berlumba dengan jentera itu. 




Lancia Stratos Rally


40 tahun telah berlalu, Dipendekkan cerita Stratos baru ini adalah hasil gabungan Michael Stoschek, seorang ahli perniagaan pembekal automotif yang suka memandu dan mengumpul kereta rally klasik. Manakala pencetus revolusi idea ini adalah Chris Hrabalek pereka kereta dari Austria. Pada tahun 2002 mereka pernah berjumpa dan Chris memberi lukisan idea pada Michael. Pada 2005 idea tersebut menjadi realiti pada Geneva Motor show dengan model concept diberi nama Phenomenon Stratos. Bagi Michael rekaan concept ini telah membuktikan kereta ini mampu dibina semula. 




Lancia Stratos baru

Untuk mereka bentuk kereta dari kosong (from scratch) mengambil masa yang sangat lama dan modal berpuluh atau beratus juta.  Maka penyelesaian yang mudah ialah mengunakan kereta yang sama rekabentuknya dan mengubahsuainya secara extreme. Extreme makeover kata orang putih. So jawapanya ialah mengubahsuai Ferrari Scuderia kepada Lancia Stratos. Untuk ubahsuai yang begini hebat bukan calang calang bengkel boleh buat, maka tugas berat ini telah diberi pada Pininfarina, automotif design company yang sangat hebat. Michael juga amat menitik beratkan rekabentuk. Dia tidak mahu rekabentuk baru ini lari dari yang asal. Jika di beri contoh Ford GT40 adakah contoh terbaik proses rekabentuk lama kepada yang baharu tanpa menjejaskan imejnya. Pensyarah design saya pernah berkata " rekabentuk/design untuk objek versi 2 mestilah lebih baik dari versi 1. Jika tidak design itu adalah gagal" .  




cun gak...




Dipendekkan cerita Scuderia itu telah dipotong dan dicantas hanya tinggal badan asas dan enjinnya sahaja. Antara rekabentuk yang unik padanya ialah ; integrasi antara chasis monocoque dan roll cage iktiraf FIA, transmisi perlumbaan dan rangka boleh ubah, tangki petrol berkembar di tengah chasis, panel bonet depan dan belakang tanggal sepenuhnya dan yang saya suka adalah tempat letak helmet diintegrasi dengan panel pintu..(smart tu...) Bayangkan scuderia yang laju itu di ringankan dan di lebarkan sedikit . Power...


lakaran menunjukan 430 Scuderia di potong menjadi Stratos




paparan meter carbon dan aliminium, panel pintu dengan tempat helmet




Saya rasa Pininfarina telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik. Michael juga ingin memberi peluang pada pemilik Ferrari lain yang ingin mengubahsuai Scuderia ini kepada lancia Stratos. Akan tetapi ada khabar angin mengatakan Ferrari mengambil langkah tegas kepada Pininfarina dan Michael supaya ubahsuai tersebut tidak dijalankan ke atas model Ferrari yang lain. Jika ingin diteruskan maka hendaklah ubahsuai kederaan yang tidak ada kait mengait dengan Ferrari. Pelik juga kerana ketika sesi pandu uji dan media presiden Ferrari juga sangat kagum dan suka akan model ini . Paling saya kagum potong ferrari tu.. bikin Stratos.. kalau dah minat buat jer yerr dak..


team Pininfirina
the old and the new
sumber gambar dari www.new-stratos.com



demam bola....


Masih lagi dalam demam bola. Pasukan harimau muda membaham ayam garuda masih lagi dalam ingatan.
Ingatan mengenai World Cup 2010 sudah semakin pudar. Cuma yang masih ingat Hyundai adalah rakan penaja gergasi bagi World Cup 2010. Belek punya belek terjumpa klip kereta gelecek bola. Kereta - kereta model Hyundai di gunakan dalam perlawanan ini. Bola Bola BOla... Terdapat beberape team mewakili Germany, Brazil, Argentina, England, Italy, South Africa, dan Spain. Bermain untuk keseronokan maksima..


















Ada orang cakap final sukan sea bola sepak. Pengadil dari jepun berat sebelah..? ade aku kisah. maju harimau, maju..

Sunday, 20 November 2011

Bugatti Veyron; penanda aras baru


Supercar, kereta super, apa pun difinasi anda mengenai supercar. Antara salah satu persamaan diantara jenama-jenama supercar ialah harga yang mahal dan bentuk yang mempersonakan. Semua orang suka melihat dan jika mampu ingin memiliki supercar. Tapi dalam beberapa tahun atau berpuluh tahun sekali akan ada supercar yang melebihi penanda aras atau benchmark. Di sinilah datangnya Bugatti Veyron. Sebut betul-betul, biu-gat-ti vei-ron.



ehsan Exotic cars

Asal nama Bugatti adalah dari  Ettore Arco Isidoro Bugatti pencipta dan pereka automobil kelahiran Itali dan menetap di Perancis. Manakala nama Veyron pula ialah nama pelumba dari Perancis Pierre Veyron, yang memenangi 24 hours of Le Mans pada tahun 1939 untuk syarikat Bugatti pada masa itu. Apa yang membuatkan kereta ini hebat ialah pereka kereta ini telah menulis semula “undang-undang” atau falsafah penciptaan supercar pada masa itu 


Pada Disember  2000, Volkswagen telah membeli syarikat Bugatti Automobiles S.A.S. Seperti mimpi boss Volkwagen berkata “ jom buat kete paling power sekali” . Bincang punya bincang mereka telah bersetuju akan satu perkara. Kereta ini mestilah mempunyai 1000 kuasa kuda. (Perbandingan : kereta 1.6 moden mempunyai 140-160 kuasa kuda)  Dari prinsip 1000bhp itu mereka mula mencipta.


www.bugatti.com





Secara asas untuk menghasilkan 1000 bhp sebuah enjin hendaklan membakar 5 liter petrol. Jika Dodge Viper 8000 cc V8 (tanpa turbo) menghasilkan 500bhp, maka 1000bhp = 16000 cc . Meninggal nak bayor road tax! Tetapi 16000 cc (16 liter) V8 terlalu besar untuk enjin kereta. Piston besar = masalah putaran dan terlalu berat. Maka cara mudah untuk meningkatkan kuasa kuda tapi mengecilkan saiz enjin ialah = turbocharging.  Secara asas enjin turbo…. Kepishh… (bunyi blow off sikit) menyedut udara mampat lebih ke dalam enjin. Secara asas 2 kali ganda  udara = 2 kali ganda petrol boleh dibakar. Kalau dah turbo semua dok tanyer berape PSI.. Enjin ini cuma 18 psi sahaja. Dengan bantuan turbo saiz enjin ini dikurangkan dari 16 liter kepada 8 liter yang munasabah dan senang JPJ nak kira road tax nyer. Untuk mengurangkan lag turbo dan mengekalkan rpm yang tinggi ialah untuk sekali gandakan jumlah piston. 16 piston terhasil dari  bentuk “W”. Kira senang cakap ambil 2 enjin V8 dan kembar siamkan kepada W16. 4 injap satu silinder, so.. 64 valve..  


ehsan : Bugatti Automobiles S.A.S.
Beberapa perkara tentang enjin ini ialah ianya menggunakan “variable cam timing” ala.. cam vtec dan vvti la…. Radiator besor untuk penyejukkan dan “ dry sump lubrication system “ . senang cakap enjin biasa penakung minyak ada di bawah enjin tapi “ dry sump” penakung minyak di tempat lain. Yang best kedudukan enjin yang lebih rendah untuk pengendalian yang hebat. 
W16 quad turbocharge




Di bahagian tranmisi pula kereta ini mengunakan system gear 7 kelajuan dengan dual clutch ( kelac berkembar) . Pertukaran gear untuk kereta ini dikawal sepenuhnya dengan computer. Tambahan pacuan empat roda ‘all wheel drive’ bersama traction control adalah penting untuk menyalurkan sepenuh kuasa enjin pada keempat-empat roda. Sistem tranmisi ini mengambil 5 tahun untuk disempurnakan dengan jaminan jangka hayat  10-20 tahun jika diselengarakan dengan betul.

enjin dan transmission, dah macam enjin kapal terbang.!


Reka bentuk badan kereta ini datang kemudian kerana unutk kereta ini seperti mereka bentuk kereta untuk menyaluti enjin. “the car was built around the engine”. Setiap liang lurah dan spoiler adalah berfungsi untuk penyejukkan, aerodinamik dan kestabilan . Saiz keseluruhan badan kereta ini , 200cm lebar, 447cm panjang dan 122cm tinggi. (Lebar Hummer H2 adalah 203cm)

difuser belakang

rear spoiler
tidak mesra cukai jalan
Untuk kereta ini Michelin terpaksa mereka bentuk tayar yang dapat di gunakan dalam kelajuan 431km/h. Lebar tayar  hadapan  245/690 R 520 dan 365/710 R 540 belakang. Harga? Tambah semua digit dalam siri tayar tu kot..
tayar.... pergh!!!

Anda mungkin berkata Nissan Skyline boleh di tala lebih dari itu dengan hanya enjin 6 silinder. Perlu diingat bahawa kereta skyline itu mungkin tidak sesuai dipandu untuk semua orang. Manakala jurutera Veyron ini berkata kereta ini boleh dipandu oleh nenek tua tanpa ada masalah pengawalan. Super car yang di cipta untuk semua. Tahukan anda bahawa Lamborgini Countach sangat sukar dipandu dan dikawal. Kebanyakan supercar juga sangat mudah rosak.  Berbaloikah semua ini untuk jutaan Ringgit. Siapa tahu? Tapi yang penting kereta ini telah membuat tanda aras yang  baru untuk supercar lain ikuti. Untuk model kereta ini bukanlah mendatangkan keuntungan yang banyak, Cuma untuk membuktikan bahawa jurutera Volkswagen dan Bugatti  mampu melakukanya. “ kami terrer der..”    

suka auto? anda pasti suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...