Tuesday, 20 December 2011

Lamborghini Aventador

jet pejuang di atas jalanraya
Itali, negara yang penuh denagn artisan dan pencinta seni. Sebut saja jenama seperti Ferrari, Ducati, Bimota , Bugatti. dan juga Lamborghini. Secara asas pengeluar automotif mengambil masa 5-7 tahun memperkenalkan model baru kepada pasaran. Segala permasalahan hendaklah dikenal pasti sebelum produk atau sesuatu model di kenalkan pada dunia. Reputasi untuk dijaga dan keuntungan perlu diperolehi, maka menghasilkan model baru adalah sesuatu yang amat memerlukan masa dan penelitian.

Ungkapan " you cannot rush art" (seni tidak boleh digesa-gesa) adalah contoh hasil kerja jurutera dan pereka di Lamborghini. Model flag ship mereka Murcielago telah ditukar kepada model baru Aventador dan model ini mengambil masa hampir 10 tahun untuk di keluarkan. Murcielago, nama dari seekor lembu yang ditikam 28 kali oleh matador Rafael Molina Sanchez. Oleh kerana rasa hormat kerana ianya bertarung dengan gagah matador melepaskan lembu itu. (jangan seksa binatang, tak elok) . Model Murcielago (2001-2010) adalah kereta yang cantik, maka untuk menghasilkan sesuatu yang lebih cantik maka masa yang lama diperlukan.

pengaruh Reventon pada rekabentuk
Jika anda pernah melihat atau meneliti Lamborghini Reventon maka anda pasti dapat melihat pengaruh model itu pada rekabentuk Aventador. Reventon, model kereta berasakan prinsip jet pejuang hanya dibina 20 unit sahaja kerana keunikannya.

Lamborghini Reventon

 Jurutera Lamborghini berkata Aventador adalah kereta yang maju satu-dua generasi dihadapan. Rekaan chasis monocoque  dari bahan gentian carbon seratus peratus diikat dengan tetulang besi pada depan dan belakang menjadikan ianya ringan dan lebih tegap dari model-model sebelumnya.

carbon fibre chasis tuh!!





Enjin V12 6.5cc (yang saya tak sanggup nak dengar harga road tax) generasi baru ini, hasil gabungan kepakaran Audi setelah Audi membeli Lamborghini Dapat menghasilkan 691 kuasa kuda berbanding model Murcielago yang tebatas pada 640 kuasa kuda. Model kali ini juga mengunakan ISR 7 speed gearbox. Gabungan antara manual dan auto dengan kelajuan penukaran gear pada 50 milisecond.




kereta mahal enjin mesti kasi tengok kan..

Bahagian dalaman kereta ini juga revolusinari (betul ka aku eja) Kulit.. dah pasti.. Paparan skrin dan meter pada dashboard telah diganti dengan skin digital berbanding meter berjarum pada kereta yang sebelumnya.


kulit dan kulit. banyak lembu mati untuk menghasilkan kereta ini.
Seperti model model flagship Lamborghini, pengunaan nama lembu adalah tradisi. Kira ok la memandang banyak guna kulit lembu.. Nama "Avendator" adalah seekor lembu yang dibela oleh keluarga Don Celestino Cuardi Vides yang memasuki pertarungan di Saragossa Arena pada 1993 dimana lembu itu telah mendapat anugerah kerana bertarung dengan berani.



3 anak panah kiri dan kanan.. potong la belah mane yang ko suka..


Dengarlah alunan muzik indah bila injap menari nari pabila pedal di tekan. Saya bukan minat Lamborghini  tapi kalau tak tulis artikel ini rasa rugi, kerana model ini adalah model gantian Murcielago yang bertahan 10 tahun lamanya.


Kita berakhir disini dengan klip video ini. .. perghh tangkap leleh beb!







suka auto? anda pasti suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...