Saturday, 31 March 2012

Alfredo "Dino" Ferrari

Enzo and Alfredo "Dino"
Alfredo "Dino"  Ferrari adalah anak kepada pengasas Ferrari,  Enzo Ferrari yang mati pada usia semuda 24 tahun. Pernah mencadangkan penghasilan enjin 1.5 dohc V6 untuk kereta kereta Ferrari dan Fiat. Dari kecil dia di asuh dan dididik untuk menjadi pengganti Enzo. Dihantar sekolah terbaik di Eropah, dan kolej jurutera yang bagus, tapi kecundang di tawan penyakit otot yang menyebabkan pengecutan otot, sukar bernafas, dan kematian.

Tahukah anda litar Autodromo Enzo e Dino Ferrari adalah untuk mengingati Dino dan nama Enzo ditambah setelah pengasas Ferrari itu meninggal dunia. Litar Autodromo juga tidak kurang dengan kontroversi dari segi aspek keselamatanya.


Litar tersebut untuk menguji kelajuan dan kehebatan kereta. Oleh itu ada laluan lurus untuk menguji kepantasan memecut. Tapi kelajuan tinggi tanpa kawalan sangat merbahaya. Ia di kritik kerana banyak kemalangan berlaku di situ. Apa yang di perlukan ialah "chicanes" (penghalang/pengurang kelajuan seperti selekoh kecil atau lencongan). Setelah litar itu meragut nyawa Arton Senna pada 1994 litar tersebut di reka semula supaya lebih selamat




Walau pun Dino meninggal dunia pada usia muda. Dalam keadaan sakit di hospital dia masih berhubung dan berbincang dengan ketua jurutera Vittorio Jano tentang menghasilkan enjin kuasa rendah untuk Ferrari . Seperti yang anda tahu nama Ferrari begitu sinomin dengan kuasa kuda yang tinggi dan jika ia bukan V12 ia tidak bukan Ferrari. Walau tenat beliau masih bersemangat untuk menghasilkan enjin kuasa rendah V6 V8 untuk syarikat ayahnya. Hajatnya untuk melihat produk akhir tidak kesampaian setelah dia meninggal dunia. Kenapa kuasa rendah? Kerana Dino mahu meluaskan empayar Ferrari dengan memberi pilihan kepada pengguna untuk mengunakan produk Ferrari dengan kerap. Yelah kalau ketedarah petrol jer sape nak drive hari hari. boleh jadi tensen dibuatnye



Atas penghargaan Enzo pada anaknya dia memberi nama Dino pada model Ferrari Dino yang mengunakan enjin kuasa rendah hasil idea fikiran anaknya. Ferrari tidak meletak logo "prancing horse" (logo kuda la..) cuma grafik tulisan "DINO" pada siri siri model Dino. Ada yang berkata Enzo malu dengan kuasa rendah dan tidak mahu meletakkan lambang kuda di situ. Ada yang berkata logo "DINO" supaya nama Dino kekal dalam sejarah. Betul atau tidak Ferrari Dino telah menjadi antara 10 kereta sport klasik tercantik dalam sejarah.

Logo Dino





Ada beberapa siri Ferrari Dino dalam sejarah dan semuanya dalam siri V6 dan V8. Goggle dan lihatlah. Bagi saya ianya memang menarik. Terima kasih Alfredo.


cantik kan?


Saturday, 10 March 2012

Kerabat Kei Kar.

sibuk dengan kerja partime buat sementara waktu. Oleh itu dengan sedih blog ini terbiar seketika. Kenapa buat kerja partime? Kerana duit lah.. Kerana duit juga kita berjimat cermat. Sebut pasal cermat mesti ingat kereta cc kecil atau Kei car. Kenderaan kelas ini juga dibayangi saiz dan enjin  yang kecil. Tahukah anda kelas Kei pernah dibina sekecil 2.8meter  panjang dan terdapat enjin  150cc empat lejang dan 100cc dua lejang. Kei kar bukan dibina untuk kepantasan. Saya tahu pemilik kancil turbo menentang kenyataan ini. Ada sebab kereta-kereta comel ini di-turbo kan.

Pembinaan Kei kar bermula pada tahun 1949 setelah tamat perang dunia kedua. Kebanyakan rakyat Jepun miskin dan kadang kala tidak mampu untuk memiliki kereta apatah lagi motosikal. Untuk mengalakkan industri automotif, kerajaan telah mengenalkan kelas Kei car. (keijidosha = kereta ringan). Tetapi pada tahun 1970'an jualan semakin kurang dan akta Kei car diubah menjadi saiz enjin kepada maksimum 550cc.

Ketika semua pengeluar membina Kei car yang agak perlahan pick-up nya. Pada tahun 1982 Honda telah menghasilkan Honda City Turbo. 1.3cc SOHC turbo. Manakala Nissan mengeluarkan enjin turbo untuk kereta kereta mereka dengan hasil Garrett turbocharger pada enjin E15ET 1.5cc. Tapi kedua keduanya agak terlalu besar untuk dilihat sebagai Kei car. Tetapi kereta ini telah memperlihatkan kepada dunia bahawa kereta kecil tidak memestinya perlahan dan membosankan.
honda city 'bulldog"

G11 detomaso


Mengambil iktibar dari peristiwa itu Daihatsu telah menghasilkan G11 turbo 3 silinder dengan IHI turbo carburator. Akan tetapi dengan saiz enjin 993cc, ianya masih dikira besar. Versi DeTomaso yang menjadi kegilaan ramai telah dihasilkan tahun  berikutnya. Lewat tahun 1983 lahirlah kereta Kei car yang menjadi ikon untuk nama Mira. Dengan enjin dua silinder berkapisiti 550cc. Kereta ini telah mengalahkan Fiat Panda 30 dan Citroen Visa Club dari segi prestasi dan keseronokan memandu. Menggunakan chasis L55 yang nampak sederhana ianya menjadi satu model yang menarik. Terdapat juga versi 4WD turbo dihasilkan tahun berikutnya.

mira L55

MMC Minica

Mitsubishi mengikut rentak ini dan menghasilkan Minica. Chasis 2 pintu dengan enjin G23B SOHC karbutaror 546cc dengan berat 560 kilo. Cukup ringan untuk menghasilkan impak. Di tahun 1984 Subaru dan Suzuki telah mengambil keputusan untuk menyertai pesta Kei car dan menghasilkan Subaru Rex (adik bongsu manja WRX)  chasis 2 pintu dengan enjin EK23 Sohc, 544cc pengecas turbo. Terdapat juga versi 4wd dengan berat tambahan 85kg. Penghujung 1985 Nissan mengeluarkan March Turbo. Berbekalkan kuasa MA10ET  dengan beban 710kg chasis 2 pintu, ia memberi makna baru keseronokan kereta cc kecil. Tapi ramai yang berkata ianya bukan DNA Kei car sebenar. Kerana di Jepun Kei car terhad kepada 660cc sahaja.

iklan march turbo

1984 subaru rex turbo 4wd

Daihatsu tampil dengan kecemerlangan kali ini lewat 1985dengan siri Mira/Cuore. Siri Mira TRXX ini didatangkan dengan chasis 2 pintu dengan enjin EB 547cc IHI turbocharger. Tidak lama selepas itu versi 4 pintu dan versi 4WD juga untuk tujuan biasa dan cargo.
1985 mira turbo

Selepas Mira TRXX bermulalah perang kuasa antara kereta kereta Kei car.
BANZAI!!! prraanngg......... keepishh! " ape die ingat kompeni die je buat henjin turbo, siap ko"

Tidak lama selepas itu Suzuki menyahut cabaran dan mengeluarkan siri ALTO RS pertama, antara lagenda di Jepun. Hanya bernadikan 550cc dengan chasis dua pintu, model ini antara pencabar terdekat Mira. Kalau dah Japan mesti ada version 4wd. Versi pacuan 4 roda  'Alto SX' juga dipasarkan dengan bentuk yang hampir sama cuma tambahan 60kg dari berat asal 580kg.
Alto RS/R



Tahun 1987 MMC dengan Minica cuba membalas tetapi balasan smash dari Daihatsu dengan Mira TRXX baru dengan tambahan kuasa kuda sedikit menengelamkan model minica ini. Sebagai pukulan tambahan nasi beryani power batu pahat, G11 diganti dengan G100 Charade GTX-X dengan DOHC 12 injap 993cc menjadikannya kereta pantas dan mencapai status legend apabila selalu menang perlumbaan ralli pada masa itu.

G100 turbo conversion
GTti conversion macam kat Malaysia

Era baru Kei car Jepun pada tahun selepas 1988 dimulakan dengan L200 Mira.. SOHC 12 injap dengan sistem penyejuk muatan atas. (top mount inter cooler daa... somethings are better said in English)   Kiranya pada tahun 1988 kelas Kei car dibenarkan direka lebih besar dan cc enjin maksimum 660cc dengan kuasa maksimum 64bhp.  Nasib baik limit kuasa kuda, kalau tak? mesti ada tanda amaran kat stereng. "drive by your own risk"
mira L200

Pada masa ini Subaru Rex juga ada model baru tapi tidak meng-upgrade enjin kepada kelas baru. Sekadar 547cc dengan pengecas turbo bersama pilihan 2wd dan 4wd. Tapi antara Kei car yang paling pengkagumkan dari segi kejureteraan pada 1989 adalah Suzuki Alto Works RS/R 547cc DOHC EFI turbo dengan 64bhp pada 7500rpm. Kuasa agak tinggi pagi enjin kurang dari 600cc. Dan pada masa itu antara model yang mengunakan lampu bulat di hadapan. Dan di 1991 model ini menerima enjin yang lebih besar, 658cc untuk mencapai 64bhp pada rev yang lebih rendah -6500rpm. Kiranya "works" ni versi Type R la untuk Suzuki Alto RS.

Alto RS lampu bulat

Tertinggal pula, Mitsu Minica ZZ4 pada 1989 juga di pasarkan dengan enjin baru 3B83 dohc 12 valve. Dan Subaru juga dengan Rex turbo telah dinaik taraf dari 547cc kepada 658cc, dengan tambahan AWD dan berat bersih 730kg. Kengkadang macam tak caya jaguh ralli macam Mitsu dan Subaru ada kei car.. kehendak pelanggan la katakan. Sebelum tertingal, Mazda juga ada menghasilkan Kei 'sport' car. Mazda AZ-1 dengan pintu gull wing (macam mercedes gull wing, cuma comel ) mengunakan enjin Suzuki F6A mid mounted dengan berat bersih 720kg.
1989 minica

AZ-1 dengan sentuhan RE amimeya
original condition

1993 Suzuki mengeluarkan Cappuccino, juga kei 'sport' car dengan F6A Dohc turbo, mid mounted engine. Ianya menjadi saingan rapat dengan AZ-1. Pada tahun 1993 Suzuki menghasilkan enjin K6A dohc untuk model Alto Works RS/R dan model Cappuccino.

bak mai koppicino secawan

yang dah modified


Daihatsu juga menghasilkan JB-JL dohc 12 valve 649cc untuk Mira R4 dan Move a.k.a Kenari. Pada pertengahan tahun 90an banyak enjin generasi baru yang lebih berkuasa dan effisen dihasilkan. Setelah Kei 'Wagon' car seperti Move dihasilkan muncul juga Suzuki Wagon RR, Mitsu dengan Toppo wagon dan pelbagai lagi.


Move Custom 4th gen

L500 TR-XX

Mira RV4


Wagon R 1st gen

wagon R Stingray.. cun...

Entah apa lagi bentuk Kei car selepas ini. Tapi apa yang pasti ianya akan lebih menarik. Janji lebarnya kurang dari 1.48m dan panjangnya 3.4m dan tinggi kurang 2 meter dengan nadi 660cc... ia adalah kei car.

rujukan :
autospeed
Wikipedia
Speed hunter

suka auto? anda pasti suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...