Sunday, 16 September 2012

kuasa atau ketahanan

Kalau sembang pasal pembinaan enjin, modifikasi enjin, atau enjin upgrading. Soalan biasa adalah, berapa horse power. @ berapa laju. Tapi berapa ramai yang sedar kebanyakan enjin yang diubah suai kehilangan sesuatu. Keseronokan pemanduan seharian atau ketahanan.  Tapi kalau korang punya duit yang banyak dan ego yang tinggi takpelah walau pun enjin tu tahan 500 jam sahaja.

Antara cara mudah menambah kuasa dengan menambah sesiput turbo yang bunyinya mmg asik. Tapi untuk sebuah enjin NA menjadi turbo, banyak benda yang harus dilakukan. Untuk sebuah enjin NA menjadi turbo, kene la tuko piston dari high compresion kepada low compression. Tetapi low compression merendahkan kuasa kuda. Anda akan mendapat balik kuasa setelah dapat boost yang sewajarnya.  Kalau taknak tuka piston boleh, tapi boost rendah. Sebenarnya menukar piston rendah compression menurunkan kuasa tetapi dah masuk siput turbo boleh melonjakkan kembali kuasa lebih dari ketahanan. Kalau korang Jenis kaki berat,  pengunaan piston forge dan seimbang adalah penting.  Katakanlah jika anda rebore blok untuk piston yang lebih besar pengunaan gelang piston yang sesuai adalah penting. Bahagian bawah piston, conrod juga penting. Dapatkan set yang bagus kerana terlebih rev boleh mematahkan conrod dan menjahanamkan blok anda.  Crankshaft juga perlu diseimbangkan untuk memerima beban yang berlebihan. Kalau tak upgrade cc, crankshaf hanya perlu di seimbangkan.

conrod yang bengkok
    
Tapi kalau nak best boleh beli aftermarket punyer.  Parts lain seperti skru pengikat blok dan gasket juga penting kerana setiap kali head diangkat elok ditukar kerana tekakan keatas .Tekanan kitaran enjin adalah tinggi.  Memang rumit kerja upgrade enjin. Seban itu cara yang paling murah dan mudah beli halfcut yang performance. Contoh enjin campro biasa. Masuk enjin campro cps, atau campro cfe turbo. Tapi kalau nak lagi power, mungkin untuk pengalaman lebih elok ubahsuai enjin campro asal untuk kuasa. Pembinaan enjin taklah dibuat oleh makenik yang berasakan teori aje. Kene dah terbukti sebab beliau pernah buat dan tahan lasak.  Bolehkah kacuk bahagian enjin lain untuk performance? Boleh cuma mungkin tak seimbang. Kalau head power tapi blok standard tak balance. 
Ada mekanik yang beranggapan enjin harus dibina untuk ketahanan, dan tambahan kuasa kuda adalah bonus.

piston cair

Kat negara kita ni, engine building masih muda. Banyak ubah suai cuma menggunakan enjin dari spec yang lebih berkuasa. Atau parts dari enjin lain. Kerja kerja custom ada juga cuma tidak lah maju macam kat japan @ usa. Teringat pulak kata kata tuner usa. Bisimoto. Katanya ramai yang berarah pada cc yang lebih besar. Hakikatnya kuasa terletak pada head works @ kawasan kebuk pembakaran. Kalau kita pikir ada logiknya. Enjin petrol sekarang masih lagi mengunakan alatan pemasa, timing belt/chain, crackshaft, conrod, piston, injap bahan bakar dan exzos. Tetapi suapan bahan bakar berbeza, ada carb,injec, 4trotle, 2win charger tsi
Bentuk piston pun macam macam. Bermacam bentuk. Kalau di sini, civic tak lari dari vtec. Baik dohc @ sohc. Tapi kat usa depa belasah sohc non vtec sampai tahap breaking point. Disitu lah enjin building memainkan peranan yang penting.

Kat negara kita kerja pembinaan enjin banyak mekanik yang buat. Kalau kite tgk kat usa orang biasa pun beli tools unutk experiment kat kereta.  Mungkin harga kereta kat sana murah. 2@3 ribu leh dapat lancer mitsu tahun 90an. Atau murah lagi. So kalau godek enjin sampai jahanam pun boleh beli baru. Kat sini jangan buat gila. Kereta sebijik tu la nak di drag, bawak family, track,  so kalau korang ada kereta yang dah habis bayar tu dan ada kereta sebijik lagi yang boleh diharap bleh la yang lama tu di experiment secara d.i.y enjinnya kalau berani. Kalau kat usa enjin 4silinder selalu.di.d.iy kan sebab senang kerja katanya. Betulke?. Tah lah aku bukan mekanik. Kalau anda peminat kereta kebanyakannya memepunyai impian untuk ada garage yang lengkap dengan tools. Apa pun matlamat enjin upgrading anda sama ada bolt on, upgrade internal. Port polish atau balancing. Harap ada perancangan jangan belasah je. Bukan aper nanti duit bazir kereta tak power. Tetapi kalau korang ada duit berjuta juta suk ati korang la, duit banyak . Ye dak?
Apa pun pendapat anda mengenai pembinaan enjin . Di harap artikel ini dapat memberi sedikit petunjuk dalam hala tuju mod anda. Sekian

 rujukan. Zoom mag. Bisimoto. 

Ferrari termahal berwarna hijau

1962 Ferrari 250 GTO, korang tau kereta nih. Ya, memang Ferrari klasik nampak cantik dan berharga. Tapi ape yang menjadi buah mulut ialah, ada sebijik telah terjual dalam lelongan dengan nilai jualan. $35juta U.S.D. Sebelum ini rekod dipegang oleh 1936 Bugatti Type 57SC Atlantic pada 2010 dengan harga 34$ juta usd.



Kereta yang menjadi bualan orang kaya raya dengan chasis bernombor 3505GT itu sebenarnya di bina untuk pelumba lagenda Stirling Moss. Ironinya mamat tu tak berkesempatan memandunya kerana terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan beliau mengalami kesukaran untuk berlumba pada masa itu.
Walau pun dipandu oleh pelumba lain, Innes Ireland. Jentera ini telah memenangi beberapa perlumbaan dan juga 100 pusingan Tourist Trophy. Penyertaan 24 hours Le Mans tahun 1962 juga menjadi saksi untuk jentera ini tetapi takde rezeki, tak naik podium.


Apa yang menyebabkan kereta ini menyerlah ialah warna hijau apple yang menjadi warna pasukan UDT-Laystall racing team. Apa barang warna merah. Tak rare lah. Harga asal kereta ikonik ini pasa 10 tahun lepas adalah  $8.5 juta usd ditangan ahli perniagaan belanda. Owner baru dan juga pengumpul kereta, Craig McCaw yang kaya telah meningkatkan nilai kereta tersebut 10 kali ganda apabila beliau bersetuju dengan gilanya membayar 35 juta.
Bila cakap pasal kereta lama ni teringat kereta kereta seperti Mini Cooper, VW Beetle, Morris Minor. Kalau di restorasi dengan sempurna memang ada value.

Sunday, 9 September 2012

The icon is back! Das auto show

Entrance masuk di KL conv. center

Sabtu 8, September. Ada pameran 'The icon is back' dari VW untuk mengenalkan produk terbaru iaitu beetle generasi ke-3. Beetle, sebuah icon dalam automotif ada banyak variasi. Cuma ini era 'kumbang' ketiga. Sebab jumaat tu aku dah register, so sabtu pagi collect pas dan aku amik sessi 2, 11.40 am. Aku tak pernah beli atau memiliki apa apa  produk VW tapi kalau ada rezki memang aku berhajat nak sambar paling minimun VW Polo. Kalau ada rezki...


stereng klasik yang rare, depan kaunter daftar
Bagi aku kereta VW adalah mesra pengguna dan direka dengan elok dan 'no nonsense' kata omputih. So kalau ada peluang naik atau test kete VW pergilah, nanti korang paham.


gelang tangan

Ok. Berbalik pada Das auto show. Lepas register dapat satu wrist band dan masuk ikut show time. Macam tengok wayang la kiranya. Dah masuk dalam 10 min show pun bermula. Memacam dokumentari dan iklan VW beetle pada zaman 50-60an dapat dilihat. Serius aku cakap, kalau jumpa kat YouTube iklan VW beetle yang dulu dulu, singgah tengok. Memang kreatif dan straight foward.



Lepas iklan dan dokumentari ada show tari menari . Bab ni aku kurang sikit sebab pakaian ketat giler. Bukan aper sebab show ni budak-budak 3-4 tahun pun ada follow mak bapak dieorang. Then sambil menari dan menyanyi datang la beetle versi baru ni 3-4 bijik (ke 5 bijik) dok mencilok celah celah penari dan penyanyi nih.




Dah abih sessi tanyangan dan show dalam gelap tu. Terus pegi dewan pameran. Ada beberape model VW. tapi model beetle adalah center piece-nyer. Sempat gak aku dok dalam kereta favorite aku. VW Polo.
Ada sample enjin turbo charge tsi dan dsg gearbox berkilat tak ingat. Kalu korang perasan, comel jer turbo die. Tapi jangan dok ligan la atas hi-way. DGS gearbox die punyer pergi tak perasan. Kejor tak dapat, boleh tertekan woo...



polo interior




suasana dalam dewan


Ok berbalik pada si'kumbang'. Ada beberape warna dan ada juga kumbang tema 'herbie 53'. Yang ni aku tak sempat duduk sebab kene beratur. Ada dua versi, 1.2cc dan 2.0cc. RM 139k sebelum cukai dan insuran. 2 liter tarak jual, champion punya, hahaha ( 2 liter belum masuk market malaysia lagi)











jumpa dimane turbonya?

















HERBIE VERSION 

2.0 TSI VERSION












Kalau dilihat pada interior ada persamaan nostalgia pada beetle klasik. Kemas dan berkualiti, terasa confident nak tekan butang butang kat dashboard 500 kali. Perbezaan yang paling ketara pada model 2.0 adalah sunroof panoramic yang comel-lote.



ada 2 box pada dashboard



untuk 2.0 skrew tayar pun ada cover





Terdapat juga ruang untuk kanak kanak melepak dan ruangan jualan barangan volkswagen yang boleh tahan mahalnye. Topi RM 155. Baju dan jaket aku tak berani tanya. Ada Rm 50 je dalam wallet time tuh.
Keputusanya, memang best. Kalau ada duit belilah kumbang sebijik. Takde duit leh tumpang kawan-kawan punyer. GO go go.. Das auto!!

suka auto? anda pasti suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...