Saturday, 11 October 2014

honda day 2014

Assalamualaikum, salam sejahtera. Artikel kali ini tak payah la diteka mengenai apa, dah tentu sama dengan tajuknya. HondaDay malaysia adalah event menyatukan pemilik dan peminat honda satu Malaya buat julung kalinya. Event pada 27 september 2014 ini berlangsung di S.I.C sepang selangor. 

Gelang merah
Dengan bayaran masuk rm20, termasuk dengan parking dan event pagi sampai petang dan drag MUSC di waktu malam boleh dikatakan berbaloi. Pengunjung yang hadir diberikan paper band warna merah dengan nombor siri untuk cabutan bertuah honda jazz 2014 khas dari honda malaysia. 

Waktu aku sampai dalam pukul 10am tu pun dah penuh kereta honda dan kawasan parking dekat dengan main event dah penuh, terpaksa parking jauh.. Dari jauh dah macam lautan honda dah aku tengok. Walaupun namanya honda day. Acara ini bukan untuk pemilik honda sahaja, ia terbuka untuk semua yang nak check out honda scene ni macam mana. Dalam scene main kereta ni, macam macam perangai ada. Malas nak cerita time ni. Continue to the show.



A sea of honda


Kereta aku takde kat sini, kereta buruk parking jauh
Di kawasan pintu masuk ada khemah offical merchandiser dan khemah f tuned. Terpacak sebuah civic EK sedan dengan vtec turbo dengan turbin besor kepala kanak kanak tadika. Sebelahnya pula sebuah civic ES dengan nadi K series (k24 kalau tak silap) dengan bonet transparent.



Kapishhh!!






EK merah tulisan Fogese (official merchandiser seller) dengan kembar siam dc5 kuning track car. Meleleh tgk kete track faisal alang (dc5 kuning) nak beli tak mampu. -leleh.... jalan depan sikit ada honda jazz merah dengan back drop HondaDay besar gila, Spot ni memang untuk pengunjung tangkap gambar pun.







The most photographed car of the day..

Sebelah tu pulak barisan kereta honda yang makeup atau moddified ikut tema spoon. Menyudu semua. Hanya sebilangan kecil pemilik honda je yang sanggup buat cat luar tema spoon. Mungkin sebab ia agak menyerlah dan membuatkan kereta anda dicucuk manja oleh kereta yg nak test power. Best sangat ke Spoon? Spoon di reka oleh enthusiast , soo.. hanya enthusiast sahaja yang appriciate product Spoon. Spoon tak buat kereta power sampai pecah rekod kelajuan. Ia lebih kepada advance handling tapi tidak meragut seluruhnya keselesaan kereta itu.


The sudu's..
Hujung kereta spoon adik beradik, start la khemah khemah produk yg berbagai jenis. DC2 kuning kacuk k20r ni salah satu produk fuel additive dan fuel improment. Bertujuan untuk tambah power dan.. ape tah.. aku tak ingat. Ade jugak produk carbon fibre dan sebagainya..



Lepas khemah tu start pulak kawan auto show. Tapi pada pendapat aku ia lebih kepada auto show-off. Sebab berbagai jenis masuk. Yang kilat, yang karat, yang original yang celup, yang tampal yang spray. Tapi bagus juga sebab bermacam gaya dan inspirasi yang korang boleh dapat.

The classic..



Yes i like it low...






Antara kereta yang aku minat EG lowered tahap skateboard nih.. huhuu. Kalau kat taman umah aku dah tercabut abih bawah bawah kete..




YEs haters.. its for you

Antara prelude paling kemas


aku nak  letak phone kat bawah kete pun tak lepas

Bila dah tengah hari sikit datang sekumpulan geng moto moto C70 dengan gaya moddifikasi yang agak unik. Tayar besor macam 250cc tapi single piston.. Tak berat ke? Motor ni kalau ko tengok seketul je, tak feel. Tapi bila dah grouping, best gak..










Dalam waktu itu datang juga geng geng ek9 parking satu kawasan bersebelahan dengan khemah F-tuned. Disitu juga ada khemah khemah jual makanan pada harga yang agak berpatutan. Ada juga yang menjual pada harga yang agak tinggi dari harga luar sana. Tapi kalau korang pernah beli air dalam litar s.i.c masa F1 berlangsung.. Boleh menitik airmata..






Masa civic shuttle ni masuk aku ingat Bisimoto USA pun masuk join kat sini.. Kereta ni di mod dengan cara yang betul dan hampir sama. Cuma original bisimoto rendah, siap dengan chamber angle dengan roll cage. tapi ini pun dah ok. This ride is for sale. Tak tahu dah jual ke belum.






mc laren ni sesat kat sini

bila la nak dapat pakai...

hummer mutiara motor

honda classic. tak pasti .S-500 kot?


drum brake depan belakang.. gayat gak ni nak bawak
Secara keseluruhannya tapak event agak kecil, Pengunjung yang datang pagi.. kenelah pusing 3-4 kali dalam masa beberapa jam. Oleh kerana ada showcar yang datang lewat pada waktunya. Di waktu tengah hari juga honday Day malaysia ini dirasmikan oleh Pengerusi Eksekkutif Mutiara Motor, Datuk Ahmad Kemin. Beliau juga yang merupakan Setiausaha Kehormat (Pekema) juga merasakan terkejut dengan kedatangan para pengunjung yang ramai.


Secara keseluruhan, boleh dikatakan event ini berjalan lancar. Tapi ada juga yang mengadu pihak pengurusan tidak menyediakan tempat berteduh yang secukupnya dikawasan itu. Ada juga sekumpulan yang menyatakan HondaDay malaysia patut berlangsung dikawasan yang betul betul depan pintu masuk bangunan S.I.C. 

Event ini memang terdapat kelemahan. Tapi kita patut bagi pihak pengurusan kredit cuba buat benda ni, berilah mereka peluang. Tapi aku harap pihak pihak tertentu dapat belajar dari kesilapan dan improved untuk event yang akan datang. Sekian .. dengan ucapan. 
onda day evi day all day.. (honda day every day, all day ) peace out..  

suka auto? anda pasti suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...