Wednesday, 29 July 2015

(Repost) Singapore cars, yey or nay (ya atau tidak)

Artikel artikel dibawah adalah repost dari beberapa blog. Supaya kau orang semua bleh buat keputusan kalau nak pakai kereta singapore atau tidak. Godaan memakai kereta yg mahal dengan kos yg murah memang mengoda. Ape ape pun harap artikel dibawah boleh  memberi panduan pada anda




Pendedahan kereta singapore ( artikel asal ) blog : kepoyolan.blogspot.com


Ada tak anda pernah di tawarkan untuk membeli kereta singapore yang serba murah. Seperti kereta BMW 5series pun anda boleh dapat harga dari 15k - 20k.


Maklumat ini diperoleh dari seorang dealer dan penguna kereta singapore yang menetap di johor yang telah menjual puluhan kereta singapore.


Apa itu kereta singapore?

Kereta scrap adalah kereta singapore yang nak lupus setelah 7 tahun digunakan oleh rakyat Singapore dan berada di dalam stor sebelum dilupuskan.


Adakah kereta ini mempunyai dokumen sah untuk digunakan di malaysia?

Tidak ada, kereta ini tiada dokumen yang sah untuk digunakan di malaysia walaupun di masukan secara sah ke malaysia. Jika seseorang itu menggunkan kereta singapore mereka akan menduakan atau menklonkan kereta itu dengan ROADTAX original. sebagai contoh, saya ada BMW5 yang saya beli secara legal atau sah, dan saya beli satu lagi bmw5 dari singapore memakai no.plat yang sama. Printed Roadtax sticker itu di beli dari kawan yang kerja sebagai JPJ.

Ada juga di antara mereka menggunakan Geran Total Lost yang di beli dengan harga 10k-20k bergantung jenis kereta. yang menggunakan geran total lost lebih selamat berbanding plat klon.


Bagaimana ada Roadblok?

Kebiasanya pihak berkuasa akan melihat IC. lesen dan roadtax jika anda tiada masalah ini insyallah lepas dari sekatan jalan raya. Bila jadi pengguna kereta singapore mereka akan tahu macam mana nak dikesan.


Bagaimana dengan insurans?

Tiada Insurans untuk kereta singapore


Ada tak rakyat malaysia yang pakai kereta singapore?

Memang ada, dan ramai orang yang memakai kereta singapore ni. Anda boleh melihat di bandar-bandar seperti Johor atau kuala lumpur, dan sekiranya anda pakar mengetahui spesifikasi kereta singapore anda akan tahu itu kereta singapore, dan untuk maklumat anda memang ramai yang memakainya. Ada di antara pemakai kereta singapore itu mahir dan pandai menukar atau convert spec kereta itu kepada malaysia. Spec malaysia dan singapore tidak jauh beza.


Jika berlaku kemalangan

Memandangkan kemalangan sukar di elak, setiap kereta pasti mungkin bertembung.
Jika berlaku kemalangan, anda mesti selesai di tempat tu juga,. Selesaikan dengan orang tu juga.


Saya risau untuk memakai kereta ini akan risiko dengan pihak berkuasa.

Betul, Kereta singapore ini walaupun bukan kereta curi tetapi tetap dengan risikonya
Cuba anda bayangkan, anda ingin memakai honda odyssey dengan harga 14k walapun harga marketnya masih sekitar 90k hingga 150k. “ anda mahu kereta mewah dengan membayar harga teramat murah dan mempunyai geran?” itu sangat mustahil tuan. Rata-rata yang pakai kereta singapore ni beranikan diri untuk memakai kereta idaman mereka. Sebagai contoh kawan saya seorang kerani mahu memakai subaru imprezza. Dan ada di antaranya di kalangan orang muflis dan blacklist bank. Ada juga dikalangan pengguna mempunyai anak yang ramai, hanya ada kancil sahaja, mahu buat loan beli MPV tak mampu.Sekiranya anda takut dan tidak berani, tidak usah memakainya.


Bagaimana cara pembayarannya

CASH, dalam bentuk tunai. Tiada loan untuk keretea singapore. Lepas anda membayarnya boleh ambil bawa balik rumah.


Bagaimana anda pakai kereta ini.

Mereka yang pakai kereta singapore ini, sememangnya mesti mematuhi setiap kali memandu

Seperti

- Mematuhi jalan raya dan tidak memandu laju.

- Hanya di gunakan waktu siang, malam jarang sekali

- Di gunakan di waktu musim perayaan.

- Selalu memastikan roadtax sentiasa hidup

- Berani memberi senyuman di kala roadblok kepada pihak berkuasa

- Tidak menghebohkan kepada orang yang dia beli kereta murah dan singapore

- Sifat zuhud dan tawaduk dalam memandu

- Pakai untuk diri sendiri sahaja.

- Berhati-hati semasa memandu

- Tidak mempunyai masalah lesen memandu

Ada di antaranya sudah pakai hampir 3 tahun.


Bagi pengguna kereta singapore yang benar-benar faham saja akan menggunkan kereta ini. tidak perlu membayar harga Tax yang tinggi.



PROSEDUR BAWA MASUK KENDERAAN LUAR NEGARA KE MALAYSIA
(artikel asal) blog :firestartingautomobil.blogspot.com
Pertanyaan yang diajukan
Guest salam..bleh terangkan camner nk guner moto-moto besor singapore di m'sia, leh terang psl harga road tax n coe? cmner nk renew road tax n coe? tq

_______________________________
Jawapan kami..
Pertanyaan ini agak sukar nak jawab memandangkan kami tak berapa tahu hal tersebut.. tetapi mungkin ini boleh membantu anda sedikit sebanyak.. Ok baca macam kat bawah ni yerr...
Sebenarnya bagi pandangan saya sistem cukai di Malaysia menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang teringin nak pakai superbike tak dapat pakai sebab harga nya jadi hampir kepada tidak masuk akal untuk dibeli, tu sebab ramai yg ingin tau cam ner nak pakai superbike singapore yang jauh lebih murah,
_______________________________
Prosedur membeli motor/kereta/kenderaan dari luar negara

(Thailand/ Singapore/ Memana Negara)
untuk dibawa masuk / dipakai di Malaysia..
_______________________________
Sebenarnya tidak salah memakai kenderaan bernombor pendaftaran asing di malaysia, cuma anda perlu patuh kepada segala syarat dan ICP anda sah.Mana-mana warganegara asing atau warganegara Malaysia yang mempunyai status Penduduk
Tetap (PR) atau permit bekerja yang sah dari mana-mana negara asing, dibenarkan membawa
masuk satu kenderaan atau satu motorsikal; jika memenuhi syarat-syarat di bawah:

1) Kenderaan telah didaftarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk
pendaftaran atau pelesenan kenderaan motor di negara tersebut;
_______________________________
Ada 2 cara membawa masuk kenderaan:
a. melalui AP / permit import
b. tanpa AP / menggunakan ICP (international circulation permit) - seperti cukai jalan sementara untuk tempoh 3 bulan.. Kenderaan hendaklah dieksport semula dalam tempoh tiga bulan dari tarikh import; maksudnya 3 bulan sekali kene renew permit keluar masuk motorbike tersebut. (benda ni semua boleh mintak tolong runner buat tu kita tak yah pegi sana janji bayar ajer lah upah kat dia) Senang cakap lah .Pemandu kenderaan hendaklah memohon Permit Pergerakan Antarabangsa (ICP) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia dan mempamerkan permit tersebut pada kenderaan di pintu masuk. Walau bagaimanapun, pemandu yang membawa masuk kenderaan yang didaftarkan dari Singapura dan Brunei adalah dikecualikan.





Di pintu masuk sempadan Malaysia, pengimport perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Kenderaan dan lain-lain dokumen kepada pegawai kastam yang hak jika dikehendaki untuk pengesahan dan kelulusan.
_______________________________
Apa yang perlu buat) .
Untuk membawa balik kenderaan tersebut secara kekal ke Malaysia, dikehendaki mendapatkan AP ( Approval Permit ) daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). - sila rujuk http://www.mohr.gov.my/pdf/permit_ap.pdf
b). Kalau tanpa AP haruslah menggunakan ICP (international circulation permit).
c). Anda perlu berurusan dengan pihak Kastam Diraja Malaysia (http://www.customs.gov.my), anda perlu mengemukakan AP, mengisi borang kastam 1 untuk proses pembayaran duti.






Bayaran yang dikenakan terhadap anda oleh Kastam: Kadar duti/cukai yang dicadangkan adalah sebagai panduan sahaja berdasarkan nama dagangan. Pegawai penaksir mempunyai kuasa untuk menentukan kod tarif yang sesuai dan kadar cukai adalah berdasarkan kadar yang berkuatkuasa semasa pengimportan.
Contohnya motorsikal yamaha YZF R-125 seperti gambar di bawah (cuma berharga RM 6 ribu lebih di negara lain !) yang mempunyai CC 125 - 30% cukai dari harga sebenar kenderaan di negara anda beli (setelah di tukar ke matawang RM), 30% duti eksais dari kos anda terhadapkos insuran, kos pengangkutan, jenis pemasangan kenderaan (CBU/CKD) dan kos ICP_

______________________________
Cara lain pulak..
Ok berbalik macam pertanyaan En guest pulak berkenaan menggunakan motor besar Singapore tentang road tax dan COE..


  1. Lesen Antarabangsa 

  2. boleh dibuat di JPJ di sempadan dengan harga RM150/year
    - sebelum buat lesen antarabangsa ini,lesen Malaysia perlu hidup paling kurang setahun.So.seeloknya hidupkan 2 tahun(..senang cerita)
    - tujuan dibuat lesen antarabangsa ini adalah kerana untuk tukar nama motor dan tujuan insuran motor.
    - kedai motor singapore perlukan lesen antarabangsa untuk motor itu dijual pada kita.
    - bawak 2-3 keping gambar passport utk buat lesen antarabangsa ini


    Berkenaan lesen, perlu lesen antarabangsa kerana anda sedang membawa kenderaan berdaftar luar Malaysia. ini untuk selamat dari diganggu pak polisi kalau bawak kenderaan daftar di Malaysia, dah tentu la lesen biasa sudah memadai.Lesen memandu ini boleh digunakan untuk 146 buah negara di seluruh dunia..
_______________________________



2. COE
COE ni maksudnya Certificate of Entitlement. sesiapa yang nak memiliki kenderaan mesti beli sijil dulu baru layak beli keta .. Moto singapore ada COE (kira macam kontrak la) yang menghadkan tahun penggunaannya. Tamat je COE tu, bike itu dikira scrap (buangan/sampah dll). buleh juga kalau nak sambung COE, tapi belanja besar. seeloknya hidupkan untuk 10tahun..kosnya SGD 1000 untuk 10 tahun

_______________________________
3. Insurans
-Kalau kenderaan tersebut berada secara kekal ke Malaysia.. Insurance & road tax singapore hanya valid di singapore sahaja. Di malaysia, road tax & insurance tu tak guna. So kalau eksiden ke, memang insurance tak cover. kalau hilang pun sama. Kalau eksiden, cedera ke, mati ke, pun sama.. tak dicover. Apa bila SGD tamat tempoh, kalau kena road block ngan jpj, confirm moto kena angkut dan tak boleh tebus balik pula ..so kalau motor tak ada AP, ICP ,tak ada Road tax dan tak ada register geran Malaysia, yang terang nampak nombor plate pun lain. boleh di anggap motor tu legal, duduk secara haram kat Malaysia, atau motor curi.. masalahnya motor tu road tax tu mane ade.. ini motor Singapore, tak ade roadtax JPJ (Malaysia)..kalau kantoi dengan kastam, anda akan didakwa dan akan dikenakan denda cukai import motor tu. maka anda kena bayar la. benda ni sebab tuan elak cukai.. kesemua ini berpunca roadtax Malaysia tak ade..
_______________________________
4. Road Tax



Cukai Jalan (segi lapan) Singapore mesti ada.


600cc = SGD 150 setahun
1300cc = SGD 450 setahun__
_____________________________
5. Inspection


(rasa ni macam Puspakom diaorang)
- pemeriksaan dilakukan di "puspakom" Singapore
Kena bawak balik ke Singapore tiap-tiap tahun utk inspection / renewal.. Leceh woi. Banyak kerenah dan banyak kerja.. buang masa dan sudah tentu la buang duit. Kena paham, Di singapore, setiap tahun, kenderaan kena buat inspection (kira cam PUSPAKOM kita la, tapi lebih strict) utk dptkan roadtax & insurance. Kos utk ini semua paling busuk RM 3000-4000 (bergantung pada umur kenderaan tersebut & juga cc, lagi berumur, lagi mahal)
_______________________________
6. Kita perlukan alamat di Singapore untuk beli motor Singapore.


- Mesti ade member Singapore yg sanggup bagi nama dia untuk register motor tu kat Singapore. Jika tidak ada alamat di Singapore, boleh pakai alamat kedai motor untuk surat menyurat., kalau korang dok kat johor.. especially berdekatan ngan sempadan la, kalau kau rakyat Malaysia tapi bermaustatin kat Singapore (leh dapat AP)
Kalau kau ada saudara kat Singapore boleh gunakan nama saudara kau sebagai pemilik dan nama korang sebagai rider vice versa
- tapi korang perlukan:
i) international pasport (korang kena rajin kuar masuk singapore)
ii) international lesen (pegi kaunter JPJ, angaran bayar RM200 bagi gambar dan lesen.. siap, dapat on the spot)
iii) sentiasa pastikan salinan geran dibawa bersama ketika ride

So anda sendiri boleh totalkan kos setahun untuk pakai motor Singapore ini.


Pesanan dari saya beli la moto singapore yang ada COE atau permit mesti ada kebenaran kalau tak ada kantoi nak jawab bila jumpa Kastam, kalau tak habis lerrr motor korang kena sita..

suka auto? anda pasti suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...