Woo Ooo oo lagi best.. Alkisah Myvi baru


Akhirnya lahir juga Myvi 1.5. Dari khabar angin kus kus hingga menjadi reality sehingga keluar surat beranak. Kenapa sembang pasal myvi? Ada 487,400 sebab .dari 2005 hingaa tengah tahun ini hampir ½ juta Myvi terjual seluruh Malaysia.


Sedikit info Myvi. Model ini adalah produk  kelima Perodua yang berkongsi
platform yang sama  dengan Daihatsu Boon dan Toyota Passo. Harga yang kompetitif semasa pengenalan dan kepercayaan terhadap produk Perodua. Ditambah pula teknologi dari Toyota dan juga peluang untuk dimodified untuk jadi kereta Jepun jadi-jadian. Telah melonjakkan pasaran Myvi. Myvi juga adalah kereta Perodua yang tidak mengunakan nama binatang comel. Opps begitu juga 4 X 4 Kembara

PASSO TRD Sports M

Daihatsu Boon



Ok. Kembali pada Myvi baru. Demam Myvi lagi best datang lagi sehingga anak saya berumur 3 tahun pun pandai menyanyi lagu itu. Ada dua varian yang bergaya untuk di pilih. 1.5 SE dan 1.5 EXTREME. Dengan pengenalan warna kuning yang solid tapi sporty ianya memang ditujukan pada golongan muda.

Secara peribadi saya suka 1.5 SE. Lebih sederhana dan sudah cukup rencah dan perisa dari segi reka bentuk. Rekaan bumper hadapan dan belakang yang simple dan elegan begitu juga spoiler belakang dan side skirt yang tidak keterlaluan.

risalah Myvi

pilihan warna




Di tambah dengan interior serba hitam yang lebih sporty. (Aku dah cakap hitam adalah warna terbaik untuk dalaman kereta). Seat hitam dengan selingan warna merah gelap seakan akan Recaro Tomcat.


Gambor Ehsan dari.. www.buy-perodua.com

Bagi design EXTREME pula ape yang saya minat ialah rekabentuk hadapan sahaja. Lain lain agak terlalu extreme. Terlebih rencah kata orang kampung.

hadapan yang garang

risalah Myvi 

 Dalaman dengan kemasan hitam dan tulisan EXTREME pada seat hadapan


Cume aper yang saya harapkan ialah pengunaan brek  cakera depan dan belakang. Tapi mengikut brocure . depan disk dan belakang drum. Suspension Myvi baru ini sepatutnya lebih keras dari myvi 1.3. tapi tidak di nyatakan dalam brochure kekerasan suspensi. Mengikut kata rakan Myvi SE second edition lebih keras suspensinya.

Bagi saya lebih gemar jika Perodua keluarkan Myvi Sport edition dari extreme. Impian saya seperti. Muka depan myvi extreme tapi body part selebihnye guna myvi 1.5.se, suspensi lebih keras dan rendah. Rim yang sedikit lebar. Headliner warna gelap. Seat bucket ala recaro enjoy. Atau recaro golf gti.


Enjin 1.5 ini juga menggukan timing chain. Mengikut kajian timing chain dan timing belt ada kelebihan dan kelemahanya. Terpulang pada pembaca untuk mengkaji dengan lebih dalam. Ada jodoh dah rezeki mungkin saya akan menceritakanya dalam blog ini.

timing chain

tambahan teknologi canggih dan selamat


Myvi dan satria neo mane lagi laju. Anda laju? .. ada kereta lagi laju. Lagi pun  sebab ekonomi  lembab. Ada kereta dah kire syukur..

Gambor Ehsan dari.. www.buy-perodua.com

9 Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam.. dengan keadaan cc yg semacam ni, rasa aku myv ni kompem akan cecah 200kmh. dgn body kecik, rim 14 mmg lagi mempercepatkan speed.. tp bab2 safety ni fail skit by new model nih. sepatutnya disk sekurang2nya 242mm, rim 15" dan tayar sekurang2nya 185. suspensi guna yg myv special edition dh ok sebab keras lagi dr myv biasa. Lain2 tu ok jer sebab mmg byk improvement utk new model ni. Produa patut kena lebih improve lagi dalam bab2 safety ni sebab byk nyawa yg akan terlibah incase jadi apa apa!

    ReplyDelete
  3. harap harap jangan laju sangat sampai masuk parit dah.. huhu

    ReplyDelete
  4. hehe.. tapi nanti mesti adanyer.. terbang atas divider!

    ReplyDelete
  5. cantiknye..ala memang xda wane biru eh..

    ReplyDelete
  6. "salam.. dengan keadaan cc yg semacam ni, rasa aku myv ni kompem akan cecah 200kmh. dgn body kecik, rim 14 mmg lagi mempercepatkan speed.. tp bab2 safety ni fail skit by new model nih. sepatutnya disk sekurang2nya 242mm, rim 15" dan tayar sekurang2nya 185. suspensi guna yg myv special edition dh ok sebab keras lagi dr myv biasa. Lain2 tu ok jer sebab mmg byk improvement utk new model ni. Produa patut kena lebih improve lagi dalam bab2 safety ni sebab byk nyawa yg akan terlibah incase jadi apa apa!"

    Sedikit kongsian
    Saudara kepada my member, seorang pompuan mmandu Myvi 1.5 Extreme & terlibat dlm eksiden langgar depan sama depan dgn Myvi old version, kt Jeli, Kelantan...
    My mbr peg melawat sedaranye kt hospital, & kecederaannye, cuma patah tulang bahu, yg melintang blh kanan, bwh leher tu...
    Then, my mbr & ayah kpd pompuan tu peg tgk kete kt balai polis jeli..
    & diorg menyucap panjang tgkkn keadaan kete...remuk habis bhgn depan..
    Tgkkn keadaan kete, diorg hampir xpercaya yg pompuan tu cume patah tlg bahu tu saje..& SUDAH TENTU...SYUKUR ALHAMDULILLAH bukan kecedaraan yg lebih teruk, jika dbandingkn dgn keadaan kereta...

    & lepas btanya pd pegawai penyisat, dberitahu masa eksiden tu kelajuan kete yg dipandu oleh pompuan tu dlm 110 - 130 km/h...& pompuan tu patah tulang bahu dsebabkn sentakan pd seat belt...
    Pemandu satu lg Myvi tu, dkhabarkn kecederaannya lebih teruk..

    Moral of the story, for me, safety utk kete Myvi skrg sudah adequate, klu dibanding dengan harga, kemampuan kereta, & tujuan kereta tu dbuat...
    Sudah tentu safety pd Myvi boleh lg dipertingkatkn, tp klu Perodua jual kete tu pada harga yg lebih tinggi, bagaimana dengan jualan? Cost pembuatan + profit mestilah di ambil kira..

    At the end of the day, terpulang pd pembeli bagaimana utk memandu kete tersebut...drive patiently sebagaimana tujuan keta tu dibuat..or drive seolah2 anda dilitar lumba SIC, tidak sebagaimana tujuan kereta tu dibuat..

    Owhh ye, pernah tak terbaca & melihat dakhbar sebuah BMW 7 series tbabas & mrempuh belakang treler, & terbakar makibatkn semua yg berada dlm BMW tu meninggal (plus highway dkt senawang?
    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm
    Juga, DSP & Sarjan maut BMW btembung pajero
    http://allanpakdoe.blogspot.com/2012/06/dsp-sarjan-maut-di-labok-kota-bharu.html..etc etc
    Innalilla hiwainna ilaihirajiun...(paparan ini adalh untuk pengajaran & iktibar kepada kita semua)

    Tak kiralah kereta apa sekalipun...it has the limit!
    Pandulah berhati-hati, dan mengambil kira orang lain juga...

    Owh ye, sy juga memiliki sebuat Myvi 1.5 SE...sgt bpuashati dgn kereta ni...utk ulang alik peg balik keje, fully recommended...

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang tul komen sedara. anyway terima kasih luangkan masa membaca. setakat ni safety untuk kereta moden masih ok. cume kita sebagai pengguna kena senantiasa minta yang terbaik dari segi aspek keselamatan kerana dikala ekonomi dunia yang semakin tenat akan ada pengeluar kereta yang cube 'cheat' bab bab safety nih.

      Delete
  7. bagaimana pula dengan Myvi 2022? beza betul dengan myvi 2011 ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post