Supercar,
kereta super, apa pun difinasi anda mengenai supercar. Antara salah satu
persamaan diantara jenama-jenama supercar ialah harga yang mahal dan bentuk
yang mempersonakan. Semua orang suka melihat dan jika mampu ingin memiliki
supercar. Tapi dalam beberapa tahun atau berpuluh tahun sekali akan ada
supercar yang melebihi penanda aras atau benchmark. Di sinilah datangnya
Bugatti Veyron. Sebut betul-betul, biu-gat-ti vei-ron.
Asal nama Bugatti adalah dari Ettore Arco Isidoro Bugatti pencipta dan pereka automobil kelahiran Itali dan menetap di Perancis. Manakala nama Veyron pula ialah nama pelumba dari Perancis Pierre Veyron, yang memenangi 24 hours of Le Mans pada tahun 1939 untuk syarikat Bugatti pada masa itu. Apa yang membuatkan kereta ini hebat ialah pereka kereta ini telah menulis semula “undang-undang” atau falsafah penciptaan supercar pada masa itu
Pada Disember 2000, Volkswagen telah membeli syarikat Bugatti Automobiles S.A.S. Seperti mimpi boss Volkwagen berkata “ jom buat kete paling power sekali” . Bincang punya bincang mereka telah bersetuju akan satu perkara. Kereta ini mestilah mempunyai 1000 kuasa kuda. (Perbandingan : kereta 1.6 moden mempunyai 140-160 kuasa kuda) Dari prinsip 1000bhp itu mereka mula mencipta.
Secara asas untuk menghasilkan 1000 bhp sebuah enjin hendaklan membakar 5 liter petrol. Jika Dodge Viper 8000 cc V8 (tanpa turbo) menghasilkan 500bhp, maka 1000bhp = 16000 cc . Meninggal nak bayor road tax! Tetapi 16000 cc (16 liter) V8 terlalu besar untuk enjin kereta. Piston besar = masalah putaran dan terlalu berat. Maka cara mudah untuk meningkatkan kuasa kuda tapi mengecilkan saiz enjin ialah = turbocharging. Secara asas enjin turbo…. Kepishh… (bunyi blow off sikit) menyedut udara mampat lebih ke dalam enjin. Secara asas 2 kali ganda udara = 2 kali ganda petrol boleh dibakar. Kalau dah turbo semua dok tanyer berape PSI.. Enjin ini cuma 18 psi sahaja. Dengan bantuan turbo saiz enjin ini dikurangkan dari 16 liter kepada 8 liter yang munasabah dan senang JPJ nak kira road tax nyer. Untuk mengurangkan lag turbo dan mengekalkan rpm yang tinggi ialah untuk sekali gandakan jumlah piston. 16 piston terhasil dari bentuk “W”. Kira senang cakap ambil 2 enjin V8 dan kembar siamkan kepada W16. 4 injap satu silinder, so.. 64 valve..
Beberapa perkara tentang enjin ini ialah ianya menggunakan “variable cam timing” ala.. cam vtec dan vvti la…. Radiator besor untuk penyejukkan dan “ dry sump lubrication system “ . senang cakap enjin biasa penakung minyak ada di bawah enjin tapi “ dry sump” penakung minyak di tempat lain. Yang best kedudukan enjin yang lebih rendah untuk pengendalian yang hebat.
Di bahagian tranmisi pula kereta ini mengunakan system gear 7 kelajuan dengan dual clutch ( kelac berkembar) . Pertukaran gear untuk kereta ini dikawal sepenuhnya dengan computer. Tambahan pacuan empat roda ‘all wheel drive’ bersama traction control adalah penting untuk menyalurkan sepenuh kuasa enjin pada keempat-empat roda. Sistem tranmisi ini mengambil 5 tahun untuk disempurnakan dengan jaminan jangka hayat 10-20 tahun jika diselengarakan dengan betul.
Reka bentuk badan kereta ini datang kemudian kerana unutk kereta ini seperti mereka bentuk kereta untuk menyaluti enjin. “the car was built around the engine”. Setiap liang lurah dan spoiler adalah berfungsi untuk penyejukkan, aerodinamik dan kestabilan . Saiz keseluruhan badan kereta ini , 200cm lebar, 447cm panjang dan 122cm tinggi. (Lebar Hummer H2 adalah 203cm)
Untuk kereta ini Michelin terpaksa mereka bentuk tayar yang dapat di gunakan dalam kelajuan 431km/h. Lebar tayar hadapan 245/690 R 520 dan 365/710 R 540 belakang. Harga? Tambah semua digit dalam siri tayar tu kot..
Anda mungkin berkata Nissan Skyline boleh di tala lebih dari itu dengan hanya enjin 6 silinder. Perlu diingat bahawa kereta skyline itu mungkin tidak sesuai dipandu untuk semua orang. Manakala jurutera Veyron ini berkata kereta ini boleh dipandu oleh nenek tua tanpa ada masalah pengawalan. Super car yang di cipta untuk semua. Tahukan anda bahawa Lamborgini Countach sangat sukar dipandu dan dikawal. Kebanyakan supercar juga sangat mudah rosak. Berbaloikah semua ini untuk jutaan Ringgit. Siapa tahu? Tapi yang penting kereta ini telah membuat tanda aras yang baru untuk supercar lain ikuti. Untuk model kereta ini bukanlah mendatangkan keuntungan yang banyak, Cuma untuk membuktikan bahawa jurutera Volkswagen dan Bugatti mampu melakukanya. “ kami terrer der..”
ehsan Exotic cars |
Asal nama Bugatti adalah dari Ettore Arco Isidoro Bugatti pencipta dan pereka automobil kelahiran Itali dan menetap di Perancis. Manakala nama Veyron pula ialah nama pelumba dari Perancis Pierre Veyron, yang memenangi 24 hours of Le Mans pada tahun 1939 untuk syarikat Bugatti pada masa itu. Apa yang membuatkan kereta ini hebat ialah pereka kereta ini telah menulis semula “undang-undang” atau falsafah penciptaan supercar pada masa itu
Pada Disember 2000, Volkswagen telah membeli syarikat Bugatti Automobiles S.A.S. Seperti mimpi boss Volkwagen berkata “ jom buat kete paling power sekali” . Bincang punya bincang mereka telah bersetuju akan satu perkara. Kereta ini mestilah mempunyai 1000 kuasa kuda. (Perbandingan : kereta 1.6 moden mempunyai 140-160 kuasa kuda) Dari prinsip 1000bhp itu mereka mula mencipta.
www.bugatti.com |
Secara asas untuk menghasilkan 1000 bhp sebuah enjin hendaklan membakar 5 liter petrol. Jika Dodge Viper 8000 cc V8 (tanpa turbo) menghasilkan 500bhp, maka 1000bhp = 16000 cc . Meninggal nak bayor road tax! Tetapi 16000 cc (16 liter) V8 terlalu besar untuk enjin kereta. Piston besar = masalah putaran dan terlalu berat. Maka cara mudah untuk meningkatkan kuasa kuda tapi mengecilkan saiz enjin ialah = turbocharging. Secara asas enjin turbo…. Kepishh… (bunyi blow off sikit) menyedut udara mampat lebih ke dalam enjin. Secara asas 2 kali ganda udara = 2 kali ganda petrol boleh dibakar. Kalau dah turbo semua dok tanyer berape PSI.. Enjin ini cuma 18 psi sahaja. Dengan bantuan turbo saiz enjin ini dikurangkan dari 16 liter kepada 8 liter yang munasabah dan senang JPJ nak kira road tax nyer. Untuk mengurangkan lag turbo dan mengekalkan rpm yang tinggi ialah untuk sekali gandakan jumlah piston. 16 piston terhasil dari bentuk “W”. Kira senang cakap ambil 2 enjin V8 dan kembar siamkan kepada W16. 4 injap satu silinder, so.. 64 valve..
ehsan : Bugatti Automobiles S.A.S. |
W16 quad turbocharge |
Di bahagian tranmisi pula kereta ini mengunakan system gear 7 kelajuan dengan dual clutch ( kelac berkembar) . Pertukaran gear untuk kereta ini dikawal sepenuhnya dengan computer. Tambahan pacuan empat roda ‘all wheel drive’ bersama traction control adalah penting untuk menyalurkan sepenuh kuasa enjin pada keempat-empat roda. Sistem tranmisi ini mengambil 5 tahun untuk disempurnakan dengan jaminan jangka hayat 10-20 tahun jika diselengarakan dengan betul.
enjin dan transmission, dah macam enjin kapal terbang.! |
Reka bentuk badan kereta ini datang kemudian kerana unutk kereta ini seperti mereka bentuk kereta untuk menyaluti enjin. “the car was built around the engine”. Setiap liang lurah dan spoiler adalah berfungsi untuk penyejukkan, aerodinamik dan kestabilan . Saiz keseluruhan badan kereta ini , 200cm lebar, 447cm panjang dan 122cm tinggi. (Lebar Hummer H2 adalah 203cm)
difuser belakang |
rear spoiler |
tidak mesra cukai jalan |
tayar.... pergh!!! |