Macam macam benda yang bermain di fikiran berkaitan tajuk di atas. Juga bermacam macam nama. Kereta katak, kumbang, kura-kura. Walau apa pun nama yang diberi. Kereta untuk rakyat ini tetap mempunyai peminat yang semakin ramai. Bermula dari era 1930an model ini tidak pernah luput dari muka bumi. Kalau mahu di ceritakan sejarah VW beetle ini nescaya saya harus membuka blog baru hanya untuk topik ini sahaja.
Pada tahun 2000 VW mengeluarkan New beetle, ramai yang komen kurang mempersona edisi baru ini. tapi pada hardcore beetle mania, ia masih punya ruang untuk modifikasi. Apa yang menarik pada beetle ialah ia sebuah kereta yang pada asas nya nampak begitu "friendly" dan begitu ganas jika di-makeup dengan betul. Unik memang unik
|
new beetle rear |
|
new beetle front |
Jika anda pernah melihat versi baru MK3 beetle ini ia kelihatan lebih sporty dan lebih exclusive. Ia kelihatan seperti tersenyum pada anda. Tapi pemandu yang memandunya mungkin tidak. Ternyata pihak VW tidak mengecewakan peminat automotif bila mereka berkata pasal rekabentuk. Dengan motto "Das Auto" The Car. VW telah banyak membuktikan produk mereka mendefinasikan semula apa yang dinamakan kereta.
|
hello... vrroommm.. |
Sisi kereta ini direka dengan kemas simple tapi menarik. Kira.. nak tambah body kit pun tak berani.. Pada saya cukup rencahnya. Anda tidak perlu meneka kereta ini , anda sudah tahu ini adalah beetle. Ini yang membuatkan saya kagum. Pereka bentuk masih mengekalkan ciri-ciri beetle dan memperbaharui bentuknya.
|
kemas dengan lining dan lengkungan roda |
|
pin pin.. eloo... |
Ruang dalaman berwarna hitam dengan ciri sport berserta glove box berkonsep type 1 (beetle type 1) . Perhatikan gambar-gambar dibawah. Sistem audio kereta ini dilengkapi speaker dari Fender. Dengan balutan hitam dan tempat duduk berwarna merah/hitam dengan lingkaran kemasan krom yang tidak keterlaluan ianya begitu kemas.
|
kemas dan kualiti |
Di jangka dalam produksi mulai January tahun hadapan.. Tak sabar.. hmm macam mampu.. Saya tinggalkan anda dengan brochure VW beetle klasik ini. Jumpa lagi.