Wednesday, 29 July 2015

(Repost) Singapore cars, yey or nay (ya atau tidak)

Artikel artikel dibawah adalah repost dari beberapa blog. Supaya kau orang semua bleh buat keputusan kalau nak pakai kereta singapore atau tidak. Godaan memakai kereta yg mahal dengan kos yg murah memang mengoda. Ape ape pun harap artikel dibawah boleh  memberi panduan pada anda


Pendedahan kereta singapore  ( artikel asal ) blog : kepoyolan.blogspot.com

Ada tak anda pernah di tawarkan untuk membeli kereta singapore yang serba murah. Seperti kereta BMW 5series pun anda boleh dapat harga dari 15k - 20k.

Maklumat ini diperoleh dari seorang dealer dan penguna kereta singapore yang menetap di johor yang telah menjual puluhan kereta singapore.

Apa itu kereta singapore?
Kereta scrap adalah kereta singapore yang nak lupus setelah 7 tahun digunakan oleh rakyat Singapore dan berada di dalam stor sebelum dilupuskan. 

Adakah kereta ini mempunyai dokumen sah untuk digunakan di malaysia?
Tidak ada, kereta ini tiada dokumen yang sah untuk digunakan di malaysia walaupun di masukan secara sah ke malaysia. Jika seseorang itu menggunkan kereta singapore mereka akan menduakan atau menklonkan kereta itu dengan ROADTAX original. sebagai contoh, saya ada BMW5 yang saya beli secara legal atau sah, dan saya beli satu lagi bmw5 dari singapore memakai no.plat yang sama. Printed Roadtax sticker itu di beli dari kawan yang kerja sebagai JPJ. 

Ada juga di antara mereka menggunakan Geran Total Lost yang di beli dengan harga 10k-20k bergantung jenis kereta. yang menggunakan geran total lost lebih selamat berbanding plat klon.

Bagaimana ada Roadblok?
Kebiasanya pihak berkuasa akan melihat IC. lesen dan roadtax jika anda tiada masalah ini insyallah lepas dari sekatan jalan raya. Bila jadi pengguna kereta singapore mereka akan tahu macam mana nak dikesan.

Bagaimana dengan insurans?
Tiada Insurans untuk kereta singapore

Ada tak rakyat malaysia yang pakai kereta singapore?
Memang ada, dan ramai orang yang memakai kereta singapore ni.  Anda boleh melihat di bandar-bandar seperti Johor atau kuala lumpur, dan sekiranya anda pakar mengetahui spesifikasi kereta singapore anda akan tahu itu kereta singapore, dan untuk maklumat anda memang ramai yang memakainya.  Ada di antara pemakai kereta singapore itu mahir dan pandai menukar atau convert spec kereta itu kepada malaysia. Spec  malaysia dan singapore tidak jauh beza.

Jika berlaku kemalangan
Memandangkan kemalangan sukar di elak, setiap kereta pasti mungkin bertembung.
Jika berlaku kemalangan, anda mesti selesai di tempat tu juga,. Selesaikan dengan orang tu juga. 

Saya risau untuk memakai kereta ini akan risiko dengan pihak berkuasa.
Betul, Kereta singapore ini walaupun bukan kereta curi tetapi tetap dengan risikonya
Cuba anda bayangkan, anda ingin memakai honda odyssey dengan harga 14k walapun harga marketnya masih sekitar 90k hingga 150k. “ anda mahu kereta mewah dengan membayar harga teramat murah dan mempunyai geran?” itu sangat mustahil tuan. Rata-rata yang pakai kereta singapore ni beranikan diri untuk memakai kereta idaman mereka. Sebagai contoh kawan saya seorang kerani mahu memakai subaru imprezza. Dan ada di antaranya di kalangan orang muflis dan blacklist bank. Ada juga dikalangan pengguna mempunyai anak yang ramai, hanya ada kancil sahaja, mahu buat loan beli MPV tak mampu.Sekiranya anda takut dan tidak berani, tidak usah memakainya.

Bagaimana cara pembayarannya
CASH, dalam bentuk tunai. Tiada loan untuk keretea singapore. Lepas anda membayarnya boleh ambil bawa balik rumah.

Bagaimana anda pakai kereta ini.
Mereka yang pakai kereta singapore ini, sememangnya mesti mematuhi setiap kali memandu
Seperti 
-    Mematuhi jalan raya dan tidak memandu laju.
-    Hanya di gunakan waktu siang, malam jarang sekali
-    Di gunakan di waktu musim perayaan.
-    Selalu memastikan roadtax sentiasa hidup
-    Berani memberi senyuman di kala roadblok kepada pihak berkuasa
-    Tidak menghebohkan kepada orang yang dia beli kereta murah dan singapore
-    Sifat zuhud dan tawaduk dalam memandu
-    Pakai untuk diri sendiri sahaja.
-    Berhati-hati semasa memandu
-    Tidak mempunyai masalah lesen memandu
     Ada di antaranya sudah pakai hampir 3 tahun.

Bagi pengguna kereta singapore yang benar-benar faham saja akan menggunkan kereta ini. tidak perlu membayar harga Tax yang tinggi.


PROSEDUR BAWA MASUK KENDERAAN LUAR NEGARA KE MALAYSIA

(artikel asal) blog :firestartingautomobil.blogspot.com

Pertanyaan yang diajukan
Guest
 salam..bleh terangkan camner nk guner moto-moto besor singapore di m'sia, leh terang psl harga road tax n coe? cmner nk renew road tax n coe? tq

_______________________________
Jawapan kami..
Pertanyaan ini agak sukar nak jawab memandangkan kami tak berapa tahu hal tersebut.. tetapi mungkin ini boleh membantu anda sedikit sebanyak.. Ok baca macam kat bawah ni yerr...

Sebenarnya bagi pandangan saya sistem cukai di Malaysia menyebabkan ramai rakyat Malaysia yang teringin nak pakai superbike tak dapat pakai sebab harga nya jadi hampir kepada tidak masuk akal untuk dibeli, tu sebab ramai yg ingin tau cam ner nak pakai superbike singapore yang jauh lebih murah,
_______________________________
Prosedur membeli motor/kereta/kenderaan dari luar negara
(Thailand/ Singapore/ Memana Negara) 
untuk dibawa masuk / dipakai di Malaysia..

_______________________________
Sebenarnya tidak salah memakai kenderaan bernombor pendaftaran asing di malaysia, cuma anda perlu patuh kepada segala syarat dan ICP anda sah.
Mana-mana warganegara asing atau warganegara Malaysia yang mempunyai status Penduduk
Tetap (PR) atau permit bekerja yang sah dari mana-mana negara asing, dibenarkan membawa
masuk satu kenderaan atau satu motorsikal; jika memenuhi syarat-syarat di bawah:

1) Kenderaan telah didaftarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk
pendaftaran atau pelesenan kenderaan motor di negara tersebut; 

_______________________________
Ada 2 cara membawa masuk kenderaan:
a. melalui AP / permit import
b. tanpa AP / menggunakan ICP (international circulation permit) - seperti cukai jalan sementara untuk tempoh 3 bulan.. 
Kenderaan hendaklah dieksport semula dalam tempoh tiga bulan dari tarikh import; maksudnya 3 bulan sekali kene renew permit keluar masuk motorbike tersebut. (benda ni semua boleh mintak tolong runner buat tu kita tak yah pegi sana janji bayar ajer lah upah kat dia) Senang cakap lah .Pemandu kenderaan hendaklah memohon Permit Pergerakan Antarabangsa (ICP) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, Malaysia dan mempamerkan permit tersebut pada kenderaan di pintu masuk. Walau bagaimanapun, pemandu yang membawa masuk kenderaan yang didaftarkan dari Singapura dan Brunei adalah dikecualikan.Di pintu masuk sempadan Malaysia, pengimport perlu mengemukakan Sijil Pendaftaran Kenderaan dan lain-lain dokumen kepada pegawai kastam yang hak jika dikehendaki untuk pengesahan dan kelulusan. 
_______________________________
Apa yang perlu buata) .Untuk membawa balik kenderaan tersebut secara kekal ke Malaysia, dikehendaki mendapatkan AP ( Approval Permit ) daripada pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). - sila rujuk http://www.mohr.gov.my/pdf/permit_ap.pdf
b). Kalau tanpa AP haruslah menggunakan ICP (international circulation permit).
c). Anda perlu berurusan dengan pihak Kastam Diraja Malaysia (
http://www.customs.gov.my), anda perlu mengemukakan AP, mengisi borang kastam 1 untuk proses pembayaran duti.

Bayaran yang dikenakan terhadap anda oleh Kastam: Kadar duti/cukai yang dicadangkan adalah sebagai panduan sahaja berdasarkan nama dagangan. Pegawai penaksir mempunyai kuasa untuk menentukan kod tarif yang sesuai dan kadar cukai adalah berdasarkan kadar yang berkuatkuasa semasa pengimportan.
Contohnya motorsikal yamaha YZF R-125 seperti gambar di bawah (cuma berharga RM 6 ribu lebih di negara lain !) yang mempunyai CC 125 - 30% cukai dari harga sebenar kenderaan di negara anda beli (setelah di tukar ke matawang RM), 30% duti eksais dari kos anda terhadapkos insuran, kos pengangkutan, jenis pemasangan kenderaan (CBU/CKD) dan kos ICP_______________________________
Cara lain pulak..
Ok berbalik macam pertanyaan En guest pulak berkenaan menggunakan motor besar Singapore tentang road tax dan COE.. 


  1. Lesen Antarabangsa
    - boleh dibuat di JPJ di sempadan dengan harga RM150/year
    - sebelum buat lesen antarabangsa ini,lesen Malaysia perlu hidup paling kurang setahun.So.seeloknya hidupkan 2 tahun(..senang cerita)
    - tujuan dibuat lesen antarabangsa ini adalah kerana untuk tukar nama motor dan tujuan insuran motor.
    - kedai motor singapore perlukan lesen antarabangsa untuk motor itu dijual pada kita.
    - bawak 2-3 keping gambar passport utk buat lesen antarabangsa ini
Berkenaan lesen, perlu lesen antarabangsa kerana anda sedang membawa kenderaan berdaftar luar Malaysia. ini untuk selamat dari diganggu pak polisi kalau bawak kenderaan daftar di Malaysia, dah tentu la lesen biasa sudah memadai.Lesen memandu ini boleh digunakan untuk 146 buah negara di seluruh dunia..
_______________________________
2. COE
- COE ni maksudnya Certificate of Entitlement. sesiapa yang nak memiliki kenderaan mesti beli sijil dulu baru layak beli keta .. Moto singapore ada COE (kira macam kontrak la) yang menghadkan tahun penggunaannya. Tamat je COE tu, bike itu dikira scrap (buangan/sampah dll). buleh juga kalau nak sambung COE, tapi belanja besar. seeloknya hidupkan untuk 10tahun..kosnya SGD 1000 untuk 10 tahun
_______________________________
3. Insurans
-Kalau kenderaan tersebut berada secara kekal ke Malaysia.. Insurance & road tax singapore hanya valid di singapore sahaja. Di malaysia, road tax & insurance tu tak guna. So kalau eksiden ke, memang insurance tak cover. kalau hilang pun sama. Kalau eksiden, cedera ke, mati ke, pun sama.. tak dicover. Apa bila SGD tamat tempoh, kalau kena road block ngan jpj, confirm moto kena angkut dan tak boleh tebus balik pula ..so kalau motor tak ada AP, ICP ,tak ada Road tax dan tak ada register geran Malaysia, yang terang nampak nombor plate pun lain. boleh di anggap motor tu legal, duduk secara haram kat Malaysia, atau motor curi.. masalahnya motor tu road tax tu mane ade.. ini motor Singapore, tak ade roadtax JPJ (Malaysia)..kalau kantoi dengan kastam, anda akan didakwa dan akan dikenakan denda cukai import motor tu. maka anda kena bayar la. benda ni sebab tuan elak cukai.. kesemua ini berpunca roadtax Malaysia tak ade..
_______________________________
4. Road Tax

Cukai Jalan (segi lapan) Singapore mesti ada.
600cc = SGD 150 setahun
1300cc = SGD 450 setahun
_______________________________
5. Inspection(rasa ni macam Puspakom diaorang)
- pemeriksaan dilakukan di "puspakom" Singapore
Kena bawak balik ke Singapore tiap-tiap tahun utk inspection / renewal.. Leceh woi. Banyak kerenah dan banyak kerja.. buang masa dan sudah tentu la buang duit. Kena paham, Di singapore, setiap tahun, kenderaan kena buat inspection (kira cam PUSPAKOM kita la, tapi lebih strict) utk dptkan roadtax & insurance. Kos utk ini semua paling busuk RM 3000-4000 (bergantung pada umur kenderaan tersebut & juga cc, lagi berumur, lagi mahal)
_______________________________
6. Kita perlukan alamat di Singapore untuk beli motor Singapore.
- Mesti ade member Singapore yg sanggup bagi nama dia untuk register motor tu kat Singapore. Jika tidak ada alamat di Singapore, boleh pakai alamat kedai motor untuk surat menyurat., kalau korang dok kat johor.. especially berdekatan ngan sempadan la, kalau kau rakyat Malaysia tapi bermaustatin kat Singapore (leh dapat AP)
Kalau kau ada saudara kat Singapore boleh gunakan nama saudara kau sebagai pemilik dan nama korang sebagai rider vice versa
- tapi korang perlukan:
i) international pasport (korang kena rajin kuar masuk singapore)
ii) international lesen (pegi kaunter JPJ, angaran bayar RM200 bagi gambar dan lesen.. siap, dapat on the spot)
iii) sentiasa pastikan salinan geran dibawa bersama ketika ride

So anda sendiri boleh totalkan kos setahun untuk pakai motor Singapore ini.
Pesanan dari saya beli la moto singapore yang ada COE atau permit mesti ada kebenaran kalau tak ada kantoi nak jawab bila jumpa Kastam, kalau tak habis lerrr motor korang kena sita..

Thursday, 12 March 2015

Kereta 2 pintu best!! - dalam harga RM20k ++ ke bawah

Jika anda minat kereta anda pasti ingin memiliki kereta dua pintu. Mungkin masalah kewangan atau parking atau praktikaliti yang menghalang anda. Kereta jenis dua pintu ini mungkin sesuai dijadikan kereta kedua atau kereta hujung minggu.

Kena 20K kebawah? Angka itu adalah angka yang agak biasa bagi mereka yang nak wat personal loan. Atau yang mampu simpan rm500 sebulan .. 2-3 tahun dan ada nilai yang hampir 20k.. Berikut adalah senarai kereta dua pintu / coupe dalam harga RM 20,XXX  ke bawah yang mungkin sesuai untuk anda.. Calonnya calonya ialah:


No 10.- Fiat Punto HGT
Kereta ini bukanlah kereta yang cantik dipandang dari belakang tapi dari depan ..not bad. Cantik la jugak compare dengan fiat punto pekak 4 pintu. Walaupun kira agak 'lembut / comel, Tuner Abarth kala jengking yang sinonim dengan fiat ada menghasilkan versi istimewa untuk model ini.

FIAT PUNTO HGT

FIAT PUNTO GHT VERSI ABARTH
quick facts
4 silinder, 1.8 litre, N.A , DOHC, 130 bhp, maximum torque 164 N·m, 5 speed manual , berat 1040 kg, top speed is 205 km/h

pros
Harga yang murah untuk kereta yg masih muda. Ada ke korang jumpe kereta honda atau toyota 2 pintu tahun 2000 keatas harga bawah 20k++?. ..Rare kat Malaysia..

cons
Harga spare part yang agak mahal juga.  Sebenarnya semua kereta, kalau alat ganti ORIGINAL memang mahal. Cuma alat ganti kereta eropah ada la sikit mahal. Tapi ori japan parts pun mahal. Mungkin juga sebab ke-tidak popular jenama ini. Harganya akan terus jatuh


No 9.- Proton Satria GTI
Saya tak pasti berapa ramai yang tahu bahawa Polis di UK menggunakan kereta ini untuk melatih anggota mereka tentang pemanduan defensif/taktikal. Dan juga dalam latihan aksi kejar mengejar. Model ini memang cantik, tidak dapat dinafikan. Ia dapat mengubah 'plain jane' satria kepada hot hatch yang mengancam. Kiranya kalau letak Mitsu Cyborg RS sebelah Satria GTi kira tak malulah.. Dulu masa Satria dikeluarkan orang ramai compare dengan Mitsu cyborg. Sejak GTi keluar. Kit GTi fibre pun laku, huhuhuhu.


KEBANGGAAN MALAYSIA



Hos Top Gear, Richard Hammond pun menyukai kereta ini jika dibandingkan dengan Peugeot 206 pada zaman itu. Masa tu kalau pakai Gti masuk kampung dah bangga mak ayah....Bangga sekejap pastu marah sebab nak tumpang naik susah, kene bongkok.. Dikeluarkan pada tahun 1998, model ini lebih mahal dari Putra walaupun usia yang sama. Tambahan pula pada lewat 2004 Proton Satria GTi R3 dilancarkan menambah value dan secara tak langung mengalakkan keinginan anak muda untuk mencari model ini . Boleh dikatakan ini adalah antara hot hatch terbaik Proton
MIRAGE CYBORG RS




Add caption



quick facts
 4 silinder, 1.8 N.A, DOHC, 16-valve, Power: 138bhp, Torque 164Nm, 5 speed manual, berat 1003kg

pros. 
Menyokong barangan Malaysia hhmmm.. harga yang masih bertahan setakat ini (untuk ori GTI , bukan kacukan aaa..) Part yang banyak. Chasis yang bagus. Aksessori yang bagus

cons.

Hebat macam mane pun ia masih lagi proton (brand mentality). Trend di masa hadapan tak pasti dapat bertahan atau tidak harganya. Magnet pencuri, kene extra carefull. Minyak kuat jugak, long distant terasa juga



NO 8- Proton Putra

Agak memukau pada tahun 1995, masa tu kalau nak banding dengan Satria 1.6 atau wira. Bodykit standard dan aksessori yang ada seperti lips depan, spoiler, stereng dan gear knob momo, seat recaro boleh dikira agak memukau. Tambahan pula kereta ini adalah ditujukan pada executive muda atau yang hati muda.



Mesti ada yang tanya ape kurangnya model ini. Putra dilahirkan pada masa kerete jenis 'kontot'
( hatchbacks ) tengah kemuncak populariti. (google wikipedia ' hot hatch' ) Lewat 80an demam hot hatch mula melular dari eropah dan ke Asia. Populariti model model seperti Pulsar GTiR, Toyota Starlet, Golf GTI, Clio RS , Peugeot 206 GTi dan lain lain telah menengelamkan rekabentuk coupe ini.

MIRAGE ASTI


Trivia: kebanyakan kereta kereta compact B-segment masa kini mempunyai body bentuk Hatch back.

Dari segi modifikasi juga banyak tema boleh try. Diantara yg popular , luar standard cuma lowered dan bolt on kit utuk enjin. Sarung depan luar dalam evo 3, jadi jadian putra skyline, jadi jadian subaru pun ade..

MENG-EVO-KAN SEBIJI PUTRA


JADI JADIAN SUBARU IMPREZA


quick facts
 4 silinder, 1.8 N.A, DOHC, 16-valve, Power: 138bhp, Torque 164Nm, 5 speed manual, berat 1007kg

pros. 
Menyokong barangan Malaysia. Part yang banyak. Chasis yang bagus. Aksessori yang bagus

cons.

..masih lagi proton (brand mentality). Harga jatuh compare dengan GTi Minyak kuat jugak, long distant terasa juga


NO 7- Honda Integra DA6

HHhhhhmmmPPuuaaaarrrggggggggg!!! Siapa yang pernah bawak kereta enjin vtec faham perkataan yang mula mula tadi. Teknologi ini yang ramai anggap uzur masih mampu mengukir senyuman bila ia mengaum.. Lahir pada 1989 dan ditamatkan 1993 ia adalah diantara kereta yang mampu menyerlah dari puluhan model 'hot hatch' yang mula membanjiri pasaran kereta pada masa itu. Nadi dohc vtec generasi pertama dipilih untuk model DA6 dan DA8 ni.

YUMMY... 

DOHC VTEC, LOWERED, SSR TYPE X,   CLEAN .. YESS....!!

Mungkin model ini agak 'kotak' untuk anda, Tapi saya rasa ia sebuah 'kotak' yang cantik dengan style yang tersendiri. Di negara kita lebih banyak model 4 pintu dari 2 pintu, dan mencari original DA6 bukannya mudah. Tapi oleh kerana ia sebuah platform yang bagus, kalau jumpa body yang elok terus bleh convert B16a atau enjin kapasiti besar lagi kalau mampu.. Kalau berani boleh kacukkan bahagian depan dari model DC2. Gaya ini saya kurang gemar tapi mungkin cantik pada pandangan orang lain.

DA6 BODY + DC2 HEAD LIGHT 
quick facts
 4 silinder, 1.6 N.A, DOHC VTEC, 16-valve, Power: 160bhp, Torque 152 Nm, 5 speed manual LSD optional , berat 1160 - 1252 kg

pros. 
Menyokong barangan Jepun.. (boleh gitu?) . Part ada lagi . Chasis yang bagus. Brand Honda kat Malaysia mempunyai nilai jualan balik yg bagus. Minyak yang agak jimat .. kalau kaki berat, sama saja kuat minyaknya. Part aftermarket yang banyak. Spare part banyak pilihan, taiwan ada, ori japan pun ada.

cons.
Model yang terjaga dengan elok harganya mungkin melebihi 20k. Harga barang halfcut vtec kecil (1st generation DOHC VTEC) masih ok. Cume vtec besar agak mahal. Mahal pun ramai juga yang nak beli. Kalau lawa sangat make-up jadi magnet pencuri.



No 6- Toyota KE30 Coupe / 2 doors
"Holler at your Japanese Crown Roller" Jenama yang tidak asing lagi, Toyota tampil untuk model KE30 yang semakin mendapat tempat  dihati anak muda. Bentuk badan "curvy " ini mula mendapat perhatian jika di restorasi dengan baik dan tidak pakai bodykit custom tahap space cop gaban. Simple sudah...

THE BEST WAY TO LOOK AT A CAR IS IN THE .... ORIGINAL STATE!!
Nak bikin apa kalau dah beli? Suka hati ko lah.. Classic look boleh. Custom boleh. Cume kereta lama ini elok kita (correct era restoration @ modification ) Contoh. Kereta  model Z direka pada tahun 70'an dan mengunakan enjin dari siri keluarga G.. Kalau nak  custom, custom la model Z yang sama dengan alatan atau body part model @ jenama lain tapi dari himpunan tahun yang sama atau style yang sama. Enjin pun begitu. Contoh toyota yang lahir dengan enjin 3K . Upgrade kepada engine 4K atau 5K atau KKKKKK.. yang lain..

CUSTOM WITH KE30 "COROLLA LEVIN COUPE" FRONT END
Kalau ikut selera aku biar sederhana dan kemas. Pak JPJ pun takde nak tahan ko sangat..

CLEAN.. AUSSIE STYLE

MACAM CERMIN LAA.... MAU MENITIS AIR MATA..
Tapi perlu diingatkan bahawa, main kereta old skool ni perlukan kesabaran dan hati yang cekal. Geng geng yang kereta 10 tahun lebih pun belum tentu ada daya kesabaran main kereta old school nih.. Apatah lagi main model yang rare gila. Kite kenkadang kereta bunyik sikit dah risau, Rosak aircond sikit dan malas nak bawak. Kesabaran kunci kejayaan..


quick facts
 4 silinder, 1.2  N.A, OHC, 8-valve, Power: 68bhp, Torque 93 Nm, 4 speed manual  berat 880 kg

pros. 
Mengurangkan pembaziran. (selagi boleh pakai.. pakai aja la..) . Basic maintenance parts masih ada lagi. Brand Toyota classic kat Malaysia mempunyai nilai jualan balik yg bagus. Minyak yang agak jimat ..
Faktor harga lantai. Kereta ni kalau jumpa dalam keadaan memuaskan , anggaran 7-15k. Pakai 2-3 tahun, kemungkinan besar boleh jual dalam harga 5-12k atau pun ada rezeki dapat balik duit anda. Kerana secara zahirnya harga kereta jenama popular kat Malaysia ini dalam keadaan running & acceptable condition paling murah dalam 3-5K. (untuk kereta biasa, bukan yang rare ). Dah susah nak susut nilai, sebab dah abis susut dahh...

cons.
Model ini agak sukar juga nak jumpa. Ada cume tahap rarenya tak la  macam Porsche 356 kat malaysia. Model yang terjaga dengan elok harganya mungkin 10 - 20k. Harga barang halfcut agak mahal sebab dah payah nak cari. KE30 4 pintu boleh la kau jumpe pintunya. yang coupe ??? Lagi pun halfcut bawak masuk kereta kereta moden. Klasik ada juga tapi jarang. Kalau model sesuatu kereta tersebut dah rare kat negara asal. Kat sini, bapak segala rare lah ia...





No 5- EF9

Honda lagi.. Rilek rilek.. baru no 5...
Sebenarnye aku dah keliru dengan dengan  nickname kereta ni , ada yang panggil Honda Mayat, ada yang panggil Honda Bullet. Panggil je body EF 2 pintu .. abih cerita.. 'Hot hatch' 80'an ini memang ada tarikan sendiri, terutamanya pada golongan yang lahir pada tahun 70'an-80'an. Market range untuk kereta ini adalah dalam anggaran 20k-16k bagi model ED ( body malaysia) yang full / half convert EF9, manakala bagi convert bodypart EF9 dengan enjin standart dalam 15k-11k. Dan yang pekak local body tak buat ape ape dalam 10k-8k. Body kosong ber-geran yang dah siap touchup buang karat pun bleh jual 3k-5k (kalau ada yang sanggup)

Bagi aku tak perlu bodykit kustom tahap kotak kasut. Sikit sikit je dah. Bab handling kereta ini agak ok. Takde la macam kotak kayu pallet isi perabut. Ada orang kata Golf Gti MKII kotak best handling car pada era itu. Kereta EF9 ini tidak sehebat golf. Tapi dengan tuning yang betul ia boleh main main sekali , takde la malu sangat. (Kereta ni  asal 1.6 je bang, bukan 2 liter turbo)


Kalau tengok lakaran asal civic generasi keempat model ini dikatakan mempunyai aerodinamik yang baik pada ketika itu. Tengok pada lakaran saja nampak niat pereka kereta ini inginkan 'fluidity' pada design itu. Pada harga terus terang cakap ORIGINAL EF9 payah atau takkan jumpe bawah 20k. Tapi kalau body ef ini disalin full EF9.. ada yang dijual bawah 20k. Kalau dapat chasis pekak convert enjin b18c gsr atau b18cr akan meningkatkan kadar kesedapannya. 


EF9 JDM BODYPART + REGAMASTER + LOWERED SIKIT + SEMI SLICK = YESS!!!




Kalau taknak berJDM sangat pun paling nak lebih pakai la spoiler ekor itik nih.. Sudah...


quick facts
 4 silinder, 1.6 N.A, DOHC VTEC, 16-valve, Power: 160bhp, Torque 152 Nm, 5 speed manual LSD optional , berat 1160 - 1252 kg

pros. 
Menyokong barangan Asia . Part ada lagi . Chasis yang bagus. Brand Honda kat Malaysia mempunyai nilai jualan balik yg bagus. Minyak yang agak jimat .. kalau kaki berat, sama saja kuat minyaknya. Part aftermarket yang banyak. Spare part banyak pilihan, taiwan ada, ori japan pun ada.

cons.
Model yang terjaga dengan elok harganya mungkin melebihi 20k. Harga barang halfcut agak mahal. Mahal pun ramai juga yang nak beli. Kalau lawa sangat make-up jadi magnet pencuri. Ada risiko chasis body ketuk atau kete potong, sebab kereta terpakai model ni amat popular pada zaman 90'an dan awal 2000




No 4- ALFA ROMEO 145
Una Bella Macchina.. Kereta yang cantik. Ada satu trend dimana pemilik alfa romeo memanggil kereta mereka 'Bella' = cantik.. Apa pun pendapat korang, bagi aku alfa romeo memang kereta yang cantik, walaupun dalam keadaan standard. Cuma carta reliabiliti je tak cantik. Ada kenalan yang agak fanatic alfa pada masa zaman bujang, mengakui "bawak sedap, bunyi sedap, feel sedap, cuma satu saja.. sampai satu tahap ko dah tak tahu nak repair ape, asik rosak je". Tapi aku berpikiran positif, 'bella' cume perlukan lebih perhatian dalam penjagaan dan bukan main lenjan jer.. Dicadangkan masuk dulu / tanya kelab geng alfa romeo sebelum beli alfa romeo. Just nak budjet dan rancang kos penjagaannya..



Diperkenalkan di Turin Motor Show 1994. Didatangkan dengan kuasa dari 1.4 hingga 2.0 liter petrol. Ramai yang memperkatakan kejituan pengendalian dan stering responsif . Model 1.8 dan 2.0 didatangkan dengan 'quick-steering' seperti model Alfa 155 dan GTV dan Spider. Tetapi 'turning radius' agak besar. Pedulikan turning radius itu.. layan corner pasti asyikkkk...

Harga pasaran dalam 20-12k untuk enjin twin spark. Dan 15k bebawah untuk enjin Boxer, bergantung pada kondisi.

NICE..

AND NICE...
quick facts
 Terdapat pelbagai variasi 4 silinder, 1.4cc hingga 2.0cc.  N.A, Twin Spark & Boxer , Power: 103 -144bhp, Torque 124 - 187 Nm, 5 speed manual  , berat 1140 - 1275 kg

pros. 
 Part ada lagi . Chasis yang bagus. Tak begitu popular oleh itu takde la sangat nak berebut parts. (Tapi tak popular mungkin payah gila nak dapat parts)  Mungkin boleh dapat dengan harga yg berpatutan.. Kalau barang kereta jepun kat halftcut berebut part, harga mak aaiii...

cons.
Harga barang alat ganti baru agak mahal. Harga jual balik mungkin nak demam jatuh harganya

Banyak stigma pasal jenama ini, Kene pakai baru tau. "you buy an alfa because you love it, not because some magazine told you to" Kalau ada duit lebih dan ada pomen@workshop alfa romeo duduk dikawasan anda, apasalahnya mencuba?




NO 3 Honorary Mention.- TOYOTA CELICA (Fisrt Generation)
Masa aku terfikir nak tulis artikel ni, harganya masih boleh cari 15k-25k di semenanjung Malaysia. Sekarang dah macam nak tersedak dah harganya. So kalau ikutkan takleh masuk dalam artikel kali ini. Tetapi sebab dalam sedekad ini kereta lama bentuk coupe semakin ikonik dari segi rupa dan.. harga.. Bagi penghargaan sajalah.

rujukan

TA22 THE ORIGINAL CELICA



TA22 THE NOTCHBACK STYLING

Terdapat pelbagai varian untuk spesis ni. Dengan jolokan nama japanese mustang ia sememangnya mempunyai persamaan dari segi bentuk dan gayanya. Diperkenalkan pada 1970 dengan bentuk 'notchback' dari ilham 'coke bottle styling' pukauan pada cinta pandang pertama amat memikat.

THE CELICA SV-1 CONCEPT
THE CELICA SV-1 CONCEPT
Pada 1973 persamaan antara "Si Kuda" dan "Sang Syurga" (google makna celica) semakin ketara dengan rekaan konsep celica SV-1 (1970) yang akhirnya pencapai pengeluaran. Rekaan bentuk badan jenis 'liftback' ini bukan saja hampir tetapi gugusan meter pada papan pemuka dan lampu belakang semakin sama. Dengan varian enjin berkapisiti lebih besar untuk pasaran U.S. Ford terpaksa mengubah sedikit saiz 'mustang' dan dengan varian 4 silinder untuk menyayingi pencabar mereka. Dengan crisis minyak dan kenaikan bahan api pada masa itu, membeli celica adalah pilihan yang agak bijak... plus.. handling celica adalah lebih bagus..

rujukan

ADVERT TOYOTA CELICA SEMASA KRISIS BAHAN API U.S

LAWA KAN..

 Soo.. nak beli. Buat masa ini harganya macam nak gi umrah balik hari. Tapi kalau ada orang nak jual bawah 20k condition 85% cemerlang. Sambar ajer laa..

BILA NAK BER 'STALLION' BERSAMA NI BANG??




No 2- E30 COUPE
 Ini adalah antara kereta berstatus gangster / vip / motosport / dll... jika dimodifikasi dengan betul.
"say what look you want, this car is can achieve it!!" E30 body coupe ini ada dua jenis utama versi rakyat jelata E30 coupe dan.... baca dulu....

Chasis coupe biasa masih ada yang RM15k-25k. masih cantik, rekaan kotak yang masih nampak relevant. Handling AA, (kalau dijaga rapi laa) Perbezaan yang ketara adalah punggung atau bahagian belakang E30 M3 adalah lebih lebar. E30 stok kilang takde la lawa mana. tapi kalau dah masuk barang M-tech / M3. leleh juga..





quick facts
 Terdapat pelbagai variasi 4  silinder, 1.6cc hingga 2.5cc. 6 silinder 3.0 - 3.3  N.A, SOHC & DOHC , Power: 66 -92bhp, Torque 178 - 145 Nm, 5 speed manual  , berat 1070 - 1368 kg

pros. 
 Chasis yang bagus. Tak begitu popular oleh itu takde la sangat nak berebut parts. (Tapi tak popular mungkin payah gila nak dapat parts)  Barang ori Mtech macam nak runtuh jantung dengar.. Tapi fan base model ni agak besar. Ramai yg fasih pasal kereta ni. samaada dalam atau luar negeri

cons.
Harga barang alat ganti baru agak mahal. Tapi berbaloi..


sambungan.. E30 M3 versi dewa...

perbezaan kelebaran ketara di belakang, bodykit ganas meletakkan kereta ini antara kereta iconic yang selalu di sebut dalam program kereta seperti TOP GEAR atau website / blog di alam maya.
Handling AAA dan reka bentuk yang sport, meletakkan kereta ini dalam kategori 'muda' sepanjang zaman.



Namun sebab rare sangat. original E30 M3 kat negara nih. Harganya aku pun tak tahu. tapi kalau ade yang original tapi pakcik tu taknak pakai. Jual murah dah la pakcik.. Saya jaga punya.. Tapi ramai yang convert coupe ikut style M3. lawa gak! 


BODY M3 NI BANYAK DIBUAT RACING...





quick facts
 Terdapat pelbagai variasi 4  silinder, 2.3cc hingga 2.5cc.   N.A, SOHC & DOHC , Power: 143 -175bhp, Torque 143 - 175 Nm, 5 speed manual  , berat 1165 - 1360 kg

pros. 
 Chasis yang bagus. Tak begitu popular oleh itu takde la sangat nak berebut parts. (Tapi tak popular mungkin payah gila nak dapat parts)  Barang ori Mtech macam nak runtuh jantung dengar.. Tapi fan base model ni agak besar dalam Malaysia. Cume ramai yang takut/segan nak pakai  jenama continental. Ramai yg fasih pasal kereta ni. samaada dalam atau luar negeri

cons.
Harga barang alat ganti baru agak mahal. Tapi berbaloi..



No 1 - MINI classic
Awet muda!! kereta yang tetap nampak comel walaupun berusia lebih  50 tahun. Walaupun Sir Alec Issigonis nampak tua.. Antara kereta terawal yang melepasi sejuta unit dalam produksi. Jawapan kepada kereta murah zaman ekonomi meleset. Cakap saja apa warna yang korang mahu mesti pernah di padankan dengan kereta ini. Sebut sahaja enjin ape. baru , lama, enjin gt, enjin jepun. Vtec pun pernah orang sumbat dalam mini. Cume enjin kapal terbang je belum... eerrrr dah ada laa... klik sini

GILA SHIKIN.... ROKET TUHH!!!

1965 SEJARAH TERCIPTA




Kalau modifikasi dah pelbagai. Harga pun pelbagai.. ada yang murah sampai rm3k ada yang sampai 30K. Tgk kondisi. Cuma kene tepuk poket tanya duit. Dari original restoration hingga all out race / drag set up. This car has been in all of them. Kalau korang cari gambo mini bersepah inspirasi cara nak modifi.

PUNGGUNG MENGGODA..
EXZOS KAT TEPI TUH.. SIAP ROLL CAGE

BUANG KROM BUMPER DEPAN BELAKANG. WIDE FENDER, RIM  MANGKUK... LELEH..


Ok, secara asas reka bentuk ada dua jenis. Jenis lampu bulat gril besar. Mark i (1) hingga Mark vii (7) . Yes mini ada banyak varian bang. Bukak wikipedia artikel mini. baca lah kat sana. Macam gambar gambar kat bawah ni. Dan versi clubman lampu bulat grill kotak panjang.

MINI MARK 1
ENGSEL PINTU TIMBUL. TAKDE SIDE MIRROR, GRILL HALUS


MINI MARK 2
ENGSEL PINTU TIMBUL.  SIDE MIRROR KROM , GRILL PANJANG

MINI MARK 3
ENGSEL PINTU  DALAM CHASIS.  SIDE MIRROR KROM , GRILL PANJANG, 

MINI MARK 4
ENGSEL PINTU  DALAM CHASIS.  SIDE MIRROR HITAM , GRILL PANJANG,  PEDAL KAKI LEBIH BESAR, SUIS SIGNAL DI STERENG COLUMN

MINI MARK 5
ENGSEL PINTU  DALAM CHASIS.  SIDE MIRROR HITAM , GRILL PANJANG,  PEDAL KAKI LEBIH BESAR, SUIS SIGNAL DI STERENG COLUMN, TAMBAHAN ARCA RODA PLASTIC, SEMUA VARIAN ADA BREK DISK 210MM

MINI MARK 6
ENGSEL PINTU  DALAM CHASIS.  SIDE MIRROR HITAM , GRILL PANJANG,  PEDAL KAKI LEBIH BESAR, SUIS SIGNAL DI STERENG COLUMN, TAMBAHAN ARCA RODA PLASTIC, SEMUA VARIAN ADA BREK DISK 210MM, MOUNTING ENJIN BERUBAH,  ENJIN 1.275 CC

MINI MARK 7
ENGSEL PINTU  DALAM CHASIS.  SIDE MIRROR HITAM , GRILL PANJANG,  PEDAL KAKI LEBIH BESAR, SUIS SIGNAL DI STERENG COLUMN, TAMBAHAN ARCA RODA PLASTIC, SEMUA VARIAN ADA BREK DISK 210MM, MOUNTING ENJIN BERUBAH,  ENJIN 1.275 CC, INJECTION, RADIATOR DEPAN, ADA AIRBAG BELAH DRIVER, DASH BOARD LEBAR .. KIRANYA LEBIH MODERN LA..

Dan mini clubman. (grill kecil) macam gamba kat bawah. Mini clubman berkongsi chasis kad dengan mini mark 3.



Berdekat benda comel ini merwarnai alam automotive. dari tahun 1959-2000 , bermacam varian, gaya dan bermacam manusia yang beli. Dari raja hingga ke bintang rock. dari professor ke tukang kebun.

quick facts
 Terdapat pelbagai variasi 4  silinder, 848 cc hingga 1275 cc.   N.A, carb & injection , Power: 28 -63bhp, cooper work series 77hbp - 86bhp  Torque 62 - 94 Nm, 4 maual & auto 5 speed manual (optional) , berat 617 - 686 kg

pros. 
 Chasis yang bagus. Kereta ni nak kata popular sangat pun tak. Tapi ada jee.. sepanjang zaman. Tak begitu popular oleh itu takde la sangat nak berebut parts.  Tapi fan base model ni agak besar dalam Malaysia. Ramai yg fasih pasal kereta ni. samaada dalam atau luar negeri. A simple car with simple maintenance.

cons.
Saiz yang kecil. Karat lantai. Ori part dari u.k agak mahal.. Tidak ada safety feature macam kereta moden (kalau nak moden beli preve...)


MINI COOPER S . (KIRA MACAM TYPE R VERSION OF MINI..)

Kenapa mini? O.k contoh. kalau hari ni beli mini. rm 10k. pakai 2 tahun. nak jual mungkin dapat balik rm10k, atau paling tak kurang 7-8k. Kira ok la takde la korang rugi sangat. Kalau jaga elok bleh jual 11-12k. tgk kondisi. Paling mudah contohnya. vespa.. Arwah pakcik aku beli vespa baru rm1k tahun 70an atau ..80an. tak pasti.. ade korang tengok vespa running condition bawah rm1k? Ini kerana mini dah sampai tahap antik dan iconic. dan dah sampai harga lantai kata orang

Harga sekarang? ada yang murah rangka je. 3k ada yang complete tahap macam baru 30k. Running condition yang elok dan terjaga boleh dibeli bawah 20k. Terpulang. Tepuk poket tanya dompet...

Kesimpulan, adakah apa yang ditulis ini betul pada nilai harga.? Yang saya tulis berdasarkan pengalaman dan pengamatan dari media massa dan senario grup grup kereta. Ada yang dah jadi semakin mahal. Kereta sebegini ia dinilai dari segi sentimental value. Bolehkan kereta yang dah 15-20 tahun tak boleh loan dijual mahal? Boleh, akan tetapi peratusan yang mampu membelinya amat sedikit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...