Ayahku belikan kereta, Kereta Belon warna biru,

BELON !

BELON !

BELON !


Kecoh cerita abang belon pada bulan Ramadhan lalu. Namun, artikel kali ini adalah mengenai kereta yang kelihatan seperti belon, ya... belon. Apa yang anda ingat bila bercerita tentang belon? Comel? Bulat? Melengkung? Kecil? Jangan terkejut dengan kehebatan kejuruteraan klasik dan kreativiti orang-orang lama.

bukan kereta sebenar 

Kecil, comel, praktikal, tidak laju. Kereta mukhadimah kita kali ini bukanlah kereta yang pantas. tapi pasa saya rekaannya sangat comel lagi minimalis. Memperkenalkan "Isetta" sebuah mikro-kereta yang direka di Itali dan dihasilkan pada tahun 1953 oleh syarikat Itali, Iso SpA. Kemudian dilesenkan untuk dibina/dihasilkan di beberapa buah negara termasuk Argentina, Sepanyol, Belgium, Perancis, Brazil, Jerman, dan U.K. Nama Isetta adalah dari permainan kata Itali "little Iso"


By Original photo by Thesupermat, retouched by NearEMPTiness - Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=152576897




By Mick from Northamptonshire, England - BMW Isetta, CC BY 2.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=18255452


Pada tahun 1955, BMW Isetta menjadi kereta pengeluaran besar pertama di dunia dengan 161,728 unit terjual. Penggunaan bahan bakar sebanyak 3 l/100 km menjadikan Ia adalah kereta satu silinder terlaris di dunia.  Sumpah comel giler kereta ni.



Sebab kereta ni menjadi fenomena pada masa itu.. Ada banyak versi yang dihasilkan. Namun ianya masih tidak jauh berbeza dari Isetta 200 original ( ya tuan tuan, guna enjine motorsikal 200cc)  Cuma artikel ini kita akan cover model model yang menarik sahaja.



By Thesupermat - Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=100223212


VELAM  SPORT VERSION. versi mewah, versi "Sport" satu-satunya, dan sebuah kereta rekod dengan badan roadster. Nampak laju betul tak? Model mewah, yang dinamakan Écrin ("kotak permata") takkan bagi nama kotak kasut .. tak boleh la nak jual mahal kan... , telah diperkenalkan pada tahun 1957 dan dibina sebanyak 500 unit.   

Pada tahun 1957 seorang pereka bernama Bianchi mencipta bentuk badan yang panjang, dengan tempat rehat kepala (head rest) dipasang, meningkatkan ketinggian kepada 730mm. Nisbah gear yang lebih panjang atau lebih tinggi juga dipasang untuk memanfaatkan sepenuhnya bentuk badan yang lebih aerodinamik dan kuasa tambahan. Dengan 12bhp, kereta berbadankan VELAM yang standard dijangka mampu mencapai kelajuan maksimum 85kph, tetapi pusingan terbaik di litar autodrome Linas-C menghasilkan 118.55kph, dengan banyak pusingan konsisten pada 117kph. Rekod hebat untuk kelas bawah 250cc

"Terbang tinggi wahai sang belon, setinggi gunung sejauh langit"







Post a Comment

Previous Post Next Post