Rim Legend 90's - Enkei Racing RP01 Class of 92

*Artikel ini dikarang tanpa menggunakan ChatGpt. Perbezaan bahasa mungkin sukar untuk geng sunat laser memahaminya. 


    Geng 4 series semestinya ingat zaman 90an. Zaman dimana Proton Wira, Satria, Putra. Honda 3 beradik EF, EG, EK. Mahkota Toyota seperti Corrola SEG, SE, Starlet, MR-2. Legen Nissan seperti Cefiro, Skyline R32, R33. Mitsubishi clan seperti Galant VR-4, Lancer CK, Lancer Evo 3, 4. Zaman dimana malam minggu model model ini memecah kesunyian pekan dan kota. 

    Pada zaman itu rim ini cukup popular. Made in Japan, ringan, simple dan ikonik. ENKEI Racing RP01, debut pada tahun 1992. Dengan teknologi Durville die-casting (MAP) system dapat menghasilkan rim yang lebih ringan dan lebih murah untuk dihasilkan daripada menggunakan tekologi forged yang agak mahal.





Kembali mengimbau nostalgia? Kaki dah start gian? dah mula search rim kat FB market place. ?  Pada masa itu dapat pakai rim ni pun dah bangga. Tahun awal 90an rim ini hanya yang original sahaja dijual. Dan lewat 90an replica dari Taiwan mula membanjiri pasaran. Pada mulanya warna ikonik putih atau silver menjadi pilihan. Aku tak pasti jika ada pilihan warna lain pada ketika itu. Tapi pada masa itu banyak dilihat warna putih. Ya.. pada masa itu tidak banyak rim aftermarket berwarna putih. Warna RAYS Bronze pun belum ada. Tak popular pun. 

    Kalau pada awal pertengahan dekad 2000'an ~2005 keatas, TE37 menjadi igauan anak muda. Pada zaman 90an .. ini lah rim nya. 5 bilah yang ikonik. simple,mudah dan bersih. 








    Sama ada anda nak pakai yang original atau replika, terpulang pada tuan punya badan. Tapi untuk membantu anda mengesan yang original harap gambar dibawah membantu anda. Banyak replika dapat meniru bahagian depan dengan mudah. Tetapi oleh kerana rim ini dihasilkan pada tahun 90an, Sepatutnya semuanya mempunya stamp MADE IN JAPAN. dengan jelas , maklumat seperti lebar dan offset jelas di stamp di belakang wheel hub. Satu lagi sebab aku yakin ori-zainal patut ada MADE IN JAPAN pada Enkei RP01 ini, sebab rim ini adalah product racing line dari Enkei. dan barang performace dari Enkei buat kat Jepun sahaja. 








Walaupun rim ini famous di waktu itu. Ia bukan pilihan utama untuk top tier racing team guna untuk perlumbaan. Tetapi rim ni menjadi pilihan popular grass root racing team dan street scene di serata dunia. 


Tetiba teringin nak cari satu set kasi simpan bikin pusaka. hahaha

   

Post a Comment

Previous Post Next Post