TE37 FORGE MAG a cut above the rest

     Siapa sini peminat TE37? Hampir sekeluruhan  peminat automotif dan relung (niche) peminat JDM kenal dan minat. Tidak keterlaluan jika saya kata peminat JDM memiliki impian untuk menyimpan atau menyarung karya kejureteraan ulung RAYS Engineering ini. Rim belahan 6 batang ini memang idaman peminatnya. Dari rekabentuk yang simple dan elegan hingga kehebatan kejuruteraan pembuatan yang membuatkan rim ini ringan dalam kelas nya. 3.7kg untuk saiz 15 inci.. Pertengahan tahun 1990an pengunaan magnesium aloy amat meluas, ini kerana sifat logam yang lebih ringan. Maka pengeluar rim tempatan Jepun mula bereksperimentasi kearah produk yang jauh lagi ringan. Ya, ada beza ya pakai rim ringan dan rim berat..

    Rim ringan dapat meningkatkan prestasi kenderaan. Dengan mengurangkan berat yang tidak disokong (unsprung weight), ini menjadikan kereta lebih responsif, membawa kepada pecutan yang lebih pantas, pengendalian yang lebih baik, dan mungkin jarak berhenti yang lebih pendek. Sebab kurang tenaga diperlukan untuk menggerakkan dan memutar roda, yang dapat dirasakan semasa proses pecutan dan proses membrek...  cuba la pakai.


imej dari katalog RAYS



    Namun!! Dalam keluarga TE37 ini ada sebuah karya ajung jurutera jepun yang inginkan kehebatan kejuruteraan yang lebih baik.. RAYS TE37MAG .. Ya.. rim warna biru gelap  kod  warna Magnesium Blue. Dibuat dari magnesium yang lebih ringan dari aluminum.

jauh lagi ringan dan mahal dari TE37 biasa


    Trivia. Tahukah anda warna magniseum adalah putih keperakan, white silverish. Ya!! bukan biru ya kawan kawan sekalian. Rajah di bawah menunjukan warna asal logam magniseum

http://www.scienceimage.csiro.au/image/2893

OK, bagaimana nak kenal ciri asal rim kayangan atas kayangan ini. Gambar dibawah ini, jika diperhatikan dengan lebih teliti. Original TE73MAG ada sticker "FORGE MAG" selari dengan tulisan 'VOLK RACING' 


imej dari : FB SpeedElement Performance page TE37 MAG

Rim cantik, warna cantik. Rekaan murni lagi nirmala.. tapi tidak bertahan lama dalam pasaran kenapa? Antara sebab model ini tidak tahan dalam pasaran ada beberapa sebab

  1. Harga yang 80% lebih mahal dari biasa. Harga bahan lebih mahal dan teknik pembuatan yang berbeza. Magnesium adalah logam yang lebih lembut dan lebih reaktif, menjadikannya sukar untuk dibentuk tanpa mengubah sifatnya.
  2. Sukar untuk dibaiki bila rosak. Magnesium alloy boleh menjadi rapuh selepas mengalami tekanan, menjadikannya mudah retak semasa proses pembaikan. Oleh itu pembaikan boleh menjadi mahal, dan kadang-kadang menggantikan rim adalah pilihan yang lebih baik. 

FORGED MAG sticker






Rim ini cuma keluar dari 1998 dan hanya bertahan beberapa tahun sahaja. Harimau mati meninggalkan belang, TE37MAG mati meninggalkan warna. Ya warna ikonik Magnesium Blue sahaja yang menjadi warna pilihan dalam peminat automotif. 

Terima Kasih sudi membaca. Mohon share, like, picit, kongsi jika anda rasa artikel ini bermanfaat. 


Post a Comment

Previous Post Next Post