Setahun selepas 1970 rekabentuk dan kejuruteraan kereta ini telah di tetapkan mengunakan enjin Ferrari Dino V6 dari enjin asal yang kurang berkuasa iaitu enjin Lancia V4 . Dengan ketinggian keseluruhan 1.08m meter dari aras jalan dan chasis logam yang pendek berkombinasikan badan gentian kaca yang aerodinamik yang mantap. Ianya adalah jentera yang sangat kejam untuk bersaing dengan pasukan lawan. Pada 1976 kereta ini telah memenangi takhta World Cup secara hatrik setelah mengunakan khidmat pemandu F1 Mike Parkes dan Sandro Munari. (Kereta power + driver skill power = legend....) Setelah Kumpulan Fiat mengurangkan budjet Lancia Racing pada 1979, maka kereta tersebut telah berkubur. Hanya kumpulan individu kecil sahaja yang berlumba dengan jentera itu.
Lancia Stratos Rally |
40 tahun telah berlalu, Dipendekkan cerita Stratos baru ini adalah hasil gabungan Michael Stoschek, seorang ahli perniagaan pembekal automotif yang suka memandu dan mengumpul kereta rally klasik. Manakala pencetus revolusi idea ini adalah Chris Hrabalek pereka kereta dari Austria. Pada tahun 2002 mereka pernah berjumpa dan Chris memberi lukisan idea pada Michael. Pada 2005 idea tersebut menjadi realiti pada Geneva Motor show dengan model concept diberi nama Phenomenon Stratos. Bagi Michael rekaan concept ini telah membuktikan kereta ini mampu dibina semula.
Lancia Stratos baru |
cun gak... |
Dipendekkan cerita Scuderia itu telah dipotong dan dicantas hanya tinggal badan asas dan enjinnya sahaja. Antara rekabentuk yang unik padanya ialah ; integrasi antara chasis monocoque dan roll cage iktiraf FIA, transmisi perlumbaan dan rangka boleh ubah, tangki petrol berkembar di tengah chasis, panel bonet depan dan belakang tanggal sepenuhnya dan yang saya suka adalah tempat letak helmet diintegrasi dengan panel pintu..(smart tu...) Bayangkan scuderia yang laju itu di ringankan dan di lebarkan sedikit . Power...
lakaran menunjukan 430 Scuderia di potong menjadi Stratos |
paparan meter carbon dan aliminium, panel pintu dengan tempat helmet |
Saya rasa Pininfarina telah berjaya menjalankan tugasnya dengan baik. Michael juga ingin memberi peluang pada pemilik Ferrari lain yang ingin mengubahsuai Scuderia ini kepada lancia Stratos. Akan tetapi ada khabar angin mengatakan Ferrari mengambil langkah tegas kepada Pininfarina dan Michael supaya ubahsuai tersebut tidak dijalankan ke atas model Ferrari yang lain. Jika ingin diteruskan maka hendaklah ubahsuai kederaan yang tidak ada kait mengait dengan Ferrari. Pelik juga kerana ketika sesi pandu uji dan media presiden Ferrari juga sangat kagum dan suka akan model ini . Paling saya kagum potong ferrari tu.. bikin Stratos.. kalau dah minat buat jer yerr dak..
team Pininfirina |
the old and the new |