AES (Anda Elak Saman?)

AES.. kalau tengah speeding nampak tanda amaran kamera had laju, mungkin korang akan cakap "aiesshh" lebih kurang bunyi AES. Suka atau tidak benda ni dah masuk peringkat pemasangan pertama. Peringkat kedua,  dan yang lain tak pasti lagi.

Automated Enforcement System ni dah lama dibuat di negara luar. Mengikut statistik ianya berjaya mengurangkan kemalangan dalam anggaran 40%. Sistem ini lebih canggih dari kamera had laju dan kamera traffik sedia ada kerana mempunyai tambahan fungsi termasuk menangkap pesalah memotong di garisan berkembar dan mengunakan laluan kecemasan. Kiranya kalau langgar lampu merah dan melebihi had laju tu kira standard feature untuk mana mana kamera lalulintas kat negara ini.

smile!!


Kereta dicipta untuk dipandu. Semakin maju teknologi, kereta semakin laju dan selamat untuk dipandu. Tidak dinafikan memang tak best kalau tak merasa top speed atau pun paling tidak, mengetahui kemampuan kereta anda. 95% cara mengetahui kemampuan kereta anda berkisar tentang pick-up dan kelajuan. Mana ada kereta pick-up bagai nak gila tapi top speed 110kmh jer. Kalau test power tak pakai kelajuan tu mungkin untuk 4 X 4 yang main dalam hutan. Adilkah jika kereta yang anda bayar beribu atau puluh ribu atau ratus ribu itu hanya mampu atau hanya boleh dipandu pada kelajuan 110kmh? Memang tidak. "Saya perlu lebih laju untuk test kereta saya" , " apa guna hi-way kalau takleh cepat sampai", "kami bayar cukai jalan!". Keluhan keluhan itu adalah biasa. Apa yang best dan tak best AES nih? Baik dan Buruk, Sedap dan Tak sedap dengar. Teruskan membaca. Sebelum tu kalau nak buat air, gi buat air dulu.

OK meh kita sambung. Straight to the point.

Yang tak best.
  • Sistem pelaksanaan ini masih kabur dan kurang jelas. Semua orang tahu melanggar undang undang adalah salah. Pengerusi KASE (kempen anti saman ekor) Datuk Mahfuz Omar menyuarakan pertanyaan. Jika berhanti di lampu merah, dan pemandu dipaksa meneruskan perjalanan oleh ambulan atau polis trafik, adakah saman akan tetap dikeluarkan? Sistem ini beroperasi 24 jam, wajarkan patuh pada lampu insyarat jika tiada kenderaan dan jam menunjuk 3 @ 4 pagi. Perlukah bawa mengikut had laju jika tiada kenderaan di atas lebuh raya jam 3-5 pagi?
  • Sistem ini dibekalkan oleh Ates system Sdn Bhd dan Beta tegap Sdn Bhd. Syarikat ini mendapat keuntungan Rm 16 untuk setiap saman yang dikeluarkan . Tapi yang menjadi persoalan utama adalah perbezaan kos pelaburan semasa pembentangan parlimen pada 2009, Pada tahun ini kosnya meningkat menjadi Rm 717 juta. Di mana bezanya? Syarikat Jenoptik Robot dari Jerman dan Redflex Traffic System dari Australia telah menandatangani 2 kontrak bernilai RM 160juta  dan RM 151juta. Perbezaan lebih RM400 juta ini perlu dijelaskan
  • System ini juga dipasang di laluan di mana had lajunya 60kmh dan 30kmh, Ini dilihat seperti menjerat pengguna jalan raya kerana ramai yang memandu melebihi had itu. Ramai yang tidak sedar akan hadlaju rendah seperti itu. 


Yang kira oklah..

  • Boleh dipasang ditempat kerap kemalangan. Dengan erti kata lain tempat dimana kelajuan menjadi penyebab utama kemalangan di tempat tersebut, AES wajar dipasang. Tidak perlu dipasang di sepanjang lebuh raya, cuma beberapa tempat yang terbukti banyak kereta hilang kawalan di kawasan tersebut.
  • Kawasan jalan raya atau lampu isyarat di kawasan sekolah atau tempat tumpuan ramai yang belum ada jejantas. Sekolah tidak diminta dibina di tepi jalan yang lurus dan lebar. AES boleh menjadi pencengah kemalangan maut.
  • Mengikut undang undang setiap 1 @ 2 kilometer sebelum kedudukan kamera, papan tanda amaran mesti di bina. Jadi kalau penduduk kawasan itu tidak mempunyai AES mungkin papan tanda amaran boleh dibina untuk menakutkan pesalah lalu lintas. hahahaha.

pembantut selera nak tekan pedal minyak


Sedarkah anda hampir setiap kemalangan disebabkan sikap dan kecuaian pemandu. Sikap? ok, contoh. Perlukan korang bawak macam orang gila jika jalan raya atau hiway penuh dengan kenderaan. Tak salah nak test power, tapi pilihlah masa dimana tiada atau sangat kurang  kenderaan di jalan raya. Perlukah bawak laju di taman perumahan atau depan sekolah? Ke..  nak orang bina bonggol tinggi 2 kaki baru nak slow? Nak mabuk? ape ko tak leh datang / balik naik teksi ke kalau nak kelab malam. Aku ada member sorang, katanya " aku kalau mabuk boleh drive sampai umah, aku pun tak tau macam mane aku boleh sampai". Hmmm mungkin penuh dengan makian dan cacian dari penguna jalan raya.
 

Korang perasan tak. Untuk memperlahan pelumba di litar lumba. Ada di bina lencongan kecil supaya kelajuan harus diperlahan di tempat tersebut. Perangkap pasir dibina di tempat selekoh tajam. Mungkin selepas ini zon penampan atau buffer zone mesti dibina dikawasan selekoh tajam. Garisan kuning yang lebih tebal boleh digunakan untuk memberi getaran sebagai tanda amaran supaya kenderaan di perlahankan. Dengan kata lain, bonggol dan garisan kuning adalah pencegah kemalangan pasif dan AES pencengah kemalangan aktif.

Kalau difikirkan AES ni kira ok jugak, tapi kenapa ramai yang bantah atau menyuarakan ketidakpuasan? Mungkin bab RM400 juta tadi kot. Untuk mengubah sikap rakyat bukan lah di sekolah memandu. Tapi kat sekolah rendah lagi. Aku rasa program seperti Petronas street smart adalah penting. Kanak kanak mesti lah diajar untuk mematuhi, menghormati dan faham akan sesuatu undang undang. Kita selalu memperlekehkan undang undang jalan raya. Tampa kita sedari tindak tanduk kita dilihat oleh anak anak kecil yang kelak akan menerajui negara ini. Sinopsisnya AES adea buruk dan baiknya, moh sesama pikir jangan gado gado.

Sumber. Sinar, Kosmo, The Star, JPJ

Post a Comment

Previous Post Next Post