KL International Motor Show 2013 - 3 1/2 bintang

Kuala Lumpur International Motor Show datang lagi pada 2013. Sejak duduk KL dari tahun 1999 sudah 2 kali aku meghadirkan diri. Pada masa tu aku tak terpikir pasal lucky draw atau free gift. Datang sebab aku diantara berjuta lelaki yang minat kereta. Dulu masa bujang kalau ade showgirl atau model, mesti nak bergambo berdua. Sejak akhir akhir ini aku rasa perempuan seksi dan kereta tidak relevan lagi. Tapi takkan nak model tu nak beredar. Dia dibayar untuk berposing di situ.

Seperti biasa KLIMS 13 juga di adakan di PWTC seperti yang dulu-dulu. Di pintu masuk terdapat 2 buah kereta hybrid untuk cabutan bertuah, Honda CR-z dan Toyota Prius. Siap baca doa lagi tu isi borang dengan harapan menang kereta.


Sebab weekend aku busy jadi aku decide pergi lepas waktu kerja. Lagipun murah tiket pergi weekdays, cuma RM15 sahaja. Tambahan pula pengunjung tidak terlalu ramai, mudah untuk masuk duduk dalam kereta dan menangkap gambar.

Secara umum terdapat 4 hall dalam pameran ini, dan ruang hall yang pertama ada Toyota dan Volkswagen. Kedua dua pengeluar kereta mempunyai ruang yg luas. Seperti biasa sebahagian pengeluar sahaja mempamerkan model terkini dan model concept. Toyota muncul dengan NS4 dan FUN-Vii . Dan yang paling menarik supercar versi Toyota . Lexus LFA.

 toyota NS4

Lexus LFA (terbangkit emosi serta merta)


 Lexus LFA. " a car loaded with technological advancement in a single car" Top Gear

 toyota FUN-Vii (tidak membangkit emosi...)

FUN-Vii ni contoh kereta concept zaman moden bila gadjet menakluk dunia. badan hitam penuh lampu dan full body led screen. (gambor sisi aku tak tangkap...)

  toyota FUN-Vii

 basikal pun ada. nampak sangat kereta dah kurang


 Di tempat Volkswagen ni aku tak tangkap gambar sangat sebab busy masuk duduk dalam kereta. Terus terang aku cakap kalau aku ni bujang dengan pendapatan aku sekarang.. mmg aku pakai menatang ni satu. sebulan 2 minggu  makan maggi. hahah padan muka ..

 Gambar enjin ni di ruang pameran ISUZU, kat sini lori je banyak. Tapi tetap kagum, mungkin sebab dikalangan kita jarang dapat naik dalam kokpit lori. Ade kuiz, hadiah dan foto bersama model. OK la pengunjung di layan mesra di kawasan ini.


Untuk KLIMS 13 kali ni terdapat sejumlah kecil untuk ruang automotive produk, baik dari segi penjagaan cat kereta, enjin mahupun aksessori aftermarket. Sebelum ni aku ingat Akrapovic hanya untuk moto. Rupenyer kereta pun ade. Dibawah sebuah BMW M3 dengan full Akrapovic system. 



 ABT sportline product pun ade. Brand ni femes untuk kete german majoritinya..


Jalan lagi, sampai ke kawasan Subaru. Dibawah ini sebuah model lutsinar dengan tajuk 'BRZ Architecture' Cool la jugak.. berkilat dan berkilau..
silau beb..


Kalau dah bagi masuk dalam takkan tengok jee... Siapa nak bagi masuk. takkan jumpe kereta ni tengah jalan tahan, bang mintak tumpang boleh? .. giler aper...


 'motobot' yg biru...


 Subaru BRZ.. meleleh air mata. sempat gak la duk dalam.. best best best


Sampai jugak kat Honda area.. kat sini ade jual cenderamata. Tapi sebab balik kerja. tak sempat nak bawak duit. tgk je laa... hehehe Harga masih ok berbanding harga cenderahati Volkswagen yang membuatkan orang tertanya adakah ia dibuat guna emas...




Model CR-Z Mugen RR ni memang meleleh. CR-Z secara alaminya memang cantik. Model CR-Z ni telah di ubah oleh MUGEN untuk tambah kelajuan, keringanan dan faktor 'WOW'. Model ini membuat penampilan sulong pada Goodwood Festival of Speed di England tahun 2011. Dengan modifikasi seperti gentian karbon penuh untuk underbody, mugen twin central exit exzos, bumper depan untuk ventilasi penyejukkan dan suspensi dan system brek ala perlumbaan. Jantung kecil 1.5 liter dengan supercharged menghasilkan 193 bhp dan 225 Nm of torque dapat menghasilkan keseronokan memandu. Cewahh.. macam la aku pernah test drive.
GAMBAR IHSAN GEARTINGGI.COM
GAMBAR IHSAN GEARTINGGI.COM
GAMBAR IHSAN GEARTINGGI.COM 
(gambar yang aku ambil banyak model tonggek, so kene pakai org lain punye gamba la jwabnye)


Yang putih ni model concept honda.. hmmm ok la... Yang ni gambor je banyak tapi aku tak tau nak tulis apa. Bukan tak leh google, tapi concept car macam ni mengurangkan selera makan..





stereng ala kapal terbang...

model untuk korang naik dan berangan seketika


Booth/area DreamEDGE ni lama aku sembang dengan staff dia, friendly dan tak lokek nak share. Company design part untuk pengeluar kereta dan juga tolong dalam penghasilan model 3D penuh. Macam macam servis dan consultasi depa buat. Dan mereka ini bertanggung jawab membawa masuk model sport car full electric. Tapi.. aku tak tangkap gambor sebab ralit sembang... hehehhe


 The comeback of the legendary 208 GTi. 1.6 twin scroll turbo. 200bhp. RM139k.. ok la under RM150k
Untuk sebuah kereta dengan kuasa turbo dan cc cuma 1.6 liter. harga ini kira memadai bagi nak merasa kereta performance hatchback. Sebab kalo korang tengok harga golf gti. Memang nak telan air liur payah, Tapi perlu dingatkan Golf Gti datang dengan 2.0 TSI turbocharged dengan ruang yang lebih besar berbanding 208 gti ini..

model konsep Viva replacement model.. dalam dah design. luar je belum.

gambar dari - funnymalaysia.net

 Perodua sedan. Hmmm. tolong design balik bang. saya tak berkenan. hehehe, Terus terang cakap, myvi lagi cantik.



Brader yang jadi jurucakap Perodua kata inilah enjin yang akan menggantikan enjin viva di masa hadapan. Enjin ber'kompressi' tinggi tanpa bantuan sistem DVVT ini dikata lebih efficient dri segi ruang dan lebih berkuasa. Harap harapnya begitulah...

AUDI prang prangg.. kat ruangan Auto saloon
Mitsu Evo (menang kereta pilihan kalau tak silap) di auto saloon . Kemas dan bersih modifikasinya.


Myvi.... mesin gun.....


Toyo tyres.. Kecik je ruang display dia, tapi dari segi penerangan agak friendly. Ada juga penerangan produk, contoh jenis tayar yang sesuai. Supaya takdela korang belasah tayar semi slick buat pergi kerja pada musim hujan. Contoh tayar proxes R888 tidak digalakkan buat daily drive sebab mengglabah bila langgar lopak air pada kelajuan tinggi.


toyo toyo toyo

86 boxer....

al-proxes wal-tayar....


rocket bunny rear elevation.. bbrrrr

KLIMS kali ini ada ruang American Classic and Muscle car. Menarik. cume tak dapat pegang dan masuk dalam kereta. Dan juga majoriti kereta ini untuk dijual..

Thunder Bird (1962) 3rd generation soft top

Ford C10 pickup


1970' dodge charger

1970 dodge challenger R/T

kuda kepang USA

pontiac GTO

kuda...



vette vette vette





tak ingat kereta ape. tapi berkilau


1957 ford "burung guruh"



T model, ade bran...

Lepas ruang kereta klasik aku pergi kat ruangan Ford dan Hyundai. . Aku bukan peminat kereta korea. tapi tidak dinafikan jenama kereta korea susah mendapat tempat di hati orang kita. Rekabentuk yang bagus tambahan ciri ciri yang menarik berjaya akan berjaya memecah dominasi jenama kereta jepun suatu hari nanti.



hologram benda alah nih.. 


garrr ranggg... Mustang Shelby GT. hhssss.....



KUGA ku lari gagah berani...

AL-ford- AL -Fiesta..

ini racing punyer. champion.. tarak jual..


Kenapa 3 setongah bintang. Sebab kereta makin kurang berbanding motor show yang sebelumnya. Dulu punyer siap moto ducati pun ade.. Ikut statistik 45-60% orang yg datang gaji bawah 3K. (kalau tak silap aku laa..) dan kalau ikutkan gaji bawah 3-k. berape jenis kereta sangat yang boleh dibeli. Jenama Volkswagen dah tentu kene tolak tepi..  Hakikat yang harga kereta kat malaysia ni mahal, menyebabkan orang lebih berhati hati dalam membeli kereta.. Harap motor show yang akan datang lebih berkualiti

Post a Comment

Previous Post Next Post