Proton DRB Hicom Lotus dan Anda

Akhirnya Proton dibeli oleh DRB HICOM. Berakhirlah penantian rakyat negara ini (walau bukan semuanya pemilik kenderaan nasional) dan tenanglah hati mereka untuk memeruskan kehidupan. Apa impaknya pada orang awam?. Orang yang tidak saham dalam Proton, orang yang tidak berkerja dengan Proton, orang yang ada dan tidak ada kereta Proton. Saya adalah terdiri dari berjuta orang awam itu. Adalah pembelian proton oleh Hicom mendatangkan impak atau keuntungan atau kerugian kepada anda.






Terus terang saya pun tidak tahu. Cuma persoalan dari saya, peminat automobil dan industri automotif adalah;
1-adakah harga kereta Proton akan lebih murah?
 Mustahil? Tiada yang mustahil dalam industri automotif. Teknologi inovatif dan pemgurusan yang berkesan boleh menjimatkan kos dan disalurkan pada produk akhir. (macam tak percaya?). Jika anda ingat (saya pun tak ingat) pada tahun 80'an, 86 kalau tak silap. Proton mengalami kerugian setelah melancarkan model pertama. Untuk menyelamatkan Proton kerajaan telah menaikkan duti import kereta luar dan menaikkan harga kereta proton sekaligus menjana margin keuntungan yang besar untuk menutup kerugian.  Kereta bukan kehendak tapi satu keperluan. Menurunkan harga kereta atau menurunkan duti import tidak akan merugikan, kerana bilangan kenderaan dan permintaan terus meningkat. Akan tetapi penurunan harga kenderaan akan merugikan penjual kereta terpakai.


2-Proton akan mengeluarkan model baru?
Setiap pemimpin harus meninggalkan legasi. Sama seperti Tun Mahathir, Najib Tun Razak juga sedang meninggalkan legasi beliau. Rakyat negara ini amat berharap dengan setiap model yang akan dihasilkan menjadi penanda aras bagi industri automotif serantau asia. Benar, memang sukar untuk kita menandingi model keluar Jepun tapi ianya tidak mustahil bukan? Setiap model keluaran proton memang menerima kritikan yang hebat. Ya, ada juga produk negara lain yang lebih mengecewakan dan menghampakan tetapi proton juga yang menjadi mangsa. Wal hal jenama lain juga ada yang mempunyai masalah dalam produk mereka. Kenapa? Kerana proton adalah Malaysia. Dan rakyat mahukan yang terbaik dan hanya yang terbaik. Bila kita tahu proton menghasilkan yang terbaik? Bila rakyat hanya memilih proton sebagai kereta pertama dan kedua bila khidmat kereta yang pertama sudah tidak diperlukan lagi. Ini boleh berlaku jika kepercayaan terhadap jenama diperolehi. Anda ingat lagi wira dan satria? Model proton yang di jelmakan semua menjadi Mitsubishi setelah keluar kilang. (kembali ke pangkal jalan) Setelah Gen 2 Pesona dan Satria Neo, dilihat proton sudah ada peningkatan. Kita tidak lagi berharap dengan teknologi luar. Impian itu luluh berkecai setelah Inspira terhasil. Harap lepas ini tiada Mitsubishi Lancer jadian lagi.


3-Masih ada double standard antara import specs dan local specs?
Dulu masa awal 2001 saya sudah mula meninjau kereta pertama saya. Masih ingat lagi dimana rakan serumah membeli satria 1.3 baru . UK spec katanya. Kata jurujual pun sama. Local dan UK spec berbeza. Uk spec lebih cantik dan berkualiti. Kenapa? Di sini saya memuji Jepun kerana model berprestasi tinggi diguna oleh rakyatnya terlebih dahulu bukannya negara luar. Begitu juga dengan kualiti. Adalah tidak adil untuk membayar  barangan kualiti rendah pada harga premium. Ada juga berkata proton di luar negara adalah lebih murah. Sukar untuk saya mempercayainya. Beginilah, anda google proton edar UK dan Australia dan bandingkan harga. Walau dah di'convert' matawang ianya masih murah di sebelah sana.


4- Lotus? nak jual ke tak nak jual?
Saya rasa Proton masih memerlukan Lotus. Cuba lihat warganegara kita sangat melihat kearah barat. Kalau produk buatan UK dan USA dipandang tinggi dan dipercayai kualitinya. Cuma cabaranya untuk menjadikan Lotus syarikat yang mendatangkan keuntungan. Jika diperhatikan syarikat automotif yang menghasilkan sport car memang tidak mendatangkan keuntungan yang banyak. Lihat saja ferrari dan Lamborghini, kedua-duanya milik Fiat dan Audi. 


Wajarkah persoalan ini ditujukan?Terpulangkah pada anda. Saya rasa rakyat negara ini bangga jika berjumpa kereta proton di luar negara. Mereka semua sayangkan Proton, sebab itu Proton terus menerima kritikan dan teguran. Hanya yang terbaik dan terbaik sahaja yang kami harapkan.

7 Comments

  1. Replies
    1. kalau nak diikutkan Lotos tu jangan jual lahhh.... Proton ada caranya sendiri.... Lotos pun sama

      harap pengambil alih ni memberi manfaat besar kpd Proton


      ۞۞۞۞Salam Maulidur Rasul۞۞۞۞
      diy pemasangan carpet dan insulflex lantai kereta

      Delete
    2. Tg Mahalel masuk balik proton kite tgk la cam ner..

      Delete
  2. bro, pada gua, kalau Tengku Mahaleel masuk balik Proton, kalau still attitude yang sama, gua rasa Proton akan back to square one. gua rasa sekarang ni, zaman CEO baru Proton ni, Proton lagi better in terms of quality and vision...

    sebab CEO sekarang ni dari Perodua, masa Perodua kick Proton's ass so hard sampai susah nak compete....

    just my two cent, better biar CEO baru ni pegang sampai Proton betul2 stabil...

    pakcik gua ex-Proton, and he against Tengku Mahaleel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah ada yang cakap mahaleel ok ade yang tak ok.. aku harap jangan di politikan..

      Delete
  3. Halo,
    Adakah anda sedang mencari syarikat peminjam swasta yang berwibawa dan terakreditasi yang meminjamkan peluang sepanjang hayat? Kami menyediakan semua jenis pinjaman dengan cara yang sangat cepat dan mudah, pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman pelajar, pinjaman perniagaan, pinjaman pelaburan, penyatuan hutang, dan banyak lagi. Adakah anda telah ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan penyatuan atau pinjaman gadai janji? Lihatlah lebih jauh seperti yang kita ada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda menjadi sesuatu yang lalu. Kami menawarkan pinjaman dari 5000 dolar kepada 50,000,000 dolar pada kadar faedah pinjaman yang sangat tinggi sebanyak 2%. Hubungi kami hari ini melalui e-mel kami sekarang dan kami akan dengan senang hati membuat masalah kewangan anda dan perkara-perkara yang lalu, Tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin.
    E-mel kepada kami: (albakerloanfirm@gmail.com).

    ReplyDelete
Previous Post Next Post