Rolls-Royce. Gabungan nama Charles Stewart Rolls dan Henry Royce. Tidak kisah cara anda menyebutnya 'roi roihs' atau 'roy rosh' atau 'ro-rooss'. Ia merupakan lambang kemewahan automobil. Jika anda ingin dikenali atau ingin di lihat dengan bergaya, inilah keretanya. Tahukah anda kenderaan ini paling banyak di Hongkong berdasarkan nisbah perkapita. Namun jumlah bilangan paling banyak adalah di Amerika. Tapi sempena tahun Naga dalam kalendar Cina. Rolls-Royce telah mengeluarkan edisi khas Dragon Phantom.
|
merah untuk tuah |
|
|
|
|
|
|
Klik untuk artikel penuh
Kereta ini seperti Phantom yang lain cuma ditambah ciri ciri tambahan corak naga di merata rata kereta. Sambutan yang mengalakkan dari China telah melonjakkan jumlah jualan yang mengatasi Amerika.
|
Naga... |
|
lambang Naga untuk tahun Naga |
Kereta ini seronok di pandu walaupun jarang dipandu pemilik. Sebab pemiliknya kaya raya. Kehadiran kereta ini ditagih untuk dilihat dan dihargai. Rekaan dalaman yang mewah dengan warna yang memikat.
Dari segi rekabentuk kereta ini tidak nampak sporty dan ganas, cuma ia nampak unik. Dengan skala rekaan 2:1. Dimana tinggi kereta adalah 2 kali ketinggian tayar. Nisbah yang ideal. rujuk.(http://www.rolls-roycemotorcars.com/phantom/)
Tidak kira berapa kali kereta ini direka bentuk ianya masih mengekalkan bentuk dan tradisi yang sama. Nisbah rekaan 2:1, Buatan tangan penuh dengan keikhlasan. Tahulah anda radiator grill hadapan trademark Rolls-Royce diambil masa 1 hari untuk dipasang dan 5 jam untuk digilap!! Jarak antara liang liang grill di ukur mengunakan tangan dan angaran mata.
|
Gah |
Kalau anda kumpulkan kemasan terbaik dan kemahiran terbaik pertukangan tangan maka Rolls Royce adalah hasilnya. Kepuasan pelanggan diutamakan. Pernahkah anda risau tentang pilihan warna dan berjumpa "kembar" kereta anda di jalan raya? Dengan pilihan warna 44 ribu pilihan warna anda tak perlu risau.
|
sulaman Naga dan kemasan kayu meliputi ruang |
Tahukah anda kereta Rolls Royce tidak pernah dilaporkan rosak ditengah jalan melainkan kemalangan, (atau mungkin malu kot, nak bagi tau kereta ni rosak tengah jalan) . Dengan keupayaan 6.75 litre, 48-valve V 12 dari BMW yang dipasangkan dengan tangan, cukup mampu membawa kereta yang besar ini. Cukainya? tak perlu bertanya.. Tepuk buku bank tengok duit dulu. Gong Xi Fa Cai!!!
pernah nampak phantom depan mata .... selalunyasultan-sultan ajerr yang pakai... kat Malaysia Sultan johor, kelantan, Selangor dan Sultan kedah ajerr nampak pakai
ReplyDelete۞۞۞۞Salam Maulidur Rasul۞۞۞۞
diy pemasangan carpet dan insulflex lantai kereta
kite mampu gak. mampu tengok jer. huhhuhu
DeleteHalo,
ReplyDeleteAdakah anda sedang mencari syarikat peminjam swasta yang berwibawa dan terakreditasi yang meminjamkan peluang sepanjang hayat? Kami menyediakan semua jenis pinjaman dengan cara yang sangat cepat dan mudah, pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman pelajar, pinjaman perniagaan, pinjaman pelaburan, penyatuan hutang, dan banyak lagi. Adakah anda telah ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan penyatuan atau pinjaman gadai janji? Lihatlah lebih jauh seperti yang kita ada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda menjadi sesuatu yang lalu. Kami menawarkan pinjaman dari 5000 dolar kepada 50,000,000 dolar pada kadar faedah pinjaman yang sangat tinggi sebanyak 2%. Hubungi kami hari ini melalui e-mel kami sekarang dan kami akan dengan senang hati membuat masalah kewangan anda dan perkara-perkara yang lalu, Tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin.
E-mel kepada kami: (albakerloanfirm@gmail.com).