Abarth Enam Sembilan Lima Ferrari Tributo.

rekaan grill yang sporty 


 Kalau sebut pasal kereta yang laju dan bagus untuk dipandu. Yang terbayang di fikiran kita biasanya kereta yang mahal. Tapi kali ini kereta kecil juga boleh memberi kepuasan itu. Model asas Fiat 500 mungkin agak mahal di Malaysia (kereta lain pun mahal). Tapi luar sana ia mungkin murah. Tuner House Abarth yang sinonim dengan jenama Fiat menghasil sebuah model khas Fiat 500 yang di naik taraf (macam Neo R3 atau Neo Lotus) .


Dengan mengambil ilham dari Ferrari 360 Stradale, luaran dan dalaman Fiat 500 ini di perkemaskinikan dengan sempurna. Apa yang menarik ianya mengunakan block enjin masih sama 1.4cc,  cuma penambah pendesak turbo, piston lebih besar dan remapped ECU  telah melonjakkan kuasa nya kepada 180 kuasa kuda. Agak besar untuk enjin sekecil ini. (Fiat 500 + turbo + piston + ECU = power)



Dalaman terdiri dari dua seat bucket carbon fiber dari Sabelt dan papan pemuka dengan kemasan carbon fiber. Dengan tranmisi  "automated manual" model ini dibekalkan dengan gear "telinga arnab" ( paddle shift daa..) dan tiada tombol gear untuk di pegang, cuma butang butang sahaja.





Kalau dah tuner house Abarth, yang terkenal dengan racing berslogan "in racing we trust" masakan bunyi sepoi sepoi bahasa menjadi idaman. Kereta ini dipasang dengan twin muffler dengan bunyi garang ala ala racing.. Wwraapp..!!!  kepish !!!


saya nampak kembar!!


Kalau dah racing... cakera brek hadapan di pasang dengan dewa brek Brembo 4 pot di depan dan brek disk di belakang.  Kalau anda tidak mampu membeli Ferrari adakah ini jawapannya. Bukan juga, ditegas kan disini bahawa  695 ini adalah jawapan kepada mereka yang inginkan kereta 'hatchback' yang rugged dan sporty dengan citarasa Itali.

cuba teka ini view depan ke belakang?

Adakah Abarth telah melakukan tugas yang bagus. Jika dilihat dari model asal Fiat 500 ini, terbukti sesuatu yang jinak dan senyap boleh berubah ditangan yang handal. Sesuai dengan logo kala jengking Abarth, kecil tapi menyengat!!

model asal Fiat 500

1 Comments

  1. Halo,
    Adakah anda sedang mencari syarikat peminjam swasta yang berwibawa dan terakreditasi yang meminjamkan peluang sepanjang hayat? Kami menyediakan semua jenis pinjaman dengan cara yang sangat cepat dan mudah, pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman pelajar, pinjaman perniagaan, pinjaman pelaburan, penyatuan hutang, dan banyak lagi. Adakah anda telah ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan penyatuan atau pinjaman gadai janji? Lihatlah lebih jauh seperti yang kita ada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda menjadi sesuatu yang lalu. Kami menawarkan pinjaman dari 5000 dolar kepada 50,000,000 dolar pada kadar faedah pinjaman yang sangat tinggi sebanyak 2%. Hubungi kami hari ini melalui e-mel kami sekarang dan kami akan dengan senang hati membuat masalah kewangan anda dan perkara-perkara yang lalu, Tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin.
    E-mel kepada kami: (albakerloanfirm@gmail.com).

    ReplyDelete
Previous Post Next Post