Anda pernah ke musium kereta atau automotif? Kereta di musium memang menarik tetapi kereta tersebut tidak bergerak bukan atau "running condition"? Pernah dengar Meilinwerk? Ok, cut to the chase. MEILINWERK dalam bahasa Jerman (mile work) adalah gabungan dari tempat letak kereta, bengkel, kedai @ galeri kereta, restoran, dan dewan. Ape saja yang berkenaan dengan automotif berada di sana.Ada beberapa cawangan di seluruh Jerman, Stuttgart, lake Zurich, Hamburg, Berlin dan Dusseldorf
|
bangunan gedung keretapi lama |
|
workshop untuk merawat para para legend di sini
|
Masih keliru dengan konsep gedung automotif ini? Idea untuk mendirikan Meilinwerk ini terhasil dari pemaju hartanah yang mempunyai minat terhadap automotif. Harga hartanah yang mahal di bandar-bandar di Jerman telah menyebabkan terlalu berharga untuk pemilik rumah mempunyai garage sendiri. Oleh itu kereta-kereta klasik atau sport car mereka terpaksa di letak di tempat parking awam atau pun di tepi jalan. Oleh itu pemaju hartanah telah mencari bangunan lama yang mempunyai kawasan yang besar untuk orang-orang yang berkemampuan meletakkan kereta kesayangan mereka dengan selamat.
|
galeri kereta klasik |
|
perjumpaan pemilik kereta klasik yang lari dari bini mereka |
|
pelbagai kedai dan kiosk menjual cenderahati, memorabilia dan pelbagai lagi |
|
siap ada servise polish, gila smart tukang polish nih |
Pelanggan boleh memilih untuk letak kereta di parking berbumbung dengan kawalan suhu atau dalam kotak kaca untuk kereta klasik. Kemudian ada perkhidmatan servis kereta bertauliah. Idea ini boleh berkembang kerana orang Jerman begitu serius terhadap automobil mereka.
|
kotak kaca untuk kereta klasik |
|
legend and champion parking only
|
Masuk adalah percuma di sini. Pemilik boleh datang datang 24/7 untuk kereta mereka. Pelawat boleh datang pada 9am - 5pm. Kalau datang malam bukan nak melawat, nak mencuri la tuh. Bangunan Meilinwerk di Berlin ini mengunakan gedung keretapi lama. Suhu dan kelembapan bangunan ini di jaga untuk kesejahteraan penghuninya (kereta). Pemilik Meilinwerk berkata "musium adalah konsep lama, di sini kereta-kereta dalah hidup, mereka datang dan pergi."
|
ada dewan kalu korang nak bersanding kat sini
|
Kalau nak datang jerman bolehlah berkunjung ke Meilinwerk.
Backlink
uihhhh kalau aku kesana mesti banyak benda aku nak tengok ... pasal mungkin kat sini kita boleh jumpa kereta-kereta klasik yang limited kot...
ReplyDelete~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
Diy neon Ledd Strip pada kereta
sana industri kereta sesuatu yang serious. banyak pengumpul kereta lama. sini kereta lame tak ramai yang pandang
Deleteaku join KKL (Kelab Kereta Lama)...time autoshow, memang xramai orang nak tgk kereta lama kecuali orang2 tua...tapi masa buat lawan sound engine dengan show off engine, baru la ramai yang pakat dtg tgk and rekod video...
ReplyDeletehuhu kelab otai tuh..
DeleteHalo,
ReplyDeleteAdakah anda sedang mencari syarikat peminjam swasta yang berwibawa dan terakreditasi yang meminjamkan peluang sepanjang hayat? Kami menyediakan semua jenis pinjaman dengan cara yang sangat cepat dan mudah, pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman pelajar, pinjaman perniagaan, pinjaman pelaburan, penyatuan hutang, dan banyak lagi. Adakah anda telah ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan penyatuan atau pinjaman gadai janji? Lihatlah lebih jauh seperti yang kita ada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda menjadi sesuatu yang lalu. Kami menawarkan pinjaman dari 5000 dolar kepada 50,000,000 dolar pada kadar faedah pinjaman yang sangat tinggi sebanyak 2%. Hubungi kami hari ini melalui e-mel kami sekarang dan kami akan dengan senang hati membuat masalah kewangan anda dan perkara-perkara yang lalu, Tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin.
E-mel kepada kami: (albakerloanfirm@gmail.com).