Nama kereta dan maknanya

"cube ko sebut sikit" "aku cube yee.. saga, iswara, wira, juara, arena, perdana, satria, gen 2, persona, savvy, saga blm, dan terkini prevert .." "preve la.."

tersembur air liur pakcik sebelah umah. Preve dalam bahasa portugal/sepanyol = membuktikan, berserta bukti, membuktikan sesuatu dengan bukti/perbuatan. Artikel kali ni bukan pasal Preve. Artikel ini mengenai nama, pernahkah anda terfikir nama nama yang digunakan untuk model kereta anda. Tak tido 2-3 hari beb pikir nama yang sesuai.

Tahukah anda setiap model/produk automotif mahupun jenama ada sejarah dan makna di sebaliknya.  Sebagai contoh, nama Preve yang mana maksudnya telah diterangkan awal tadi. Contoh kedua nama yang tak bermakna seperti Acura. Acura bukan dari perkataan Inggeris, ianya dari..  perkataan "accurate" di ubah suai supaya menjadi ACURA. Kerana honda mahukan jenama yang melambangkan kualiti.

Mari kita lihat nama nama kereta yang terkenal dan glamour.

1- Ford Mustang. Sebut saja nama kereta ni perkara yang terlintas dalam fikiran mesti "Eleanor" 1967 Mustang Shelby Cobra GT500 dalam wayang gambar Gone In 60 Seconds. Terdapat banyak versi Ford Mustang dalam produksi. Asal nama mustang berasal dari perkataan "mustenggo" (mexico/spanish) yang bermaksud kuda kuda yang bebas dan liar. Dalam makna lain ada yang bermaksud haiwan belaan yang dibiar bebas dan tidak terkurung. Nama yang melambangkan kuda ini telah melonjakkan model mustang ketahap status ikon dan lagenda.






2. Rolls royce Silver Ghost. Kereta gempak nama pun gempak. Hantu perak, lembaga perak. Apa pun yang korang nak terjemah maknanya, ianya tetap antara kereta terhebat dalam sejarah. Asal nama ini bukan dari pihak kilang RollsRoyce, tetapi digelar wartawan kerana warna peraknya yang berkilau dan enjinnya yang terkenal bukan sahaja dengan riliabiliti tetapi juga kerana bunyinya yang senyap. Huhuhu bayangkan objek warna perak dan senyap tanpa bunyi. huhu macam hantu..



3. Honda Civic. Kat negara ni ramai yang kenal kereta ni. Tapi mungkin ramai yang tidak tahu makna di sebalik nama ,civic,. Salah satu makna Civic bermaksud hubungan antara sesuatu kota atau bandar dengan penduduknya, atau pun kesedaran penduduk sesuatu komuniti terhadap bandar atau kawasan tempat tinggalnya. Nama civic ini dipilih kerana honda ingin mehasilkan kereta untuk pasaran umum atau awam. Kereta untuk semua penduduk bandar. Murah dan boleh diharap. Murah? Kereta ni memang murah cuma kat negara ni je mahal. Dah nasib badan..




4. Toyota Corolla. Siapa tak kenal kereta ni boleh dikira tak suka toyota atau pun duduk dalam hutan. Antara kereta terlaris didunia. Mungkin ramai yang tahu makna corolla adalah mahkota. Ini adalah tradisi toyota menamakan model utama mereka mengunakan makna mahkota. Contoh, makna Corona adalah dari perkataan latin untuk mahkota. Dan makna corolla dalam bahasa latin adalah mahkota kecil. Kalau korang perasan logo corolla lama dahulu ada huruf c dan bentuk mahkota.






5. Toyota Camry. Kalau dirujuk perkataan rasanya takda dalam kamus. Dari sumber google camry adalah dari sebutan bahasa jepun . "kanmuri" dari perkataan jepun bermaksud mahkota. Tradisi dari Toyota mengunakan nama mahkota untuk model utama mereka. Jika translasi bunyi di bawa ke bahasa inggeris ianya berbunyi Camry.



6. Kia Forte. Haha ramai yang suka kereta ni kerana ia agak cantikdan sedap dipandang dan boleh tahan handling nya. Makna "forte" adalah berasal dari perkataan Perancis yang bermakna  kota (fort) Dalam bahasa omputih ia bermakna "kekuatan/ kepakaran yang khusus" Contoh. Baking cake is my 'forte' (Membuat kek adalah kelebihan/kekuatan/kepakaran saya) Saya rasa Kia telah berpuas hati dari segi bentuk dan kejuruteraan model ini dan layak di panggil dengan nama 'forte'.



Mungkin korang pikir senang bagi nama untuk kereta. Perlu ingat nama kereta adalah benda yang paling akhir sekali ditentukan. Bukan korang boleh bagi sesuka hati jer. Ok, aku bagi contoh. 'escargot' . Escargot adalah perkataan Perancis. Bunyi cam gempak. tapi maknanye 'siput'. Takkan nak bagi nama kereta escargot kan? Proton Escargot. Proton siput. Giler.. orang nak beli pun was was. Cuba gak kalau nak letak nama yang gah.. Bagi contoh la kan.. . Perodua Kancil Veloce. Veloce dalam bahasa Itali 'pantas'. so mungkin nama Veloce tu sesuai untuk kereta sport sahaja.    Ingat Perodua Kelisa? dulukan ada peraduan di KL motor Show. suruh bagi name kat model baru perodua. Macam macam orang letak. Perodua lipas lah, tapir , cipan.. b*bi pun ada. Main main jer orang suruh bagi name..  Ada gak wanita yang bijaksana letak nama Kelisa. Puff.. dapat kete sebijik.

Post a Comment

Previous Post Next Post