The icon is back! Das auto show

Entrance masuk di KL conv. center

Sabtu 8, September. Ada pameran 'The icon is back' dari VW untuk mengenalkan produk terbaru iaitu beetle generasi ke-3. Beetle, sebuah icon dalam automotif ada banyak variasi. Cuma ini era 'kumbang' ketiga. Sebab jumaat tu aku dah register, so sabtu pagi collect pas dan aku amik sessi 2, 11.40 am. Aku tak pernah beli atau memiliki apa apa  produk VW tapi kalau ada rezki memang aku berhajat nak sambar paling minimun VW Polo. Kalau ada rezki...


stereng klasik yang rare, depan kaunter daftar
Bagi aku kereta VW adalah mesra pengguna dan direka dengan elok dan 'no nonsense' kata omputih. So kalau ada peluang naik atau test kete VW pergilah, nanti korang paham.


gelang tangan

Ok. Berbalik pada Das auto show. Lepas register dapat satu wrist band dan masuk ikut show time. Macam tengok wayang la kiranya. Dah masuk dalam 10 min show pun bermula. Memacam dokumentari dan iklan VW beetle pada zaman 50-60an dapat dilihat. Serius aku cakap, kalau jumpa kat YouTube iklan VW beetle yang dulu dulu, singgah tengok. Memang kreatif dan straight foward.



Lepas iklan dan dokumentari ada show tari menari . Bab ni aku kurang sikit sebab pakaian ketat giler. Bukan aper sebab show ni budak-budak 3-4 tahun pun ada follow mak bapak dieorang. Then sambil menari dan menyanyi datang la beetle versi baru ni 3-4 bijik (ke 5 bijik) dok mencilok celah celah penari dan penyanyi nih.




Dah abih sessi tanyangan dan show dalam gelap tu. Terus pegi dewan pameran. Ada beberape model VW. tapi model beetle adalah center piece-nyer. Sempat gak aku dok dalam kereta favorite aku. VW Polo.
Ada sample enjin turbo charge tsi dan dsg gearbox berkilat tak ingat. Kalu korang perasan, comel jer turbo die. Tapi jangan dok ligan la atas hi-way. DGS gearbox die punyer pergi tak perasan. Kejor tak dapat, boleh tertekan woo...



polo interior




suasana dalam dewan


Ok berbalik pada si'kumbang'. Ada beberape warna dan ada juga kumbang tema 'herbie 53'. Yang ni aku tak sempat duduk sebab kene beratur. Ada dua versi, 1.2cc dan 2.0cc. RM 139k sebelum cukai dan insuran. 2 liter tarak jual, champion punya, hahaha ( 2 liter belum masuk market malaysia lagi)











jumpa dimane turbonya?

















HERBIE VERSION 

2.0 TSI VERSION












Kalau dilihat pada interior ada persamaan nostalgia pada beetle klasik. Kemas dan berkualiti, terasa confident nak tekan butang butang kat dashboard 500 kali. Perbezaan yang paling ketara pada model 2.0 adalah sunroof panoramic yang comel-lote.



ada 2 box pada dashboard



untuk 2.0 skrew tayar pun ada cover





Terdapat juga ruang untuk kanak kanak melepak dan ruangan jualan barangan volkswagen yang boleh tahan mahalnye. Topi RM 155. Baju dan jaket aku tak berani tanya. Ada Rm 50 je dalam wallet time tuh.
Keputusanya, memang best. Kalau ada duit belilah kumbang sebijik. Takde duit leh tumpang kawan-kawan punyer. GO go go.. Das auto!!

Post a Comment

Previous Post Next Post