Ferrari termahal berwarna hijau

1962 Ferrari 250 GTO, korang tau kereta nih. Ya, memang Ferrari klasik nampak cantik dan berharga. Tapi ape yang menjadi buah mulut ialah, ada sebijik telah terjual dalam lelongan dengan nilai jualan. $35juta U.S.D. Sebelum ini rekod dipegang oleh 1936 Bugatti Type 57SC Atlantic pada 2010 dengan harga 34$ juta usd.



Kereta yang menjadi bualan orang kaya raya dengan chasis bernombor 3505GT itu sebenarnya di bina untuk pelumba lagenda Stirling Moss. Ironinya mamat tu tak berkesempatan memandunya kerana terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan beliau mengalami kesukaran untuk berlumba pada masa itu.
Walau pun dipandu oleh pelumba lain, Innes Ireland. Jentera ini telah memenangi beberapa perlumbaan dan juga 100 pusingan Tourist Trophy. Penyertaan 24 hours Le Mans tahun 1962 juga menjadi saksi untuk jentera ini tetapi takde rezeki, tak naik podium.


Apa yang menyebabkan kereta ini menyerlah ialah warna hijau apple yang menjadi warna pasukan UDT-Laystall racing team. Apa barang warna merah. Tak rare lah. Harga asal kereta ikonik ini pasa 10 tahun lepas adalah  $8.5 juta usd ditangan ahli perniagaan belanda. Owner baru dan juga pengumpul kereta, Craig McCaw yang kaya telah meningkatkan nilai kereta tersebut 10 kali ganda apabila beliau bersetuju dengan gilanya membayar 35 juta.
Bila cakap pasal kereta lama ni teringat kereta kereta seperti Mini Cooper, VW Beetle, Morris Minor. Kalau di restorasi dengan sempurna memang ada value.

Post a Comment

Previous Post Next Post