Sport Rim Jepun... Ori atau Replika?

nota awalan, artikel ini akan senantiasa ditambah jika maklumat baru pasal rim rim nih.

FAKE RIM ALERT (TULISAN BIRU)

anyway selamat membaca..

95-97% lelaki yang mempunyai kereta inginkan aksesori paling asas untuk kereta mereka. 2 perkataan, sport rim, Hampir semua lelaki mahukan sport rim yang menarik. Yang membezakan diantara mereka adalah poket, tahap kegilaan dan kesanggupan masing masing. Anda jenis yang macam mana?
a) Ada lelaki yang serta merta menukar sport rim apabila kereta yang dibeli sudah digenggam kuncinya.
b) Ada yang mengumpul duit terlebih dahulu kerana,

  1. tayar baru bunga masih tebal, menukar saiz lain di anggap membazir, 
  2. kumpul duit kerana rim idaman agak mahal dengan situasi kewangan anda.



Apa pun sebab musabbab anda, diharap tidak melakukan benda bodoh seperti beli rim mahal, tapi duit sewa umah lupe bayar, atau duit ansuran kereta terlupa bayar. OK balik kepada tajuk. Pastikan Ori baru beli? ATAU Janji nampak  macam Ori ...

Sedikit info, tahukan anda pada mulanya kebanyakan rim aloy di buat dari aluminium dan magnesium untuk mengantikan rim besi pada kenderaan. Di reka untuk memberi impak visual (kecantikan) pada sesebuah kenderaan. Tetapi teknologi pada masa itu masih mundur dan banyak rim aluminium rosak kerana sifat aluminium yang lebut dan rapuh. Magnesium pula agak mahal, lama kelamaan setelah teknologi menghasilkan aluminium yang lebih berkualiti dan aloy yang lebih kuat, ia kembali popular dari rim magnesium.

Secara basic ada beberapa cara buat rim alloy. Di antaranya ailah Casting (tuang dalam acuan) Forging (mampatan), Flow forming (rim diputar dan dibentuk sifatnya)

Saya cuba cerita mana yg saya tahu atas pengetahuan yang cetek ini

Casting atau Cast, : senang cakap cairan aloy dan tuang dalam acuan, bab casting ni aje ade bermacam jenis.
Kalau rim murah china memang pakai teknik paling murah dan cepat.  Contoh jenama rim Jepun menggunakan teknik high quality / preasure  ni ialah Enkei,  Bukan main tuang aje. Kena pakai aluminum aloy yang berkualiti dan teknik casting yang berteknologi tinggi. Tekanan angin tinggi digunakan untuk memasukkan aloy cair dalam acuan, setelah itu acuan itu di panaskan dan diputar pada kelajuan tinggi. (macam buat pasu tembikar atas meja berpusing)  Kompany macam ni biasanya mengeluarkan kos yang tinggi untuk R & D bagi produk mereka. Semuanya untuk ketahanan dan keselamatan penguna produk. Teknik cast mempunyai kelebihan pada rekabentuk rim, kerana aloy di mampatkan dalam acuan, berbagai jenis bentuk rim dapat dihasilkan. Mengikut prinsip Enkei, rim mestilah mampu milik, dan mempunyai ketahanan dan keringanan yang hampir menyamai rim teknik forging.


 RC-G4 Enkei


RPF1 Enkei


Forge atau Forging : senang cakap aloy pejal atau separa pejal di kompres menjadi bentuk rim. Teknik ini menghasilkan rim yang lebih keras dan ringan, tetapi bentuk rim agak terbatas. Proses ini juga lebih mahal dari teknik cast. (dah mesti la rim tu jadi mahal keluar kilang nanti) Antara jenama rim yang mengunakan teknik ni ialah , Volk racing dari Rays Engineering, SSR Wheel  (siri forged )






 Rim TE 37 yang leh-jen. Kenapa di panggil TE 37?? tahu tak? T E berasal dari "touring evolution" dan 37 dari berat rim tersebut. 3.7 kilo untuk rim 15" 6JJ.. ringan tu...

Rim CE 28.. antara yang harga second pun bleh beli moto sebijik. Tapi dia punya ringan memang best, cume  duit pocket jer tak best



 SSR adalah dari singkatan Speed Star Racing.. ala macam FKR.. Fung Keong Rubber
kalau nama tauke workshop Saripuddin Bin Ali. letak jer SBA racing. terus best...

 ssr type F. (fantastic four.. hahahahaha) 

 SSR type X. legend ni.. ringan pun ringan. Rim ini guna teknik semi solid forging (SSF) ini trademark rim flagsip (premium) SSR.. jangan tak tahu.. 

Flow forming. Secara bahasa pasarnya, sebuah rim separa siap dari acuan. di letak atas roller dan di bentuk menggunakan mesin sehingga mencapai kelebaran atau bentuk yang dikehendaki. Teknik ini mempunyai kelebihan dari segi keringanan dan kekerasan hampir menyamai teknik 'forging' . Contoh brand yang pakai teknik ni KONIG. BBS 'siri flowform' rujukan bbs

Teknik buat sport rim ni ada pelbagai. Sebab ia produk yang di hasilkan ikut teknologi. Dan teknologi senantiasa berubah. Itu belum masuk lagi bab (HLT) High Light Technology yang macam O.Z Racing guna. Dah pelbagai 

 The High Light Technology (HLT) process used in the manufacturing of select O.Z. Racing 



Ori atau replika.?

Duit, Sebagai contoh, rim original SSR type F 15" baru mungkin dalam anggaran harga 4k++ dan terpakai dalam harga 2-3K bergantung pada kondisi. Tetapi rim replika  mungkin berharga 1k-700 baru dan 400-600 terpakai.

Kepuasan. Ramai orang inginkan gaya dan trend terkini. akan tetapi trend rim terkini dari jepun mungkin membuat anda tergamam dengan harganya. Ada sebab mengapa produk jepun mahal, lagi pun kebanyakannya dihasilkan dengan kualiti yang bagus. Cuma yang tak bagus harganya, dengan tukaran matawang yang tinggi kita memang tidak termampu nak ikut gaya hidup sana. Tapi kalau dapat yang ori memang pueh hati kan?...Replika memang murah, tetapi ada risiko kerosakan produk. Tapi ade yang tak kisah, janji bergaya...

Keselamatan, Rim berkualiti original di reka supaya kenderaan boleh di pandu setelah sport rim menerima impak yang tinggi. Rim diuji dengan ketat supaya dapat bertahan pada situasi tekanan tinggi seperti pelanggaran dan pemanduan aggresif (track) . Kalu rajin gi kat you tube dan tgk ujikaji pada rim replika. semuanya hancur dan retak setelah dikenakan ujikan impak  atau perlanggaran. Google "dangerous fake wheel"
Rim tiruan mempunyai kerapuhan yang tidak dapat di jangka. Nak pakai boleh. tapi berhati hati

Originality....Di USA, ramai orang menggunakan rim replika. Tetapi disana juga terdapat grup yang menggalakkan peminat automotif mengunakan barangan original. Mereka berpendapat jika kita menyokong barang replika kita seperti membenarkan kecurian harta intelek berlaku secara berleluasa. Perlu diingat syarikat menghabiskan wang dan masa untuk mengkaji supaya dapat menghasilkan produk. Dan ini adalah tidak adil bagi mereka. Di sana harta intelek adalah titik peluh dan harga tenaga kerja manusia.

Mane satu Ori ... Macam mane nak kenal rim ori dan tak ori. Banyak cara, cuma yang kita marah kalau rim pirate dijual pada harga yg hampir ori atau di declare ori pada harga sale. Kalau "mau mana satu? ori ka.. replika ka??" senang cerita. Salah satu cara mengenal rim japan adalah pada cop "MADE IN JAPAN" pada sebelah luar rim atau sebelah dalam rim, macam gambar di bawah. Atau pun production stiker dalam dan luar gegelung (barrel) rim. Tapi semua itu boleh di tiru dan sticker boleh di order/ reprint. Antara cara yang paling selamat tanya tauke kedai betul betul serius atau, pegi kedai rim yang khusus jual rim japan ori. pegang dan angkat tanpa tayar. Dari situ boleh agaklah berat nya macam mana. 1st time saya angkat rim jepun. terkejut dengan keringanannya. Biasa dok angkat rim taiwan jer.


 made in japan sebelah dalam. majoriti rim jepun ada..
 production sticker 

made in japan SSR type C, ringan dan legend..

Kalau nak cerita , tak semua rim yang best datang dari jepun. Contoh O.Z racing ada yang 'made in italy' . evo regamaster  'made in russia ' Cuma masalahnya stamp 'made in russia ni ade dua tempat ada yang di bibir rim sebelah dalam. Ada juga di sebelah dalam hub rim. Beza yang pirate tulisan made in russia agak kabur (tak kemas)

Tak semua rim jepun ade cop "made in japan" di tempat yang sama. Kalau tak caya korang cuba cari TE37 generasi yang awal awal dulu. Dulu target pasaran japan sahaja. Bila dah glamer ramai yang ciplak, extra engraving dan embossed di sebelah depan di perkenalkan. 

original 90's. takde embossed "made in japan" di sebelah luar.., tapi klau tak silap belah dalam ada..

Kalau tgk gambo katalog iklan di atas. Rim TE 37 generasi awal, langsung takde  tulisan  embossed  'made in japan'   'forged'   'monoblock' di sebelah luar. dalam, saya tak pasti.. tapi yang penting ori.... Bila Rays Engineering di tanya "kenapa buat rim pakai proses forged yang mahal dah payah? " ...'keselamatan pengguna adalah yang paling penting, sekurang kurangnya kereta anda masih boleh di tolak ketepi jika ada pelanggaran. kerana rim masih "in one piece"


Bunyi. Tak pasti la kalau korang perasan atau tak. Dulu masa aku bawa rim ori volk racing dalam bonet sebuah satria. Rim rim itu aku dirikan rapat rapat. Bila bergesel bunyi nya lain macam. Macam logam yang lebih ringan. Dan bila rim taiwan (bbs akar) di letak dibonet. Bunyinya lain juga. Seperti bunyi logam berat..
Cube try ketuk dengan lembut bibir rim . Sebab lain proses lain densiti logam tersebut..


Kesimpulan.  Semuanya terpulang pada anda. Early generation replika, macam rim taiwan masih mempunyai standard yang , menghampiri OEM (original equipment manufacturer) . Jika anda pentingkan keselamatan, rim OEM yang datang pada kereta asal biasanya bawah jenama JRD, BSA, Enkei dan lain lain masih lebih bagus dari rim replika China. Rim China ada gred grednya. Tapi untuk maksimumkan profit kebanyakannya gred rendah dibawa masuk ke negara ini.

Nota tambahan 1. Baru-baru ni, di kedai tayar. Pekerja kedai itu offer 100% AAA replika. siap emboss made in japan, sticker, dan berat pun lebih kurang sama. Mungkin beza berat dalam 1-0.5 kilo beza. So hati hati la.. dalam membeli. Sebab bila rim ini jadi barang terpakai. macam macam boleh berlaku. Beberapa tahun lepas masa rm Advan RG tengah top, pun ada kes begitu.

Nota tambahan 2. Dalam Rays website ada cara untuk kenal pasti ce28 tiruan..
http://www.rayswheels.co.jp/attention/?lang=ja&

Gambar di sebelah kiri adalah yang original. sekali pandang tidak banyak beza diantaranya. Cume original nampak lebih kemas dan cantik



kalau di lihat dibawah. engraving RAYS ENG. lebih kemas dan, ada tulisan made in japan, tapi kalau yang pirate pun ade buat .. antara cara yang terbaik ada di gambar yang berikutnya..




Gambar yang kat bawah ni antara yang paling berguna. Antara maklumatnya. Rays tak ada buat 'multi pcd rim' contohnya, kalau 8 lubang. maknanya kesemuanya pcd yang sama. Banyak rim tiruan buat multi pcd supaya produk mereka lebih versatil..


dan dibawah original rays sticker yang original terbaru..



Antara cara yg selamat. Korang boleh  Google atau research sikit pasal rim clone.. mmg banyak tak caya try "fake te37 rim" sekali pandang mmg cam ori

Nota tambahan 3.
Kalau korang tak kenal sangat rim aftermarket ni, ini tips yg simple aku bleh bagi.
-majoriti rim jepun mmg ade emboss/engraved 'made in japan' so cari tanda tu dulu.
-cube lihat rim tanpa tayar untuk menganggar berat rim tersebut. Lagi pun bagus tgk tanpa tayar sebab sebarang welding crack / baik pulih dapat dikenal pasti..
-rim aftermarket biasanya mahal dari rim biasa, soo.. hasil kerja nya kemas. Rim pirate je yang nombor siri overlapping atau selekeh
-Rim ori jenis '2 piece' nuts and bolt, biasanya skru dan nut nya ada fungsi. Maknanya jika dibuka nut itu, bilah rim dan gelung rim dapat dipisahkan. Rim pirate cume korek sikit kat rim untuk 'lekatkan' skru sahaja.
-Rim pirate takbuat rim '2 piece welding' (2 bahagian rim yang dipaterikan untuk disatukan) . Rim pirate biasanya buat rim jenis one piece block. Sebab senang buat.


FAKE RIM ALERT!!

Rim ciplak kali ini memperdayakan bagi yg kurang arif pada rim. Replika TE37 SL ini saling tak tumpah dengan yg original . Siap ada "MADE IN JAPAN" lagi. TE37SL adalah rim rekaan yg baru daripada TE37 yg lama. Ini bermakna original TE37SL mempunyai cop 'MADE IN JAPAN' pada belah luar. Bukan pada bilah belah dalam. Manakala original TE37 1st generasi cop 'made in japan' dan RF (rays foundry) ada pada diantara lubang skru belah belakang.







Original rim TE37SL patut mempunyai pelbagai tanda timbul "embossed" pada bibir sebelah luar seperti "MADE IN JAPAN' 'RAYS ENG.' 'VOLK RACING' dan sebagainya





Dengan akhir kata. Selamat memilih. Majulah rim untuk negara!!
p/s maaf kalau ade kesilapan data atau maklumat. sekian


rujukan
Wikipedia, Alloy wheel

http://www.speedhunters.com/2013/05/touring-evolution-the-volk-racing-te37/

http://www.superstreetonline.com/techarticles/1305_how_volk_racing_te37_is_made/

http://tires.about.com/od/buyers_guide/a/Alloy-Profiles-Enkei-Wheels.htm

http://www.enkei.com/index.shtml

62 Comments

  1. very good bro...well knowledge and interesting to read..tahniah..anda banyak mengajar kami tentang kereta...tqvm frenz!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi membaca. Ilmu kene kongsi walaupun sedikit..

      Delete
    2. Tx bro.nganga wa bc lu punyer artikel.lu kira legend gk

      Delete
    3. terima kasih baru aku faham skit2

      Delete
  2. fuh . memang terbaik penerangan pasal sport rim ni. tq bro!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi baca, cume berkongsi maklumat dan pendapat sahaja..

      Delete
  3. boleh senaraikan kedai2 yg jual rim jepun ori....

    ReplyDelete
  4. Salam, kalau nak senarai cume ade 2-3 kedai. Tapi kalau yg saya tau tak banyak. Kalau kat fb cube cari Hayabusa Autopart. Co owner nama Megat. Tapi juga kalau sedara google dulu rim yg sedara nak cari. Contoh kalau nak rim ce28. Cube taip 'fake ce28' ade sample rim ciplak. Masuk juga website wheel weight. Website senarai berat rim ori. Kalau kat kawasan bt caves ade satu Kedai bawasan belakang giant. Dan Kedai tee 3 sunway bt caves. Rim die campur ori dan ciplak. Tapi yg ori die bg tau la yg ori. sebenarnya cara yg elok kenal pasti rim yang anda nak beli dulu. kira kalau nak beli levis. kenal pasti benda basic yg ade pada levis ori. harap membantu

    ReplyDelete
  5. tq bagi info ni..sy pompuan kalau nak beli rim lagi la kena tipu kan..so sekarang dah pandai memilih..thanks.

    ReplyDelete
  6. salam.. macam mana cara nak contact ngn sedara ni ye? sebab ada kawan nak jual TE37.. ikut kawan tu katenye ori tapi sy was2 gak.. kt hub belakang rim tu mmg ade 'made in japan', ade max load, lip belakang belah dalam ade sticker manufacturer siap tarikh manufacture (RAYS). tapi sy masih was2. kalau ada cara sy boleh contact maybe sy boleh share pic utk sedare tolong usha2. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling selamat try minta die bukak rim dari tayar. sebab rim TE37 ni lagi ringan dari tayar. rim te37 size 15 dalam 3.7kilojer beratnya

      Delete
    2. Terima kasih byk2 di atas kesudian berkongsi maklumat utk warga kereta di Malaysia khususnya..thx again.."(ALLAH Selamatkan kamu3kli..Allah Selamatkan tuan pengarang!!)..hehe ops..

      Delete
    3. sama sama, sekadar berkongsi sedikit ilmu yg ada

      Delete
    4. ori tu klau luar made in japan

      Delete
  7. salam.. macam mana cara nak contact ngn sedara ni ye? sebab ada kawan nak jual TE37.. ikut kawan tu katenye ori tapi sy was2 gak.. kt hub belakang rim tu mmg ade 'made in japan', ade max load, lip belakang belah dalam ade sticker manufacturer siap tarikh manufacture (RAYS). tapi sy masih was2. kalau ada cara sy boleh contact maybe sy boleh share pic utk sedare tolong usha2. tq.

    ReplyDelete
  8. Thank you..info yg sangat2 berguna..terbaik..love from Sabah.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. tq bro...terbaik dan lagend.. harap dapat kongsikan lagi info2 lain tentang kereta. Suatu usaha yg murni..InyaAllah..sekurang2nya dapat menyelamatkan org dari tertipu...tq

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. kalau tak silap P1 tu rim japan. P1 tu siri rim dari tuner house japan. Buddy Club. Bleh try google 'P1 buddy club'

      Delete
  12. salam, bro,.. skg aku paki iriz kaler hitam 15' nak tukar 16'
    sportrim pe yg sesuai agak2,, senang nak target, tayar jenis pe r...
    yang berpatutan r dlm 2-3k.. tolong bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasal selera rim ni payah nak kata. apa yg anda suka mungkin tidak pada orang lain. Tapi ape yg saya boleh komen adalah. warna hitam adalah agak universal. body hitam rim kaler hitam, putih, merah hatta hijau fluorescent pun boleh. Cher try google "aftermarket rims on black car" atau "best colour wheels for black car" kalau budget dalam 2-3k rim enkei ori japan second boleh dapat tapi mungkin tak masuk tayar..

      Delete
  13. Terima kasih ,,kerana berkongsi ilmu

    ReplyDelete
  14. TERBAIK LA BRO...PAPE PUN REGAMASTER&TE37 ORI MEMANG TERBAIK...HUHU

    ReplyDelete
  15. Info yg bagus...sy pon minat dgn brng original je walaupun mahal tp klu xtahu bab ori fake ni mmg senang je kena tipu

    ReplyDelete
  16. Info yg bagus...sy pon minat dgn brng original je walaupun mahal tp klu xtahu bab ori fake ni mmg senang je kena tipu

    ReplyDelete
  17. bro , nak tanya , kalau nut lock , yang mane paling ok nak pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. lock nut ni kalau yg aftermarket tak kisah brand ape. tapi elok pakai yg besi (steel). sebab yg aluminium ni byk pirate.. pirate tak tahan dan mudah patah dan rosak tread dalam. kalau nak yg security elok juga pakai McGuard lock nut

      Delete
  18. Kt mn nak dpt kn sport rim ORI?sbb kebanyakan kt kedai sekarang byk juai yg pirate.

    ReplyDelete
  19. Assalam tuan...mcm mane nk bezakan rim evo regamaster ori dgn x ori ye?sebab sy ade rim regamaster cop made in russia dan desmond..cuma masih ragu2 tahap ori atau tidak..

    ReplyDelete
  20. berat rim myvi SE adalah berapa? so berbanding dengan sport rim berapa beza berat nya?

    ReplyDelete
  21. terbaik lah bro..info yg sgt bermanfaat nih

    ReplyDelete
  22. kalau da tulis japan shaja ori ke x?

    ReplyDelete
  23. Aah, ada sort rim yang saya tengok dia cuma ada Japan saja, tapi di buat di Thailand.. Ori ke tak kalau macam tu??

    ReplyDelete
  24. Salam bro, bleh bro cadangkan 2 3 kedai sekitar KL yg bawak masuk rim Jepun especially Enkei..yg bleh bagi harga masuk akal sikit.. sebab stengah model yg mcm enkei NT03RR contohnya, byk kedai di sekitar KL harga lain2..kdg beza banyak..sebab takut juga terkena enkei Thailand..tp diorg declaire ori

    ReplyDelete
  25. Bro. Cane nak tau sport rim enkei ori? Enkei cps. Ringan mmg ringan. Ada made in japan belah dalam. Saya pompuan. Ada cousin ckp sport rim sy beli ni taiwan. Eh panas lak ati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ori mmg patut ade
      "MADE IN JAPAN" pada belah dalam dekat kawasan lubang nut tayar. tapi clone pun ade made in japan .. cume tulisan die tak sekata.. cume kene google la berat enkei cps ni berape

      Delete
  26. Salam, sy nk tnya la, klau rim enkai ada cop jwl&via kt bhgian depan tu ori ke idak ye, bukan sticker mmg timbul kt rim tu,5batang and 8hole,klau boleh tau tu model apa ya psal google xjumpa sbijik sama, buntu dah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi ori, boleh jadi fake. fake pun makin cantik

      Delete
  27. Slm bro nk tanya rim utk iriz sekarang rim 15 bukan ori sy rim 16 ori Jepun yang agak sesuai klu ada tlg bagi info

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi lebar handling bagus tapi effect pickup dan fuel consumption

      Delete
  28. Salam, tumpang tanya.. Apakah yg dimaksudkan dgn cutting ori

    ReplyDelete
  29. "cutting ori" = hampir sama dengan ori. dari segi luaran

    ReplyDelete
  30. Kat mana ade jual rim oz evo copy ori ye kt selangor ni..

    ReplyDelete
  31. kemah..blog pun hidup...admin always update...bk beli fake trus xjadi..wakakaka

    ReplyDelete
  32. terbaik info yg bernas.. dri pd.pakai.rim xde quality baik.pakai rim original kinal.... xde laa berat...

    ReplyDelete
  33. Jika rim ada tulis DSIGN BY JAPAN tu ori @ fake..TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya kalau DESIGN BY JAPAN tu. copy la.. cara paling jujur kilang bagi tau benda tu copy

      Delete
Previous Post Next Post