Honda NSX Concept 2012


Sebut pasal jenama Honda saya yakin semua orang tahu. Tapi bila sebut NSX saya yakin hanya peminat atau enthusiate sahaja yang tahu akan kereta ini. Kalau orang kebanyakan melihatnya, ada yang kata macam ferrari. Benar, memang macam Ferrari cuma separuh atau suku dari harga tersebut. Tidak perlu saya cerita mengenai asal usul lagenda Honda NSX ini kerana pastu tidak cukup untuk satu malam untuk mengarangnya.






Sudah lebih sedekad NSX tidak dihasilkan. Masanya telah tiba untuk ahli mimpi "dream engineer" menghasilkan NSX concept yang baru. Bentuknya sudah menhampiri produksi. Dengan kemunculannya dilayar perak dalam wayang "AVENGERS" bersama watak Tony Stark (IRONMAN) telah membuat tertanya tanya akan kemunculannya. NSX pertama adalah benchmark untuk sports car sezaman dengannya. NSX kali ini berkemungkinan besar datang dalam siri 3.5 liter V6 Hybrid SH-AWD (Super Handling All Wheel Drive). Agak jauh berbeza dengan HSV-010 GT dengan enjin V8 dengan chasis "front mid-engine, rear wheel drive".
HSV-010 GT

Trivia: HSV-010 GT adalah kereta sport yang menggantikan NSX selepas  GT japan mengubah syarat-syarat bertanding.

NSX concept coupe roadster dalam set gambar "Avengers"

Berbeza dengan super car yang lain dimana kebanyakannya menghabiskan petrol dengan rakusnya. NSX kali ini dijangka lebih bertanggung jawab keatas alam sekitar tanpa mengenepikan konsep "fun to drive". enjin V6 3.5 liter ini masih mampu menghasilkan 350-400 kuasa kuda. Tetapi bagus juga kiranya Honda menghasilkan 2 versi untuk NSX. satu untuk pencinta alam dan lagi satu untuk kaki petrol.


Apa-apa pun kita mengharapkan yang terbaik dari Honda

 Klip dibawah di mana NSX concept di persembahkan oleh Honda Motor Co. President & CEO Takanobu Ito

3 Comments

  1. salam...

    ek eh...termasuk plak blog nih..hehehe..
    btw, good info on Honda NSX tu...

    personal fav will be the old NSX, and also Supra engine 2jz tu.sebab sekarang kat KL dah payah nak nampak...

    saya pun minat kereta.cuma x tertulis sangat blog.sila2 la singgah yek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kerana komen. Saya minat juga old nsx. NSX tu kalau ada peluang beli kene beli, sebab rare. Susah juga nak cari masa tulis blog, cuma menulis benda yang kita minat membantu melawan kebosanan. anyway. terima kasih

      Delete
  2. Halo,
    Adakah anda sedang mencari syarikat peminjam swasta yang berwibawa dan terakreditasi yang meminjamkan peluang sepanjang hayat? Kami menyediakan semua jenis pinjaman dengan cara yang sangat cepat dan mudah, pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman pelajar, pinjaman perniagaan, pinjaman pelaburan, penyatuan hutang, dan banyak lagi. Adakah anda telah ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan penyatuan atau pinjaman gadai janji? Lihatlah lebih jauh seperti yang kita ada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda menjadi sesuatu yang lalu. Kami menawarkan pinjaman dari 5000 dolar kepada 50,000,000 dolar pada kadar faedah pinjaman yang sangat tinggi sebanyak 2%. Hubungi kami hari ini melalui e-mel kami sekarang dan kami akan dengan senang hati membuat masalah kewangan anda dan perkara-perkara yang lalu, Tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% dijamin.
    E-mel kepada kami: (albakerloanfirm@gmail.com).

    ReplyDelete
Previous Post Next Post