Tuesday, 31 January 2012

Myvi Extreme wallpaper

Percubaan kedua bermain dengan photoshop, biasa lukis pakai tangan. Trace, vector, sedikit cut and paste. Harap anda suka, sila klik untuk resolusi tinggi




Thursday, 26 January 2012

TAS (Tokyo Auto Salon) non Japan Rollers



Berikut adalah liputan TAS (Tokyo Auto Salon) dari Speed Hunter. Walau pun industri automotif jepun penuh dengan jentera-jentera hebat (negara dan lebih 50tahun buat enjin mesti hebat). Ini tidak bermakna kenderaan import tidak laku. Bagi negara yang mempunyai budaya automotif yang kuat, pilihan exotik dan eklusif senantiasa menjadi pilihan yang kaya. Jamu mata anda dengan imej imej ini.





Gold rush, full sticker body. mantop!!


 Hyperforged kali ini telah menyediakan Aventador dalam warna Satin Black dengan rim HF-C10 warna dark silver. slrupp

Phantom: Enter The Dragon

  Rolls-Royce. Gabungan nama Charles Stewart Rolls  dan Henry Royce. Tidak kisah cara anda menyebutnya 'roi roihs' atau 'roy rosh' atau 'ro-rooss'. Ia merupakan lambang kemewahan automobil. Jika anda ingin dikenali atau ingin di lihat dengan bergaya, inilah keretanya. Tahukah anda kenderaan ini paling banyak di Hongkong berdasarkan nisbah perkapita. Namun jumlah bilangan paling banyak adalah di Amerika. Tapi sempena tahun Naga dalam kalendar Cina. Rolls-Royce telah mengeluarkan edisi khas Dragon Phantom.

merah untuk tuah





Klik untuk artikel penuh

Monday, 23 January 2012

Proton DRB Hicom Lotus dan Anda

Akhirnya Proton dibeli oleh DRB HICOM. Berakhirlah penantian rakyat negara ini (walau bukan semuanya pemilik kenderaan nasional) dan tenanglah hati mereka untuk memeruskan kehidupan. Apa impaknya pada orang awam?. Orang yang tidak saham dalam Proton, orang yang tidak berkerja dengan Proton, orang yang ada dan tidak ada kereta Proton. Saya adalah terdiri dari berjuta orang awam itu. Adalah pembelian proton oleh Hicom mendatangkan impak atau keuntungan atau kerugian kepada anda.



Thursday, 19 January 2012

Membeli kereta terpakai

 
 
 
 
Nota ini adalah untuk rujukan pada sesiapa yang igin membeli kereta terpakai. Tulisan saudara Nazri Ahtar, Januari 2012. Kalau ada salah dan silap tolong bagi tau , semoga membantu






As salam,

ada dua cara pembelian samada bayar tunai jumlah keseluruhan nilai kereta, atau gunakan pinjaman bank.

tunai.
1. pergi ke puspakom, ambil borang pemeriksaan bagi tujuan tukar hak milik. (borang free)
2. buat pemeriksaan puspakom. (wakil pun boleh, tak semestinya owner)
3. submit laporan pemeriksaan puspakom bersama2 geran ke JPJ. (dapatkan salinan IC owner lama dan owner baru, tampal dalam borang. kalau owner baru dan lama tak boleh pi submit ke JPJ, dapatkan signature pesuruh jaya sumpah pada lampiran IC owner lama dan owner baru. ada penerangan dalam borang tersebut)
4. tuan empunya baru buat insuran baru atas kenderaan yg dibeli. (tak kisah beli 3rd party or comprehensive, janji insurans atas owner baru)
dan yg paling penting. Urusan duit, ingin saya nasihat didahulukan sebelum buat proses tukar nama.

pinjaman bank
1. MESTI/HARUS/WAJIB guna pihak ketiga iaitu kedai used car. (undang2 ni yg saya rasa tidak adil sama sekali)
2. proses lain sama seperti diatas. boleh nego dengan pihak used car bagi urusan pemeriksaan puspakom, insurans, roadtax dan sebagainya (samada kedai buat atau nak buat sendiri). Ada sesetengah kedai used car kata WAJIB buat dengan diaorang, walhal itu bidaah. puspakom mahupun JPJ tak kisah siapa buat, yang penting buat. itu je.

beli kereta menggunakan pinjaman bank bagi kenderaan yg masih ada hutang dengan bank.
1. sama seperti pinjaman bank diatas dengan tambahan.... urusan pengambilan geran dari bank (loan tuan lama), sesetengah bank tak bagi owner ambil, sesetengah bank tak kisah. Public Bank is one of those yang tak bagi owner baru ambil geran dari bank tuan loan yg lama.

harap dapat membantu.
 
rgds,
Nazri Ahtar

Zenvo dari Denmark

Apa yang anda tahu tentang Denmark atau Danish? Biskut Danish Butter Cookies? Mentega Lurpack? Barangan susu? Pendidikan universiti percuma untuk rakyatnya? (yang last tu memang betul) Ops jangan lupa LEGO. LEGO dari Denmark be...

macam ikan yang ganas pun ada.
Apa itu ZENVO ST1, Zenvo automotif dari negara Denmark ini mempunyai satu tujuan. Untuk menghasilkan supercar. Ini berbeza dari supercar yagn lain dimana supercar dibina dari syarikat automotif yang mempunyai heritage @ tradisi. Atau erti kata lain syarikat pemain industri yang berpuluh tahun pengalamannya. Akan tetapi Zenvo Automotive tetap ingin menunjukkan bahawa Danish design adalah design/rekaan yang mantap dan mampu memberi impak kepada lanskap automotif dunia.

Friday, 13 January 2012

Meilinwerk, parking paling best


Anda pernah ke musium kereta atau automotif? Kereta di musium memang menarik tetapi kereta tersebut tidak bergerak bukan atau "running condition"? Pernah dengar Meilinwerk? Ok, cut to the chase. MEILINWERK dalam bahasa Jerman (mile work) adalah gabungan dari tempat letak kereta, bengkel, kedai @ galeri kereta, restoran, dan dewan. Ape saja yang berkenaan dengan automotif berada di sana.Ada beberapa cawangan di seluruh Jerman, Stuttgart, lake Zurich, Hamburg, Berlin  dan Dusseldorf
bangunan gedung keretapi lama


workshop untuk merawat para para legend di sini

Masih keliru dengan konsep gedung automotif ini? Idea untuk mendirikan Meilinwerk ini terhasil dari pemaju hartanah yang mempunyai minat terhadap automotif. Harga hartanah yang mahal di bandar-bandar di Jerman telah menyebabkan terlalu berharga untuk pemilik rumah mempunyai garage sendiri. Oleh itu kereta-kereta klasik atau sport car mereka terpaksa di letak di tempat parking awam atau pun di tepi jalan. Oleh itu pemaju hartanah telah mencari bangunan lama yang mempunyai kawasan yang besar untuk orang-orang yang berkemampuan meletakkan kereta kesayangan mereka dengan selamat.

galeri kereta klasik

perjumpaan pemilik kereta klasik yang lari dari bini mereka

pelbagai kedai dan kiosk menjual cenderahati, memorabilia dan pelbagai lagi

siap ada servise polish, gila smart tukang polish nih

 Pelanggan boleh memilih untuk letak kereta di parking berbumbung dengan kawalan suhu atau dalam kotak kaca untuk kereta klasik. Kemudian ada perkhidmatan servis kereta bertauliah. Idea ini boleh berkembang kerana orang Jerman begitu serius terhadap automobil mereka.

kotak kaca untuk kereta klasik
legend and champion parking only

Masuk adalah percuma di sini. Pemilik boleh datang datang 24/7 untuk kereta mereka. Pelawat boleh datang pada 9am - 5pm. Kalau datang malam bukan nak melawat, nak mencuri la tuh. Bangunan Meilinwerk di Berlin ini mengunakan gedung keretapi lama. Suhu dan kelembapan bangunan ini di jaga untuk kesejahteraan penghuninya (kereta). Pemilik Meilinwerk berkata "musium adalah konsep lama, di sini kereta-kereta dalah hidup, mereka datang dan pergi."

ada dewan kalu korang nak bersanding kat sini
Kalau nak datang jerman bolehlah berkunjung ke Meilinwerk.
Backlink

Thursday, 12 January 2012

Tokyo Auto Saloon. Pre Show

Tengah semangat tulis blog lebih baik kekalkan momentum. Pernah tulis blog tahun 2008 dulu tapi sebab tak kekalkan momentum terus cam biskut chipmore, kejap ada kejap tak de. Cukup bebel pasal momentum.

Tokyo Auto Saloon kembali lagi. Walaupun tak nah gi Tokyo disini saya siarkan photo dari SpeedHunter mengenai persiapan TAS (Tokyo Auto Saloon)

ganasz!
k-kar pun cun!
kalau ini di buat NSX, menangis aku
emas!
harap majalah KERETA bawak keluar edisi TAS cepat. tak sabor bak tengok gambor
cerita asal gambar hak milik speedhunter

Revenge on friday? Marah nih.

Hari Jumaat, hari yang best. Friday i'm in love kata orang putih. Esok cuti, balik kampung, jumpe yang tersayang. Kire hari Jumaat tu best lah. Tapi... ada sesuatu yang anda benci dia hari Jumaat. Kalau anda warga KL dan tambahan pula anda memandu. Keadaan trafik hari Jumaat petang adalah paling hampeh dalam skala ke'hampeh'san . Pemandu lambat, leka, bercakap sambil memandu, kurang sopan dan sabor adalah biasa di KL. Cume yang hampehnya hari Jumaat makin bertambah kehampesan itu. Dialog "rasa cam nak langgar jer kereta tu" dan "ehh aku langgar dengan buldozer kang!" adalah biasa.




Bagaimana jika anda boleh!. Burnout adalah siri game dari EA yang berbeza dari game kereta yang lain. Seperti game yang lain , anda kene berlumba dan terus belumba untuk menang. Tapi dengan Burnout anda harus melepaskan geram untuk melanggar pemandu lain untuk markah. Boleh buat giler dengan memandu lawan arus dan masih dapat markah juga. Absolute FUN!!. Grafik yang cantik dengan simulati gerak perlahan adalah sesuatu yang menarik untuk game ini. Ada 7 edisi game ini, dan yang terkini Burnout Crash! dilancarkan tahun lepas. Saya pernah bermain Burnout 3: Takedown di pelantar PS2. Memang seronok. Mari lepaskan penat anda dengan review Burnout Paradise ini. Lepaskan amarah di alam maya bukan di jalan raya.



Wednesday, 11 January 2012

Honda NSX Concept 2012


Sebut pasal jenama Honda saya yakin semua orang tahu. Tapi bila sebut NSX saya yakin hanya peminat atau enthusiate sahaja yang tahu akan kereta ini. Kalau orang kebanyakan melihatnya, ada yang kata macam ferrari. Benar, memang macam Ferrari cuma separuh atau suku dari harga tersebut. Tidak perlu saya cerita mengenai asal usul lagenda Honda NSX ini kerana pastu tidak cukup untuk satu malam untuk mengarangnya.






Sudah lebih sedekad NSX tidak dihasilkan. Masanya telah tiba untuk ahli mimpi "dream engineer" menghasilkan NSX concept yang baru. Bentuknya sudah menhampiri produksi. Dengan kemunculannya dilayar perak dalam wayang "AVENGERS" bersama watak Tony Stark (IRONMAN) telah membuat tertanya tanya akan kemunculannya. NSX pertama adalah benchmark untuk sports car sezaman dengannya. NSX kali ini berkemungkinan besar datang dalam siri 3.5 liter V6 Hybrid SH-AWD (Super Handling All Wheel Drive). Agak jauh berbeza dengan HSV-010 GT dengan enjin V8 dengan chasis "front mid-engine, rear wheel drive".
HSV-010 GT

Trivia: HSV-010 GT adalah kereta sport yang menggantikan NSX selepas  GT japan mengubah syarat-syarat bertanding.

NSX concept coupe roadster dalam set gambar "Avengers"

Berbeza dengan super car yang lain dimana kebanyakannya menghabiskan petrol dengan rakusnya. NSX kali ini dijangka lebih bertanggung jawab keatas alam sekitar tanpa mengenepikan konsep "fun to drive". enjin V6 3.5 liter ini masih mampu menghasilkan 350-400 kuasa kuda. Tetapi bagus juga kiranya Honda menghasilkan 2 versi untuk NSX. satu untuk pencinta alam dan lagi satu untuk kaki petrol.


Apa-apa pun kita mengharapkan yang terbaik dari Honda

 Klip dibawah di mana NSX concept di persembahkan oleh Honda Motor Co. President & CEO Takanobu Ito

Monday, 9 January 2012

Seni kereta buruk

Martin Otto Lambert Heukeshoven adalah artisan skluptur teknikal.. (betul tak B.M aku?) Terima kasih pada blog serius kerana post kreativiti pakcik ni kat blogserius.Ape yang aku tau beliau dilahirkan pada 1962 di Uetersen, Germany. Kira dan otai la pakcik ni. Tgk gambor cam Richard Gere pun ada.



Bercakap tentang model kereta, automotif, kapaltebang biasanya diperbuat dari kayu atau plastik. Besi amat jarang sekali apatah lagi dengan seni yang kelihatan seperti kereta buruk atau terbiar. Membuat model berskala untuk kereta buruk seperti ni nampak senang. Tetapi apa yang membuat orang kagum adalah jumlah butiran kecil (detail) yang ada pada model beliau. Kalau pandang sekali dua macam kereta sebenar pun ada. Tahap realistik nya sangat mengkagumkan.





Pada tahun 1995 beliau mula membuat model berskala mengunakan bahan terbiar, berkarat atau buruk. Barangan 'vintage' atau antik memjadi inspirasi beliau untuk menghasilkan seni "barangan karat" ini.











Mercedes Gull Wings










 


Berikut adalah temubual saya dengan beliau melalui email.

Sembang automobil (SA) : Saya melihat hasil kerja anda di website anda, terus terang saya amat kagum. Bila anda mula membuat model seperti ini?

Martin (M) : Terima kasih kerana melihat hasil kerja saya. Saya mula membuat model dengan tema "vintage" ini 12 tahun dahulu. Tapi dari zaman kanak-2 lagi saya berminat dengan pemasangan kereta. Kini saya mengumpul barangan lama dan kereta Citroen lama.

(SA) : Di mana anda mendapat inspirasi?

(M) : Inspirasi? kalau nak di senaraikan, terlalu panjang senarai inspirasi itu untuk diterangkan. Inspirasi datang dari lawatan ke Musium, junkyard, kebun dan ladang lama. Sebenarnya inspirasi datang dari model itu sendiri. Setiap model adalah unik, dan mengambil masa 3-4 bulan untuk disiapkan kerana semuanya mengunakan barangan terpakai dan usang.

(SA) : Adakah anda menjual model model tersebut, bagaimana dengan model yang ditampah khas?

(M): Ya, Saya akan menjualnya jika ada yang mahu. Jika di lihat dari website, yang mana bertanda bintik merah sudah di jual. Saya ada mengambil tempahan dan ada beberapa projek sedang saya buat. Harga dalam anggaran 15 - 25 ribu euro. Tapi agak sukar untuk membuat tempahan mengikut citarasa pelanggan kerana model kereta yang di pilih perlu ada watak atau jiwa untuk di jadikan model teknikal yang hidup dan berseni. 

(SA): saya lihat anda hanya membuat kereta lama dan sedikit kapal terbang. Bagaimana dengan motorsikal atau keretapi lama?

(M): Saya memang agak taksub pada kereta lama dan gemar kapal terbang lama jenis enjin berputar sekitar era perang dunia 1 dan 2. Pernah membuat motosikal tetapi agak terhad untuk bermain dengan permukaan dan dalaman. Keretapi ? mungkin ianya agak besar dan berat, akan tetapi jika difikirkan. Kenapa tidak, ianya tak mustahil. Teringat pada seorang pelanggan dari Amerika yang mahukan kapal selam. Besarnya.. separti yang saya cakap tadi, Kenapa tidak, ianya tak mustahil.

(SA) terima kasih untuk masa anda, ada aktivit terkini?

(M): ada, saya ada di pameran di Paris Retromobile 2012  1-5 Feb, bertempat di  Galerie des Artist. Terima kasih dan jika ada apa-apa soalan, sila email saya. 

http://www.martin-heukeshoven.de 

Thankd for blogserius untuk ide ini 


suka auto? anda pasti suka ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...